BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Jins Shamsuddin Meninggal Dunia Adalah Palsu

ammar

tan sri jins shamsuddin meninggal dunia palsu.png Jins Shamsuddin Meninggal Dunia Adalah Palsu

Jika sebelum ini sudahpun berlaku penyebaran berita palsu ini, kini sekali lagi penyebaran berita palsu mengenai kematian pelakon veteran negara, Tan Sri Jins Shamsuddin.

Berita palsu mengenai kematian Tan Sri Jins Shamsuddin mula tersebar luas di laman sosial sejak semalam.

Berita palsu mengenai kematian pelakon ini disebar oleh blogger yang tidak bertanggungjawab yang mahu melariskan blognya tanpa merujuk dari sumber yang sahih dan dipercayai.

Anak kepada pelakon ini yang terkejut dengan penyebaran berita palsu ini mula tampil memberikan penjelasan sebenar.

Anak bongsu pelakon veteran Jins Shamsudin, Putera Hang Nadim, 24, kesal dengan berita kematian bapanya yang tersebar di alam maya.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Nadim memberitahu berita itu palsu dan ia cukup mengejutkan dirinya serta keluarga.

“Bapa saya masih sihat, Alhamdulillah. Lepas satu demi satu berita palsu sebegini bertebaran dan menjadi viral. Tak silap saya sudah kali ketiga berita palsu kematian bapa saya tersebar.

“Apa motif mereka buat sebegitu pun saya tak tahu? Tak tahu apa yang mereka nak dan dapat dengan menyebarkan cerita palsu. Hal kematian bukan perkara mainan. janganlah sewenang wenangnya menyebar cerita tak betul,” katanya.

Kata Nadim lagi, dia serta ibu bapanya baharu sahaja pulang bercuti dari Korea dua minggu lalu.

“Petang semalam kami baru sampai ke Subang selepas balik kampung dari Pahang,” katanya.

Sumber Asal: Berita Harian

ARTIKEL LAIN  Kerana Muka Tak Kacak Amerul Affendi Dipinggir Stesen TV
Prev Article
Next Article

One Response

  1. Hero Borneo

    sekarang ini manusia suka perkara yang sensasi..dan tak peduli perkara tersebut palsu atau benar

    December 17, 2015

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • wajah-terkini-nik-adruce-pelakon-filem-tentang-bulan
    Wajah Terkini Nik Adruce Pelakon Filem Tentang …
    July 13, 2015 0
  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Jangan Benci Cintaku Episod 19 Drama Slot …
    July 25, 2018 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 20
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 20
    August 15, 2016 0
  • fasha sandha sah bercerai dengan jejai.png
    Fasha Sandha dan Jejai Sah Bercerai?
    December 15, 2015 5
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 18
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 18
    August 11, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)