Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1438-1439H 2017
Doa Akhir Tahun dan Awal. Beberapa hari sahaja lagi Umat Islam di Malaysia khususnya akan menyambut tahun baru Islam iaitu Awal Muharram atau Maal Hijrah 1439H Hijrah.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam, maka pada tarikh 1 Muharram(Kalendar Islam) setiap tahun akan diberikan cuti umum sempena menyambut tahun baru Islam.
Awal Muharram menjadi detik penting dalam sejarah Islam kerana ini adalah tarikh permulaan tahun baru dalam kelendar Islam(Kalendar Hijrah).
1 Muharram menjadi sejarah penting bagi memperingati perjuangan Rasulullah S.A.W. Tarikh penting ini adalah bagi memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.
Bersempena penghijrahan itulah yang menyebabkan tarikh permulaan dalam kiraan bagi Kalendar Islam/Kalendar Hijrah. Muharram menjadi bulan pertama di dalam Tahun Islam(Hijrah).
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa Penting Bulan Muharram
Antara peristiwa penting yang belaku pada bulan Muharram adalah:
- 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
- 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Seperti kebiasaannya, terdapat berberapa amalan yang boleh dilakukan oleh umat Islam apabila tibanya Awal Muharram antaranya adalah membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1438H(2017)
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Untuk tahun ini tarikh itu jatuh pada 21 September 2017 (Khamis).
Bacaan Doa akhir tahun dalam rumi
Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu’alaa sayyididinaa muhammaadin wa’alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa’amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii’anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu ‘alayya ba’da qudrotika ‘uquubati wa da’autanii ilattaubati minhu ba’da jiroo-atii ‘alaa ma’shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa’amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa’adtanii ‘alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu minnii walaa taqtho’ rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.
DOA AWAL TAHUN HIJRAH 1439H(2017)
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram iaitu pada hari yang sama. Tarikh yang tepat adalah pada hari khamis 21 September 2017(selepas maghrib).
Bacaan doa awal tahun hijrah dalam rumi
Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa ‘alaa fadhlikal ‘adliimi wujuudikal mu’awwali wahaadza’aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal ‘ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal ‘auni ‘alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.
Jika anda merasakan artikel ini bagus untuk semua Umat Islam sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang beragama Islam. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua. Insyaallah. Amin.
Tema Maal Hijrah 2017 / 1439H
Sebagai tambahan, tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini 1439H/2017M adalah:
“Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”
Faridah binti Sabar
Alhamdulilah..sgt bermanfaat..terima kasih atas perkongsian ilmu ini…