BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Aksi Pemain 5 Juta Di Ayam-Ayamkan Player JDT

ammar

Aksi Pemain 5 Juta Di Ayam-Ayamkan Player JDT

Lihatlah aksi pemain 5 juta di ayam-ayamkan oleh player Johor Darul Takzim(JDT) pada perlawanan peringkat Semi Final Piala FA 2016.

Dalam perlawanan JDT menentang Kedah pada aksi separuh akhir kedua Piala FA 2016 itu JDT menang dengan 3-1. Jom tonton video aksi pemain 5 juta di ayam-ayamkan pemain JDT ini.

Update terkini! (3 November 2019)

Johor Darul Ta’zim (JDT) Juara Piala Malaysia 2019

Johor Darul Ta’zim (JDT) memastikan bahawa mereka adalah “raja” bolasepak di Malaysia apabila merangkul juara Piala Malaysia 2019 selepas mudah membenam Kedah 3-0 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu, 2 November 2019.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul trofi ketiga mereka musim ini selepas Piala Sumbangsih dan Liga Super.

Jangkaan seluruh rakyat Malaysia yang ingin melihat persaingan sengit antara JDT dan juara Piala FA(Kedah) jelas meleset apabila perlawanan akhir itu dikuasai sepenuhnya oleh anak buah Benjamin Mora.

Malah kemenangan itu juga mengulangi skrip sama dua tahun lalu apabila JDT menumbangkan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam untuk menjulang trofi Piala Malaysia buat kali pertama sejak penubuhan kelab itu pada 2013.

JDT yang beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Asia musim ini nyata sukar digugat dan berada pada kelas tersendiri apabila menguasai permainan sejak wisel permulaan.

Kedah menerima tamparan kedua selepas kehilangan tiga tonggak utama di benteng apabila tewas mudah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 3-0 dan gagal melunaskan dendam tewas pada Piala Malaysia edisi 2017.

Tahniah diucapkan kepada gergasi bolasepak tanah air Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana telah berjaya merangkul Piala Malaysia buat kali kedua.

ARTIKEL LAIN  Biodata Penuh Mohd Faiz Subri Pemenang The FIFA PUSKAS Award 2016

Kepada pasukan Kedah, jangan mudah berputus asa. Mungkin kali ini bukan rezeki lagi atau mungkin tahun depan Piala Malaysia milik pasukan hijau kuning. Insyaallah.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • faiz subri
    Gol Ajaib Bukan Satu Kebetulan, Faiz Subri …
    January 12, 2017 0
  • tmj siapa
    Dihentam Kerana Tiada di Stadium Semasa Sukan …
    August 18, 2017 2
  • Safiq Rahim
    Nak Tahu Kenapa Aku Benci Safiq Rahim?
    March 27, 2017 0
  • Perak FA
    Setaraf JDT, Inilah Senarai Penuh Pemain Perak …
    December 29, 2016 0
  • Bibi-Ramjani-Ilias-Khan
    Bibi Dedah Konspirasi Pemain dan “Datuk” Untuk …
    October 12, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)