BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

“Jangan Malu Naik Motor” Baru Mula Kerja, Bergaya Ikut Kemampuan

ammar June 21, 2020

Penafian: Gambar sekadar hiasanMajoriti anak muda zaman sekarang apabila mula bekerja, target utama mereka adalah untuk membeli kereta.

Mungkin mereka menganggap dengan ada kereta ini dapat memberikan mereka keselesaan dan “gaya”. Namun hakikat sebenar bukanlah seperti itu.

Tahukah anda dengan membeli kereta ketika baru mula bekerja dapat membebankan kewangan anda?

“Jangan Malu Naik Motor” baru mula kerja, bergaya ikut kemampuan.. Tapi bukan semuanya anak muda mampu untuk “tidak” bergaya ikut kemampuan walaupun baru mula bekerja..

Segelintir mereka sudah terpengaruh dengan godaan ‘ada kereta barulah nampak kaya dan bergaya’. Maka sebab itu ramai anak muda sanggup berhutang di bank untuk beli kereta pertama mereka.

Walhal mereka sebenarnya belum mampu urus kewangan dan kadang cukup makan saje.. Persoalan di sini, apakah benar orang muda perlu ada kereta dahulu? Kenapa tak gunakan alternatif yang lebih jimat seperti motorsikal?

Seorang pakar pengurusan kewangan, Azizul Azli Ahmad berkongsi 10 Tips Orang Muda Bijak Urus Duit, Guna Motorsikal Sebagai Kenderaan Utama Serta TIDAK Beli Kereta Dulu

1. Dik mula kerja jangan pasang impian beli kereta gaji pertama. Belajar naik motor atau LRT saja dik.

2. Malu memang la malu, bila hujan duduk bawah jambatan dik. Tapi sekurangnya kita jujur bergaya ikut kemampuan kita.

3. Jangan ingat yang pakai kereta hebat tu banyak duit dik, ada yang makan pun mintak kawan belanja. Belum hujung bulan duit dah tak ada.

4. Hutang mereka besar dik, kalau pakai City lagi dahsyat dik. Bayar bulan RM856 selama 9 tahun.Kalau hutang EX5 baru RM250 itupun cuma 2 tahun dik. Dah ada anak nanti boleh bawak naik motor petang petang makan angin.

5. Kalau perut dah boroi, isteri peluk kita tak sempat sampai pusat dik. Romantik namanya dik naik motor nie.

6. Tebal muka sekarang takper dik, dari tebal hutang. Motor boleh jimat banyak benda, cuma kalau berlanggar mungkin tak selamat.Kalau jodoh tak kemana dik, jangan risau

7. Setakat malu jer dik jangan risau, Beboi Iman tak malu pun ambik duit orang. Inikan kita baru mula kerja mengada nak beli kereta.

8. Selagi tak kahwin jangan beli kereta, kalau mak nak tumpang jalan jalan bukan setiap hari. Kalau mak nak juga sewalah kereta yang ada, lagi mahal dari City pun boleh. Audi kan ada!

9. Kalau risau muka hitam naik motor jangan risau dik, Qu Puteh kan ada (jangan percaya sangat produk putih nie, pakai bedak pun boleh)

10. Belajar tebal muka naik motor, buat simpanan tebal tebal dalam ASB atau Tabung Haji. Azam beli rumah pertama kecil dan sederhana.

Gegadis bijak lagi suka kita ada rumah dari kereta dik, mereka senang nak gubah bunga dan beli barang IKEA.

Semoga berjaya dan jadi hebat dik.

Oleh: Azizul Azli Ahmad.

Itulah sedikit sebanyak nasihat dari pakar kewangan Azizul Ali Ahmad yang boleh kita ambil iktibar. Jadilah seorang yang bijak mengurus kewangan. Paling penting jangan malu untuk mencari ilmu pengurusan kewangan bagi mengelakkan anda dari menjadi hamba hutang.

Tak salah untuk berhutang tapi salah apabila biar bergaya asal papa. Sanggup berhutang dan mengikat perut bagi mendapatkan gaya walha hakikat sebenar hidup dibelenggu penuh dengan hutang.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • buku gula
    P0lis Tah4n Pengasas “Buku Gula” Tak Sangka …
    February 18, 2021 0
  • kisah tukang sapu oleh ustaz hanafiah abdul malek
    Kisah Tukang Sapu Berbasikal Tua Berhati Mulia
    August 9, 2016 1
  • Travel Bajet Tapi Menyusahkan Diri
    Apa Guna Travel Bajet Tapi Menyusahkan Diri …
    November 9, 2016 1
  • Kuarters-guru-dihuni-warga-Bangladesh
    Penduduk Marah Kuaters Guru Dipenuhi Warga Bangladesh
    October 24, 2017 1
  • guru rotan
    Ibu Pelajar Dirotan Guru Tarik Balik Laporan, …
    June 26, 2019 1



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)