Kerusi Perdana Menteri Malaysia menjadi idaman buat ramai ahli politik di negara kita ini. Tidak hairanlah jika, jawatan Perdana Menteri Malaysia menjadi idaman buat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim nyaris untuk menjadi Perdana Menteri apabila Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri ke-7. Namun rezeki tidak berpihak kepada beliau apabila kerusi itu akhirnya menjadi milik Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 apabila berjaya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dan terus membentuk pakatan baru yang dinamakan Pakatan Nasional.
Pakatan Nasional menggabungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM), Parti Islam Se-Malaysia(PAS), UMNO dan beberapa lagi parti lain. Gabungan itu berjaya menjadikan sokongan majoriti kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin seterusnya diangkat menjadi Perdana Menteri.
Dalam perkembangan lain pula Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, optimis mendapat dan mempunyai sokongan diperlukan untuk menjadi Perdana Menteri.
Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) sudah membuat pendirian mengenai perkara itu dan statusnya tidak berubah, selain Ahli Parlimen PH yang turut menyokong.
“Ia bukan isu. Ahli Parlimen bersama saya, PH sudah membuat pendirian dan ia tidak berubah. Ia tidak berubah.
“Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dalam setiap mesyuarat mingguan mengandaikan saya akan mengambil alih dan perbincangan mengenainya sedang berjalan, jadi apa isunya?
“Saya ada jumlah (Ahli Parlimen), saya ada sokongan PH dan juga Perdana Menteri.
“Jadi, ia bukan untuk saya dan (Datuk Seri) Azmin (Ali) membuat indikasi sebaliknya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Anwar ditanya mengenai segelintir pihak yang mendakwa Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Timbalan Presiden PKR menjadi ancaman kepadanya menjadi Perdana Menteri.
Ditanya sama ada beliau akan berbincang dengan Mohamed Azmin untuk menjernihkan keadaan, Anwar mendakwa sudah dua kali menghubungi timbalannya itu.
“Ia bukan saja soal politik tapi keluarga. Saya sedia bukan hanya berbincang malah hadir dan membantu meleraikan. Ini terkeluar daripada persimpangan politik. Saya jelaskan ini kepada beliau,” katanya.
Mengulas kenyataan bersama 28 Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kepemimpinan PKR hari ini supaya Anwar tidak mengeluarkan kenyataan yang memecah-belah parti, beliau berkata:
“Saya dimaklumkan oleh mereka yang menandatangani kenyataan itu bahawa ia bertujuan menyatukan parti dan bukan mempertikai kewibawaan saya sebagai Presiden.”
Sehingga kini Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi tidak berjaya memegang kerusi Perdana Menteri Malaysia. Namun, tidak mustahil satu hari nanti kerusi itu menjadi miliknya.
Dalam perkara sama pula, Pakatan Harapan (PH) akan menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukannya Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi menerajui pentadbiran negara jika parti itu kembali berkuasa.
Perancangan itu dinyatakan Presiden PH, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, sambil menegaskan parti itu bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan termasuk jika pilihan raya umum diadakan secara mengejut.
“Saya akan mengadakan perbincangan, dan saya fikir mungkin ia (jawatan Perdana Menteri) akan menjadi milik Anwar,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam temu bual bersama Haslinda Amin di saluran televisyen Bloomberg hari ini.
Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga isteri Anwar, berkata beliau tidak ‘menaruh harapan’ yang tinggi kepada kerajaan baharu, yang mana wujud ketidaktentuan sehingga menyebabkan persidangan Parlimen yang sepatutnya berlangsung semalam terpaksa ditangguhkan.
“Kita kena tunggu dan lihat apa yang sedang berlaku. Segala-galanya kelihatan begitu tidak menentu, jadi kita rasa tidak selamat, malah keadaannya kini begitu rapuh,” katanya
Anwar sebelum ini dilaporkan menunggu hampir dua tahun untuk Dr Mahathir menunaikan janjinya menamakan beliau sebagai pengganti.
Bagaimanapun Dr Mahathir enggan memberikan tempoh masa peralihan kuasa itu walaupun Anwar menjangkakan proses itu akan berjalan Mei ini.
Pertikaian mengenai tempoh peralihan kuasa itu akhirnya menyebabkan PH berpecah, hingga menyebabkan pentadbirannya sebagai Kerajaan Pusat berakhir pada 24 Februari lalu.
Kini, PH perlu lebih berhati-hati membuat percaturan politik bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Harapan(PH) menang dalam Pilihanraya Umum(PRU) yang akan datang.
Sebahagian rakyat Malaysia tidak lagi sabar untuk melihat susuk tubuh “Bapa Reformasi” itu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru. Ianya tidak mustahil berlaku jika beliau mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.
Persoalannya, mampukah Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri seterusnya? Atau mungkin akan terus menjadi “Bakal Perdana Menteri”?. Sama-sama kita nantikan apa yang akan berlaku selepas ini.