BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Saya berdoa semoga dia selamat, tapi Allah lebih sayangkannya

ammar

saya doakanSeorang suami dan bapa muda yang berusia 25 tahun menghadapi detik sukar dalam hidupnya apabila terlibat dalam kemalangan di Kuala Abang, Dungun, Terengganu.

Kemalangan itu sekaligus telah meragut nyawa insan yang tersayang iaitu isterinya 25 dan anaknya 7 bulan.

Menceritakan detik cemas itu, Nazrin berkata:

“Saya bergegas keluar dari kereta dan segera mendapatkan anak yang tercampak, saya dakap dia dengan erat sambil berdoa supaya Allah panjangkan hayatnya.”

Demikian kata Mohd Nazrin Nizam, 25, yang kehilangan isteri, Nurbani Fartini Ahmad Fanizar Bani, 25 dan bayinya berusia tujuh bulan, Naira Nur Fauzana, dalam kemalangan di Kilometer 65, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Sekolah Kebangsaan Kuala Abang, tengah hari tadi.

Bagaimanapun, katanya, Naira Nur Fauzana yang cedera parah di perut dan paha itu gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Dungun.

Pada masa sama, Nazrin melihat Nurbani Fartini sudah tidak sedarkan diri selepas tercampak keluar dari kereta.

“Selepas mendapatkan anak, orang ramai menghubungi ambulans untuk menghantar kami ke Hospital Dungun berikutan keadaan Naira Nur Fauzana yang cedera parah itu, namun sebaik tiba di hospital doktor mengesahkan bayi saya sudah meninggal dunia.

“Ketika dalam perjalanan ke hospital, saya sempat menghubungi bapa yang tinggal di Kampung Pulau Serai, untuk melihatkan keadaan isteri di lokasi kejadian, namun sekali lagi saya menerima berita sedih kerana Nurbani Fartini juga disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun, di sini.

Dalam kemalangan jam 1.40 tengah hari itu, beliau kehilangan kedua-dua orang tersayang apabila kereta dipandunya pecah tayar belakang menyebabkan gagal dikawal dan terbalik.

ARTIKEL LAIN  LTTE : Khalid Samad Mahu Polis Tunjuk Bukti

Mohd Nazrin berkata, sebelum kejadian dia mengambil anak dan isterinya di rumah mentua di Pasir Panjang, Kuala Terengganu, sebaik tiba dari Kuala Lumpur untuk membawa mereka pulang ke rumah mereka di Dungun.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar di bahagian belakang kereta tiba-tiba meletup menyebabkan ia gagal dikawal sebelum terbalik.

“Ketika itu, isteri yang sedang memangku anak kami di tempat duduk penumpang di depan tercampak keluar manakala saya terperangkap dalam kereta,” katanya.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • kerja tidak bermaruah
    Tindakan Mengejutkan UPM Setelah Pensyarah Keluar Kenyataan …
    October 14, 2019 0
  • kereta singapura
    (Video) Kereta Singapura Pandu Lorong Kecemasan, Kena …
    February 11, 2019 0
  • najib razak
    Tonton Siaran Langsung Pembubaran Parlimen Malaysia
    April 6, 2018 0
  • Akaun Maybank
    TOLONG SEBARKAN!!! Orang Ramai Miliki Akaun Maybank …
    June 8, 2017 0
  • awek naik motor
    “Jangan Malu Naik Motor” Baru Mula Kerja, …
    June 21, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)