BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Semakan BMT 2023 Bantuan Musim Tengkujuh Online

Islah Ibrahim November 29, 2022
web KDH PENOREH GETAH004
Semakan BMT 2023 Bantuan Musim Tengkujuh Online 4

Makluman terkini mengenai Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT 2023 yang disediakan oleh RISDA secara online. Ini adalah inisiatif Lembaga Getah Malaysia ,artikel ini akan kongsikan kepada anda dengan lebih jelas dan terperinci mengenai cara memohon, jumlah bantuan, semakan dan sebagainya.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT 2023)

Bantuan Musim Tengkujuh ini adalah inisiatif yang diwujudkan oleh kerajaan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) . RISDA berperanan memban para pekebun kecil dan penoreh getak yang terjejas pendapatan akibat tidak dapat menjalankan aktiviti perkebunan mereka kerana kesan dari musim hujan yang melanda.

Menurut sumber dari Pengerusi RISDA, sehingga ke hari ini BMT yang telah disalurkan berjumlah RM600 seorang yang dibayar sebanyak dua kali iaitu pada bulan November dan Disember. Pihak RISDA juga ada mengadakan pertemuan dengan pekebun kecil dan penoreh getah untuk mendengar suara mereka sejauh mana bantuan ini dapat membantu meringankan beban mereka.

Kadar Bantuan Terkini BMT 2023 Pasca Bajet 2023

Berita baik buat para pekebun kecil dan penoreh getah. Kadar Bantuan Musim Tengkujuh telah dinaikkan ke RM800 seorang kepada penerima yang layak. Ianya akan dibayar sebanyak RM200 selama 4 bulan

Tarikh bayaran masih belum diumumkan secara rasmi setakat ini kerana ianya masih dalam proses penyusunan semula selepas pembentukan Kerajaan baharu Malaysia.

Namun para pekebun tidak perlu risau kerana ianya akan diteruskan demi membantu meringankan beban anda.

bmt 2023
Semakan BMT 2023 Bantuan Musim Tengkujuh Online 5

Syarat-Syarat Kelayakan BMT 2023 Yang Perlu Diketahui:

Syarat untuk Pekebun Kecil

  • Anda merupakan pekebun kecil warga negara Malaysia
  • Telah berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai keluasan tanah perusahaan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat
  • Anda merupakan pemilik tanah yang sah
  • Bantuan dikira untuk satu lot tanah untuk satu orang pekebun kecil ( tidak mengira jumlah rakan kongsi sekiranya ada)
  • Jumlah penerimaan satu kali sahaja

Syarat Untuk Penoreh Getah Bukan Pemilik

  • Penoreh getah warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang telah berdaftar dengan RISDA
  • Anda menoreh di kebun getah dengan keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Anda mempunyai pengesahan pemilikan tanah yang sah
  • Melibatkan seorang penerima sahaja untuk lot tanah
  • Anda mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
  • Penerimaan sekali sahaja untuk seorang penoreh getah

Cara Mohon BMT 2023

Disini dikongsikan kepada anda bagaimana untuk membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2023) :

  • Sekiranya anda adalah pekebun kecil yang menepati kelayakan seperti yang dinyatakan tadi, anda boleh membuat permohonan hanya secara online melalui pautan berikut https://pekebunkecilmakmur.com.my/

Sila sediakan dokumen berikut semasa membuat permohonan

Pekebun Kecil Pemilik

  • Kad pengenalan asal pemohon dan salinan
  • Geran yang asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif

Penoreh Bukan Pemilik

  • Kad pengenalan asal pemohon dan salinan
  • Salinan kad pengenalan pemilik asal tanah
  • Salinan geran lot tanah yang ditoreh
  • Salinan akaun bank yang sedang aktif
  • Salinan kad PAT-G yang masih sah tarikh atau slip pengaktifan PAT-G
bmt 2023
Semakan BMT 2023 Bantuan Musim Tengkujuh Online 6

Semakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2023)

Untuk anda membuat semakan permohonan, anda boleh klik pada pautan ini. SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH.

Semestinya bantuan ini sangat diperlukan kepada para pekebun kecil dan penoreh getah berikutan kesan cuaca yang tidak menentu.

Bagi penoreh getah, tempoh untuk menoreh hanyalah 15 hari dalam masa satu bulan, bila tiba sahaja waktu hujan, maka mereka tidak dapat menoreh dan pendapatan juga terjejas.

Sekiranya musim hujan berterusan yang kebiasaan berlaku pada hujung tahun iaitu November dan Disember, pendapatan mereka akan terjejas teruk, situasi ini juga mungkin berterusan sehingga ke bulan Januari.

Diharapkan pengumuman inisiatif terbaru Bantuan Musim Tengkujuh 2023 ini boleh menjadi satu berita gembira buat para pekebun kecil dan penoreh yang bernaung dibawah RISDA.

Walaupun bantuan ini tidaklah sebesar mana, sekurang-kurangnya ia mampu menampung kehidupan para pekebun yang terkesan.

Berikut adalah rakaman pengumuman oleh Menteri Kewangan Dato Seri Tengku Zafrul dalam pembentangan Bajet 2023:

Soalan Lazim dan FAQ BMT 2023

1. Apakah yang dimaksudkan dengan penoreh getah bukan pemilik tanah yang sah?

Jawapan: Individu tersebut hanya sebagai pekerja yang menoreh getah tetapi bukanlah pemilik tanah kebun getah tersebut.

2. Apakah yang dimaksudkan pemilik pekebun kecil getah?

Jawapan: Mempunyai tanah sendiri , mempunyai kebuh getah dan juga menguruskan sendiri tanah kebun getah tersebut

3. Bagaimana untuk menghubungi Hotline Permohonan BMT RISDA?

Jawapan:

Sila hubungi Hotline pada nombor 03-42564022

4. Sekiranya saya telah mendaftar, adakah saya perlu membuat kemaskini pada tahun berikutnya?

Jawapan: Ya Perlu kemaskini

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • pure white background 85a2a7fd 13
    Cuti Umum Sarawak 2023 (Hari Kelepasan Am …
    November 28, 2022 0
  • maksud sebenar netizen
    Apa Itu Maksud Netizen
    August 11, 2015 7
  • bsn
    Semak Sijil Simpanan Premium ,Tarikh Cabutan dan …
    November 26, 2022 0
  • KPTM 2019
    Borang Permohonan KPTM 2019 Online dan Syarat …
    April 24, 2019 0
  • bantuan sara hidup bujang dan oku
    BSH Online 2020: Semakan dan Kemaskini Bujang …
    January 24, 2020 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)