BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Baju dijual tiada sambutan, isteri dan anak pula sakit – Adam Corrie

ammar

Setiap manusia di dunia tidak akan lari dari masalah dan segala macam dugaan dalam hidup.

Yang membezakan kita dengan orang lain adalah ujian yang dilalui itu tidak sama. Ada yang diuji dengan penyakit, kesakitan dan ada diuji dengan kesusahan wang ringgit.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah ungkapan yang sesuai digunakan kepada pelakon Adam Corrie apabila jualan baju kurtanya di Busana Menara Mara tidak mendapat sambutan.

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 51, tidak dapat tidur yang cukup kerana memikirkan stok bajunya yang sudah ditempah.

“Tahun ini merupakan tahun kelima saya berniaga di Busana Menara Mara. Cuma tahun ni saya rasa sedih sikit sebab dah membazir dua minggu.

“Kedai saya tiada jualan dan tak ada orang datang membeli disebabkan Jalan Tuanku Abdul Rahmah (TAR) ditutup. Saya tak dapat tidur dan sakit kepala kerana memikirkan stok baju banyak.

“Saya dah tempah beribu helai baju dan sekarang saya tak tahu nak buat apa. Tinggal lagi beberapa hari sahaja nak raya,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis berbuka puasa Pencil Picture Sdn Bhd dan pelancaran filem Ada Apa Dengan Dosa di Halaman Shah Alam, pada Selasa.

Dalam pada itu, Adam turut meluahkan rasa sedih apabila isteri dan anaknya kini dalam keadaan tidak sihat.

Kata Adam, dia berasa bimbang dengan keadaan anaknya, Adam Fateh apabila doktor memberitahu ada darah ketika membuat rawatan menyedut kahak.

“Dalam keadaan saya rungsing memikirkan jualan baju tu, isteri saya tak sihat dan anak pula demam serta batuk.

“Saya ada bawa Adam pergi hospital baru-baru ini, masa doktor buat rawatan menyedut kahak, ada darah pula.

ARTIKEL LAIN  Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng Filem Sampah? Ini Komen Dari Ibu

“Lagi membuatkan saya risau sebab tak tahu nak buat apa. Sudah empat hari saya tak tidur malam sebab anak tak sihat,” ujarnya.

Adam Corrie adalah seorang pelakon terkenal yang memegang watak sebagai Dragon dalam filem KL Gangster. Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof itu mencetuskan fenomena dan menjadi antara filem yang terlaris pada tahun 2011.

Lakonan mantap Adam Corrie dalam filem KL Gangster berjaya memberikan kesan yang mendalam kepada penonton.

Apa-apapun kita sebagai rakyat Malaysia seharuskan memberikan sokongan kepada usahawan seperti Adam Corrie ini. Semoga perniagaannya yang halal ini mendapat sinar baru pada masa akan datang.

Kepada sesiapa yang mahu membeli kurta raya anda boleh membeli di kedai Adam Corrie yang terletak di Busana Menara Mara. JOM KITA SUPPORT!

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Jangan Benci Cintaku Episod 22 Drama Slot …
    July 30, 2018 0
  • Koleksi Gambar Terbaru Anak Che Ta Aaisyah Dhia Rana.jpg
    Koleksi Gambar Terbaru Anak Che Ta Aaisyah …
    November 23, 2015 1
  • sarah suhairi
    Rupa-rupanya Sarah Suhairi Dah Cabut ‘braces’
    March 13, 2019 0
  • tan sri jins shamsuddin meninggal dunia palsu.png
    Jins Shamsuddin Meninggal Dunia Adalah Palsu
    December 17, 2015 1
  • pu abu sufyan mahu saman
    “Will see u in court” – PU …
    April 27, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)