BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tutorial Cara Tukar Nama dan Password Unifi

ammar

cara tukar password unifi.jpg Tutorial Cara Tukar Nama dan Password Unifi

Khas buat pengguna setia TM Unifi, kali ini kami ingin berkongsi satu tutorial bagi menukar nama dan password Unifi. Kami rasa majoriti pengguna Unifi tidak tahu cara untuk menukar nama dan password Unifi ini. Jadi, dengan tutorial ini anda pasti tahu cara menukar nama dan password unifi sendiri tanpa bantuan dari staff TM.

Kenapa perlu tukar password?

Kemungkinan wifi anda diceroboh oleh orang lain adalah tinggi jika melihat dengan perkembangan teknologi terkini. Alat “pencuri wifi” sudahpun dijual di internet, jadi tidak hairanlah wifi anda mungkin dicuri oleh orang asing.

Satu tips untuk semua, pastikan password unifi anda rumit dan dimasukkan gabungan huruf, nombor dan simbol bagi mengelakkan Unifi anda dicuri oleh orang lain. Sambungan Unifi anda juga akan perlahan jika Unifi anda dicuri oleh orang asing. Jadi, tunggu apa lagi jom tukar nama dan password Unifi anda sekarang.

Langkah Pertama: Buka browser anda dan taip http://192.168.0.1 dan paparan seperti dibawah akan muncul. Masukkan username dengan perkataan “admin” dan password dibiarkan kosong dan klik login.unifi.png

Selepas “login” akan muncul seperti di bawah ini:

1.png

Klik “Wireless” dan kelihatan seperti di bawah.

2.png

Langkah seterusnya adalah anda perlu klik pada “SSID”. Klik “edit” pada SSID nombor 1 iaitu sambungan unifi anda.

3.png

Selepas tekan “edit” tadi, paparan di dibawah ini akan kelihatan. SSID adalah nama untuk unifi anda dan edit di bahagian itu jika mahukan nama baru dan pastikan ada @unifi dibelakang nama baru yang diedit. Pada bahagian “Preshared Key” masukkan password baru anda. Tekan butang “Submit”. Dalam tidak sedar, Signal  Connection unifi anda akan hilang secara automatik. “Connect” seperti biasa unifi anda menggunakan password baru yang ditukar tadi. Selamat berjaya !

ARTIKEL LAIN  eConversion MARA: Cara Mohon Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA

4.png

Prev Article
Next Article

15 Comments

  1. zik

    lebih kurang je macam streamyx biasa. cuma ada lain sikit jer

    January 25, 2016
  2. titan

    lebih kurang cam streamyx.

    tapi kalau jadi benda lain, pepandai la tanggung ye. hehe..

    January 26, 2016
  3. Raihanah Ahmad

    thanks atas info ni tuan

    February 3, 2016
  4. zonan

    tu dia.

    terima kasih banyak-banyak.

    memang banyak membantu ni.

    February 29, 2016
  5. amirul

    tak boleh la model dgn firmware lain xda cara lain ke untuk unifi?

    August 6, 2016
    • man

      sama je, cuma klik tmpat lain ler

      June 28, 2017
  6. Zack jb

    Morning…Sya nk tanya ni dpatkn login dgn password cam mana….

    August 21, 2016
  7. Lan

    Sya x buat apa2 pun tpi sya reboot je..lepastu wifi kluar nma unifitm dan kena login blik.. sya try login dgn password lame tpi xdpt.. mcm mna nk mengatasi ni.. harap dpt membantu..

    October 20, 2016
  8. mohd yusof mohd elah

    saya punya lak masuk paswort dia kata salah so mcm mana tu

    November 5, 2016
  9. huda

    terima kasih tuan.. mmg membantu.. line slow sgt… dah tukar ni nmpakla laju sikit.. semnejak pasang x penah tuko2 pasword… hmmm

    March 11, 2017
  10. Syed

    Cukup membantu… tq admin

    June 9, 2017
  11. Anakperak

    Ni bkn password unifi. Ni password wifi.

    July 27, 2017
  12. wifiaku

    Untuk tukar nama SSID tu, tak semestinya KENA letak “@unifi” kat ujungnya… itu optional saja. Sebagai contoh, “wifiaku@unifi” boleh guna “wifiaku@rumahaku” atau “wifiaku” saja.

    November 8, 2017
  13. fadzil

    sy cuba tp tak sama mcm ss ni ada yg boleh bantu? whatsapp sy 0126654449

    December 27, 2017
  14. Kakarot

    Xbleh masuk link Tu.. http:/192.168.01
    Bnyk Kali banyak Hari try msuk tp xboleh

    April 3, 2021

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Sifat Wajib Bagi Rasul
    4 Sifat Wajib Bagi Rasul Dan Sifat …
    January 5, 2025 0
  • anak muda
    Anak Muda Boleh Nikmati RM31000 Dalam 3 …
    June 4, 2017 0
  • Semakan BR1M 2017
    Semakan BR1M 2017 Keputusan Permohonan Dan Rayuan
    July 16, 2017 1
  • KPTM 2019
    Borang Permohonan KPTM 2019 Online dan Syarat …
    April 24, 2019 0
  • perjanjian2520tppa1
    Apa Itu Perjanjian TPPA Dan Kesan Jangka …
    October 6, 2015 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)