BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kisah Bruce Lee Kalah Lawan Dengan Silat Melayu

ammar

Kisah Bruce Lee Kalah Lawan Dengan Silat Melayu.jpg Kisah Bruce Lee Kalah Lawan Dengan Silat Melayu

Bercerita mengenai seni mempertahankan diri sudah pasti ramai yang mengenali dengan nama tersohor dalam seni mempertahankan diri iaitu Bruce Lee. Bruce Lee menjadi terkenal dan tersohor di seluruh dunia dalam ilmu mempertahankan diri apabila mula berlakon dalam filem-filem.

Disaat namanya semakin terkenal, Bruce Lee telah meninggal dunia. Berita mengenai kematian Bruce Lee sangat mengejutkan dunia. 

Jika kita lihat di internet, terlalu banyak cerita tentang punca kematian Bruce Lee. Jika fakta itu diperolehi dari Nusantara, selalunya cerita itu akan berkisar kekalahan Bruce Lee dengan Silat Gayong, tetapi jika fakta itu dari benua selain Nusantara dan Asia, ianya lebih kepada fakta tentang Bruce Lee dibunuh oleh isterinya sendiri. Ada juga yang mengatakan kematian Bruce Lee disebabkan beliau mengambil dadah secara berlebihan dan juga kerana sakit yang beliau alami kerana latihan fizikal yang berat serta berterusan.bruce lee kalah lawan dato meor.jpg

Namun dalam artikel ini lebih menjurus kepada fakta yang diperolehi dari versi-versi Nusantara yang disampaikan kebanyakkannya dari ahli pesilat Gayong sendiri. Walaupun ianya mempunyai banyak versi namun jalan ceritanya tetap sama. Fakta ini tidak mempunyai sebarang pembuktian secara rasmi tetapi ianya tetap segar di setiap ingatan ahli Silat Gayong sedunia.

1. Bruce Lee bukan mati disebabkan Dicky Dzulkarnaen (pelakon Indonesia) tetapi disebabkan Mahaguru Almarhum Dato Meor Abdul Rahman (ADMAR).

2. Tahun 1973 Bruce Lee menemui Dato Meor Abdul Rahman untuk mengajak anak gayong berlakon di dalam filem terbarunya. Dato Meor Abdul Rahman menolak kerana semestinya gayong akan ditewaskan oleh kungfu (Jeet Kune Do) di dalam filem tersebut dan ini boleh menjatuhkan nama baik dan maruah Silat Gayong.

3. Tapi Bruce Lee agak angkuh kerana ingin melihat gaya dan langkah gayong dari Dato Meor Abdul Rahman. Beliau menolak pelawaan Bruce Lee sebanyak 2 kali dan kali ke-3 dipelawa Dato Meor Abdul Rahman akhirnya terus terima tetapi bersyarat iaitu mestilah dilakukan di tempat yang tertutup. (Dah macam dalam Movie Ip Man)

ARTIKEL LAIN  Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2015 Terengganu

4. Bruce Lee banyak menggunakan kaki semasa membuat serangan ke atas Dato Meor Abdul Rahman namun dengan mudah dielak. Dato Meor Abdul Rahman membuat satu pukulan iaitu ‘kipas senandung dalam senandung’ di rusuk Bruce Lee. Pukulan itu menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur.

5. Dato Meor Abdul Rahman memberikan Bruce Lee air penawar yang dibacakan doa untuk merawat kesan pukulan tersebut.

6. Selepas pulih dalam beberapa tempoh, Bruce Lee berhasrat untuk mencuba kehebatan seni mempertahankan dirinya terhadap silat. Dia pergi ke Indonesia untuk mencari Dicky Dzulkarnaen yang dikhabarkan juga cukup handal dalam silat.fakta kekalahan bruce lee dengan silat melayu.jpg

7. Berita kekalahan Bruce Lee memang sudah diketahui oleh ramai mahuguru pertahankan diri termasuk Dzulkarnaen sendiri.

8. Bruce Lee sekali lagi dikalahkan apabila Dicky Dzulkarnaen menumbuk tapak kaki Bruce Lee. Tetapi kali ini tiada sebarang air penawar diberikan.

9. Dipercayai, kesan dari tumbukan itu menjadikan Bruce bertambah parah ditambah dengan kesan pukulan oleh Dato Meor Abdul Rahman sebelum ini.bukti bruce lee kalah dengan silat gayong.jpg

10. Menurut anak muridnya (Daniel Inosanto) yang juga menyambung legasi Bruce Lee dalam mengajar Jeet Kune Do, Bruce Lee dilihat banyak membaca tentang ilmu Pencak Silat sebelum kematiannya.

