BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Apakah Hukum Makan Semeja Dengan Orang Minum Arak

ammar

apakah hukum makan semeja dengan orang minum arak.JPGApakah Hukum Makan Semeja Dengan Orang Minum Arak

Arak adalah minuman yang memabukkan dan di dalam Islam, meminum arak adalah haram hukumnya.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis. Firman Allah yang bermaksud :

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)

Disini terdapat satu persoalan yang mungkin ramai yang tidak tahu. Apakah hukum makan semeja dengan orang minum arak? Persoalan ini akan dijawab dibawah. Berikut adalah soalan beserta jawapan yang diberikan oleh Ustaz Abu Basyer:

Soalan: Ustaz,boleh ustaz beri pandangan dan apakah hukumnya orang Islam yang makan semeja dengan orang bukan Islam dan situ ada arak, tapi orang Islam tak minum arak itu, cuma makan sahaja, contoh: makan malam sempena tahun Baru Cina.

Jawapan:

Umat Islam di minta menjauhkan diri daripada makanan dan minuman haram termasuk makan dan minum semeja dengan orang bukan Islam. Mereka perlu menghormati umat Islam yang di larang meminum minuman keras dan jika mereka nak meminumnya perlu di tempat lain yang bukan semeja dengan umat Islam. Walaupun tidak minum minuman keras tetapi jika ada minuman tersebut di meja yang sama itu dikira bersyubhat.

Sabda Rasulullah oleh Imam Thabarani maksudnya: “ Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia meminum arak, dan siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia duduk pada meja jamuan yang ada diminum arak”

ARTIKEL LAIN  Surat Terbuka Dari Netizen Ini.. Pasti Buat Da'i Wan TERSENTAP!

Berdasarkan hadis ini, bukan saja hukum meminum arak itu haram tetapi menghadiri jamuan atau majlis yang ada menghidangkan arak juga diharamkan.

Sabda Rasulullah ini yang diriwayatkan oleh Abu Daud maksudnya “Allah telah melaknat arak, peminum arak, pembawa arak, pembeli arak, penjual arak, pembuat arak, orang yang minta dibuatkan arak, tukang angkat arak dan orang yang diangkatkan arak kepadanya”

Laknat itu bermaksud di murkai dan jauh dari rahmat Allah S.W.T.

Hukum bagi arak itu meliputi semua aspek iaitu peminumnya, pemerahnya, peminta perahnya, pembawanya, peminta bawakannya, pemberi minumnya, peminta minumnya, penjualnya, pembelinya, peminta belinya, peminta jualnya, pemakan harganya, penyimpannya dan pemiliknya.

Jelaslah disini wahai saudara-saudaraku bahawa hukum arak itu adalah haram dan dilaknat oleh Allah. Janganlah kita terpedaya oleh pengaruh arak dan syaitan. Walaupun ada faktor yang mendorong kita berbuat demikian tetapi ingatlah akan balasan yang bakal diterima.

Sumber Asal: Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz

Prev Article
Next Article

One Response

  1. onlajer

    Tu yang kawan tak suka pergi dinner dekat restoran yang dikatakan halal , tapi masih menghidangkan minuman keras :p

    October 28, 2015

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Doa Akhir Tahun dan Awal
    Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah …
    September 18, 2017 1
  • f202004231319492
    Niat Puasa Ganti dan Niat Puasa 6 …
    October 14, 2022 1
  • koleksi wallpaper ramadhan 2016
    KOLEKSI GAMBAR WALLPAPER RAMADHAN 2016
    June 5, 2016 0
  • timthumb
    Cara Solat Dhuha, Doa Dhuha Rumi dan …
    October 31, 2022 0
  • jadual kuliah ustaz azhar idrus november 2016
    Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Bulan …
    November 1, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)