BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Biodata Penuh Mohd Faiz Subri Pemenang The FIFA PUSKAS Award 2016

ammar January 11, 2017

Mohd Faiz SubriBiodata Penuh Mohd Faiz Subri Pemenang The FIFA PUSKAS Award 2016

Tanggal 10 Januari 2017 Malaysia telah berjaya memahat nama di arena bola sepak dunia dengan kemenangan Mohd Faiz Subri di anugerah FIFA PUSKAS Award 2016.

Nama Mohd Faiz Subri kini terpahat dalam sejarah bola sepak dunia apabila pemain Pulau Pinang ini berjaya merangkul Anugerah Puskas 2016 pada majlis Anugerah Bolasepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland.

Jaringan gol ajaib oleh Faiz Subri 16 Februari tahun lalu nyata unik dan viral di laman sosial serta mendapat perhatian seluruh dunia.

Menerusi keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh FIFA, gol Faiz Subri menerima 59.46% undian manakala Marlone dan Daniuska masing-masing menerima 22.86% dan 10.01% undian.

Faiz Subri berjaya mengalahkan Marlone (Brazil) dan Daniuska Rodriguez (Venezuela) yang disenarai akhir top 3 untuk anugerah ini. Anugerah Puskas itu disampaikan oleh lagenda bola sepak, Ronaldo Luís Nazário de Lima.

Gol menakjubkan itu mencetuskan fenomena apabila menjadi viral apabila ramai peminat menganggap gol itu hampir menyamai gol lagenda Brazil Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada aksi persahabatan antarabangsa 1997.

Melihat kepada kejayaan Mohd Faiz Subri ini, sudah pasti ramai yang ingin tahu mengenai biodata penuh beliau.

Di bawah ini adalah biodata penuh pemenang The FIFA PUSKAS Award 2016, Mohd Faiz Subri:

Maklumat peribadi

Nama penuh: Mohd Faiz Subri
Tarikh lahir: 8 November 1987 (29 tahun)
Tempat lahir: Air Hitam, Kedah, Malaysia
Ketinggian: 1.72 M (5ka 7 inci)
Posisi permainan: Attacking Midfielder, Striker
 

Maklumat kelab

Kelab terkini: Pulau Pinang
Nombor: 13
 

Kerjaya remaja

2006-2009: Kedah FA (Piala Presiden)
 

Kerjaya senior*

2009-2010: KSK Tambun Tulang
2010-2011: Perlis FA 30 (6)
2012: T-Team FC (11)
2013-2014: Kelantan FA 0 (0)

Perkembangan Terkini: Dinobatkan sebagai pemenang anugerah berprestij dunia The FIFA PUSKAS Award 2016. Faiz Subri berjaya mengalahkan Marlone (Brazil) dan Daniuska Rodriguez (Venezuela) yang disenarai akhir top 3 untuk anugerah ini.

ARTIKEL LAIN  Tonton Live Streaming Keputusan Pahang vs Selangor 15.4.2017 Liga Super
Prev Article
Next Article

One Response

  1. shaik noh alkatib

    Tidak dapat digambarkan bertapa terharunya masyarakat Asia lebeh-lebeh lagi masyarakat setempat mendengar nama Mohamed Faiz Subri dinobatkan sebagai pemenang JUARA Puskat tahun 1916. Kemenang ini dengan kehendak Allah sekali gus melonjakkan nama Mohd Faiz terkenal seluruh dunia dan menambahkan rezkinya tibatiba. Inilah kehendak Allah. Saya shorkan Mohd Faiz terus bermain dengan gigih dan ihlas insaAllah menempa kejayaan yang lain pula.

    January 12, 2017
  2. Pingback: Ini Dia 3 Finalis The FIFA Puskas Awards 2017, Mohd Faiz Subri Tidak Tersenarai
    October 11, 2017
  3. Pingback: Gol Baddrol Bakhtiar Akan Dimasukkan ke Anugerah Puskas Award 2018?
    November 9, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • kemalangan f1
    (Video) Kemalangan F1 Kerana Lubang di Litar …
    September 30, 2017 0
  • Keputusan JDT vs Perak
    Tonton Live Streaming Keputusan JDT vs Perak …
    October 15, 2017 0
  • Malaysia vs Filipina
    Live Streaming Malaysia vs Filipina 22.3.2017 International …
    March 22, 2017 1
  • Malaysia vs Kepulauan Solomon
    Live Streaming Keputusan Malaysia vs Kepulauan Solomon …
    June 14, 2023 0
  • TMJ Letak Jawatan Presiden
    TMJ Letak Jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak …
    April 9, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)