11. Daniel Inosanto juga telah memasukkan seni silat dalam seni mempertahankan diri untuk diajarkan kepada anak muridnya.bruce lee kalah dengan silat gayong malaysia.jpg

Semua cerita tentang kekalahan ini tidak disebarluaskan kepada dunia kerana ingin menjaga nama baik Bruce Lee dan demi menjaga keharmonian antara pengamal seni mempertahankan diri seluruh dunia. Bagi saya sendiri, setiap seni mempertahankan diri mempunyai kelebihan masing-masing. Tidak perlu menunjukkan siapa kuat siapa lemah.

Saya juga melihat, sesetengah pengamal persilatan tidak mahu perkara ini dihebahkan kerana dalam diri mereka itu tidak mahu timbul sebarang sifat angkuh.

Sudahkan anda menonton filem terkenal dari China iaitu IP MAN 3? Kongsikan pengalaman anda menonton IP MAN 3 di ruangan komen bawah ini.

Prev Article
Next Article

11 Comments

  1. Raihanah Ahmad

    wah ye ke dengan info ni, something new ni

    January 7, 2016
  2. Mohammad khalil

    Walau pun begitu sil at gayong ade lah s
    Silat pulaka. Çabaran x 3 ade lah
    Pembukà tirai tuk senandungkan keangguhan Bruce Lee. Legendà buat
    Cina2 yg ingin.mêmpelajari jeet kuno.
    Syabas kpd dato meor rahmat. Semoga Silat gayong tetap unggul dimane saje..allah maha mengetahui …

    January 7, 2016
  3. titan

    silat tetap dihati.

    hehe

    January 7, 2016
  4. zonan

    betullah

    macam-macam versi ada.

    tak tahu mana satu yang betul pasal isu ni.

    March 12, 2016
  5. Rian Hidayat

    Pembohong mati yg tulis blog ni..saja nak naik”kan nama melayu..belum apa fakta tentang bruce lee bertarung dgn dato meor..pembohong.

    May 10, 2017
  6. emmymazli

    cerita yang sama saya dgr dari guru silat saya yg juga merupakan anak murid dato meor 19 tahun dulu…. mmg dato meor yg mengalahkan bruce lee dan merawatnya kembali…. dan kemudian berlawan dgn dicky dzulkarnain seterusnya dia lebih parah. berita kematian bruce lee yg sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama pengamal seni mempertahankan diri dunia…. kita semua tahu keangkuhan bruce lee camne… apa pon… sejak saya tau… langsung tak minat dah filem2 bruce lee.

    June 8, 2017
    • rocker

      Sama2 bodoh ko ne

      October 20, 2017
  7. rocker

    Kuat la menipu,nak naikkan nama melayu biar logic skit..guna akal..jgn menipu nak naikkn nama bngsa sndiri..paloi

    October 20, 2017
  8. Pingback: Ramai Tidak Tahu Kisah Bruce Lee Kalah Lawan Dengan Silat Melayu – MFADHLY
    December 1, 2017
  9. Daeng

    kepada yg duk kat pembohong tu boleh kut rasa pelempang silat..

    mari rasa tangan kiri shj cukup..

    March 29, 2018
  10. Muhammad Azim

    Blogger ni terang pasej ni x guna otak
    Kepala otak kau

    December 12, 2018
  11. Rahmat Nur

    Pembohong. artikel macam ini lah yang lebih memalukan dunia seni silat. zaman 70-90an boleh la menipu artikel macam ni. Dicky Zulkarnaen sendiri telah mengaku tak pernah melawan Bruce Lee sebelum dia meninggal dunia.

    February 6, 2019

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • tuan guru nik abdul aziz berdoa kepada Allah agar diberikan kemenangan kepada Islam.jpg
    Doa Rabitah ,Terjemahan dan Kelebihan Mengamalkannya
    December 9, 2022 0
  • Tempat Pelancongan Menarik
    Tempat Pelancongan Menarik di Sarawak Yang Perlu …
    August 4, 2018 0
  • LOGO IPG 2010.jpg
    Permohonan IPG 2023 Dan Syarat Kemasukan
    December 27, 2022 1
  • awadah 22 1
    MyBayar Saman: Cara Daftar dan Login Akaun …
    October 17, 2022 0
  • E-Tunai Belia Rahmah
    Cara Tebus Kredit E-Tunai Belia Rahmah RM200
    June 13, 2023 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)