BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kerana Nyanyian Jadi Fenomena, Dato’ Seri Vida Cabar Datuk Siti Nurhaliza

ammar

dato cabar datukDato’ Seri Vida satu nama yang tidak perlu lagi diperkenalkan kepada rakyat Malaysia. Bermula dari kanak-kanak sehingga warga emas majoriti mengenali nama Dato’ Vida.

Disebabkan lagu pertama nyanyian Dato’ Vida yang bertajuk “Ayam Mee” menjadi viral, ramai remaja di Malaysia khususnya “budak wecet” mula memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada diva ini. Mana tidaknya, pengikutnya yang dahulu hanya beberapa ratus sahaja tetapi kini telah mencapai 1.3 juta di instagram.

Jumlah pengikut seramai itu telah membuktikan bahawa Dato Vida mempunyai ramai peminat setia dalam kalangan remaja kerana majoriti remaja mempunyai akaun instagram.

Single I Am Me nyanyian usahawan selebriti Dato’ Seri Hamiza Othman(Dato’ Vida) terus mencetuskan fenomena luar biasa di dalam mahupun luar negara.

Manakan tidak, video parodi demi parodi dihasilkan dalam kalangan artis tempatan dan netizen sejak video lagu tersebut dilancarkan dua minggu lalu.

Ketika ditemui mStar Online di Istana DSV (Datuk Seri Vida) di Meru Heights, Ipoh pada Rabu, Hamiza atau lebih dikenali sebagai Vida mencabar penyanyi No 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk menyanyikan lagu beliau itu.

“Saya tak sangka ramai buat video parodi I Am Me, ini membuktikan orang ramai menerima lagu nyanyian saya ini.

“Sekarang saya nak seru Siti (Nurhaliza) bawa lagu saya ini… tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti pula,” katanya.

Mengulas mengenai sambutan luar biasa terhadap lagu itu, beliau mengakui tidak menduga pertaruhannya untuk bergelar penyanyi membuahkan hasil.

“Mulanya saya bimbang andai lagu ini dan nyanyian saya tidak mencapai tahap yang saya inginkan. Jadi saya terpaksa ambil risiko.

ARTIKEL LAIN  Akibat Makan Makanan Sisa Semalam Wanita Ini Menghidap Kanser Perut?

“Tapi alhamdulillah tak sangka ia meletup dan jadi viral di seluruh dunia. Nampaknya pertaruhan saya menjadi,” katanya.

Sumber Asal: mStar

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • ppim yusof azmi
    PPIM Tolong Orang Bukan Percuma, Kenakan Caj …
    October 5, 2017 1
  • kucing berak merata
    Kucing Jiran Berak Merata, Boleh Didenda Sehingga …
    May 14, 2024 0
  • rohingya di langkawi
    Ratusan Rohingya Selamat Mendarat di Langkawi
    June 8, 2020 0
  • yusof azmi keluar ppim
    Patutlah Yusof Azmi Tinggalkan PPIM. Rupa-rupanya Dia…
    March 28, 2018 1
  • Surat Terbuka Kepada Faizznur Ini Buat Mata Anda Berkaca
    Surat Terbuka Kepada Faizznur Ini Buat Mata …
    October 21, 2016 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)