BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Bulan November 2016

ammar

jadual kuliah ustaz azhar idrus november 2016Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Bulan November 2016

Ustaz Azhar Idrus adalah satu nama yang tidak asing lagi buat masyarakat Islam di Malaysia. Suatu ketika dahulu banyak video-video kuliah agama dari Ustaz Azhar Idrus(UAI) menjadi viral di laman sosial.

Ustaz Azhar Idrus menjadi terkenal apabila video-video kuliahnya dimuat naik ke laman perkongsian video iaitu Youtube. Daripada itulah UAI digelar Ustaz Youtube. Segala persoalan atau pertanyaan mengenai agama dijelaskan oleh UAI satu persatu dalam siri kuliahnya.

Menggunakan pendekatan bertanyakan soalan dengan “tulisan” membuatkan ramai berminat untuk tahu dan bertanyakan soalan berkaitan agama kepada Ustaz Azhar.

Tulis apa sahaja soalan pasti beliau menjawab dengan tepat berdasarkan nas yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran. 

Kini, mungkin ramai yang menganggap fenomena Ustaz Azhar Idrus sudah suram tetapi pada hakikat sebenarnya Ustaz Azhar Idrus masih lagi aktif memberikan kuliah agamanya di sekitar pantai timur.

Setiap bulan jadual Ustaz Azhar sentiasa penuh dengan kuliah-kuliah agama di negeri pantai timur dan termasuk di negeri lain seperti Selangor dan Kedah.

Pasti ramai yang ternanti-nanti kedatangan beliau. Tarikh dan lokasi Kuliah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan November 2016 yang dikongsikan dibawah ini boleh dijadikan panduan.

Jom datang beramai-ramai ke majlis ilmu buat mereka yang tinggal berhampiran.

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) November 2016

 
Di bawah ini adalah Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) untuk bulan November 2016. Jadual ini memaparkan tarikh dan lokasi kuliah sekitar Malaysia dimana kebanyakkanya diadakan di pantai timur dan beberapa kuliah juga diadakan di negeri Kedah dan Selangor.Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Bulan November 2016
JOM! Kongsikan jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus(UAI) ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga supaya mereka tahu tempat dan tarikh untuk kuliah UAI ini. Semoga kita mendapat ilmu daripada kuliah yang disampaikan oleh UAI. Menuntut ilmu itu adalah wajib sehingga nyawa masih dikandung badan. Jadi, marilah menuntut ilmu supaya menjadi lebih tahu. Jangan sombong kerana ilmu itu adalah luas.
ARTIKEL LAIN  Niat Solat Jamak dan Qasar Serta Cara Melakukan Step by Step
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • icha
    Subhanallah…Ica peluk bapa, minta diajar mengucap
    June 6, 2018 0
  • Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016
    Koleksi Ucapan SMS/Whatsapp Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan …
    June 4, 2016 0
  • hukum suami cium jenazah isteri
    Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah
    August 10, 2015 2
  • timthumb
    Cara Solat Dhuha, Doa Dhuha Rumi dan …
    October 31, 2022 0
  • Dai Wan dikritik surat cinta uqasha
    Surat Terbuka Dari Netizen Ini.. Pasti Buat …
    August 30, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)