BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Bantuan Ibu Tunggal 2022 Selangor, Perak, Terengganu, Pulau Pinang (BKIT, Bantuan Zakat Negeri)

Islah Ibrahim November 26, 2022
bantuan ibu tunggal 2022
Bantuan Ibu Tunggal 2022

Berita gembira buat para ibu tunggal di seluruh Malaysia , ibu-ibu sudah daftar sebagai ibu tunggal menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)? Sekiranya belum ,penulis akan kongsikan secara terpeinci bantuan ibu tunggal 2022 yang terkini untuk anda ketahui.

Disini juga akan dikongsikan informasi mengenai bantuan ibu tunggal meliputi daftar ibu tunggal online, serta membuat semakan bantuan ibu tunggal. Para ibu juga boleh mengetahui apakah jenis bantuan ibu tunggal bagi negeri-negeri seperti Terengganu, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain yang ada.

Pelbagai insiatif bantuan telah diwujudkan bagi membantu golongan ibu tunggal sekiranya para ibu mendaftar bersama dengan JPW dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita telah menegaskan, golongan ibu tunggal merupakan golongan sasar yang telah dirancang untuk menerima pelbagai jenis inisiatif bantuan.

Dengan terlancarnya Dasar Wanita Negara, ianya adalah sebagai jaminan usaha pembangunan terhadap golongan wanita dalam sektor pembangunan negara. Dengan inisiatif ini, dilihat sebagai penyumbang golongan wanita khususnya ibu tunggal dalam meningkatkan ekonomi negara.

Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Kerajaan Malaysia telah mewujudkan Bantuan Khas Ibu Tunggal yang melibatkan para ibu tunggal yang berdaftar dibawah Jabatan Pembangunan Wanita. Ini adalah untuk para ibu tunggal seluruh Malaysia, tidak termasuk bagi negeri-negeri yang mempunyai peruntukan berbeza. Dalam perkongsian ini akan dimaklumkan tentang kemaskini terkini bantuan ibu tunggal 2022 yang melibatkan peruntukan dari Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri.

Bantuan ini disalurkan mengikut simpanan data oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Kini para ibu tunggal boleh membuat permohonan BKIT hanya secara online.

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Ibu tunggal adalah dikategorikan seperti berikut:

  • Wanita yang merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Negara Malaysia
  • Wanita yang merupakan Ketua Isi Rumah seperti tafsiran definisi Ibu Tunggal
  • Pendapatan isi rumah dalam kategori garis kemiskinan semasa (PGK) semasa berjumlah RM960 atau RM244 perkapita
ARTIKEL LAIN  Nama-nama Lain Babi Yang Ada Pada Makanan

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Para ibu boleh membuat permohonan samada secara online ataupun manual atau secara offline untuk bantuan ibu tunggal 2022

Permohonan Manual atau offline (hadir ke pejabat

  1. Para ibu boleh hadir ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) / Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri /PKMDD /LPPKN
  2. Bagi para ibu di Sabah, boleh hadir ke Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Bagi pemohon Sabah)
  3. Bagi Para ibu di Sarawak boleh hadir ke Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (bagi pemohon di Sarawak)

Permohonan Online, melalui telefon pintar atau laptop sahaja

Para ibu boleh layari Portal Rasmi Jabatan Pembagunan Wanita dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah:

  1. Pastikan para ibu mengisi dengan mendaftar sebagai ibu tunggal pada pautan ini DAFTAR IBU TUNGGAL
  2. Kemaskini terkini , para ibu boleh mendapatkan bantuan ibu tunggal ini mengikut negeri masing-masing dengan merujuk kepada Jabatan yang dinyatakan tadi

Dokumen Yang Perlu Disediakan Dalam Permohonan Bantuan Ibu Tunggal 2022

Para ibu yang ingin memohon perlu sertakan dokumen wajib berikut:

Dokumen Wajib atau Mandatori

  1. Salinad kad pengenalan (MyKad)
  2. Salinan Penyata akaun bank semasa
  3. Salinan sijil perkahwinan/ siji cerai/sijil kematian suami
  4. Salinan sijil kelahiran anak yang masih belum berkahwin/MyKid/MyKad/Sijil Pengangkatan dari JPN
  5. Salinan slip pendapatan/gaji terkini atau pengesahan pendapatan (Contoh surat pengesahan Penghulu/Majikan)

Dokumen sokongan untuk meningkatkan bukti

  1. Surat pengakuan doktor (sekiranya terlibat)
  2. Surat akuan bersumpah ( sekiranya masih dalam proses perceraian)

Berikut dikongsikan senarai bantuan ibu tunggal 2022 mengikut negeri yang sedang disediakan oleh setiap negeri masing-masing:

Bantuan Khas Ibu Tunggal Mengikut NegeriPenerangan atau Pautan
Bantuan Khas Ibu Tunggal TerengganuInisiatif kerajaan negeri Terengganu, sila layari pautan ini https://ibantuan.terengganu.gov.my
Bantuan Khas Ibu Tunggal Negeri MelakaPara ibu boleh hadir ke Pejabat Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka atau cawangan di Melaka Tengah, Daerah Alor Gajah dan Jasin
Bantuan Ibu Tunggal SelangorKerajaan Negeri Selangor memperkenalkan bantuan RM300 sebulan yang dikenali sebagai BINGKAS SELANGOR , sila layari pautan ini https://www.bingkasselangor.com/
Bantuan Ibu Tunggal PerakIbu tunggal yang cukup syarat kriteria boleh memohon penerimaan zakat melalui zakat perak melalui portal MAIPk
Bantuan Ibu Tunggal JohorIbu tunggal yang cukup kriteria di Johor boleh memohon penerimaan zakat melalui Majlis Agama ISLAM Johor di pautan berikut Portal Maijj
Bantuan Ibu Tunggal Pulau PinangIbu tunggal di Pulau Pinang boleh memohon bantuan melalui inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Pulau Pinang melalui bantuan i sejahtera. Sila ke pautan ini iSEJAHTERA
Bantuan Ibu Tunggal SabahIbu tunggal di Negeri Sabah boleh memohon melalui portal https://wise.sabah.gov.my/ dimana Kerajaan Negeri memperuntukan bantuan RM1200 buat ibu tunggal di Sabah
Bantuan Ibu Tunggal 2022

Jenis-jenis bantuan ibu tunggal 2022 mengikut negeri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas kerajaan negeri mengumumkan peruntukan terkini dalam setiap pembentangan bajet. Semoga perkongsian ini dapat membantu para ibu tunggal mendapatkan informasi mengenai bantuan khas ibu tunggal.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • sultan kelantan cemar duli
    Kisah Benar Mangsa Banjir Tidak Sedar Lelaki …
    December 15, 2016 1
  • 27855 ilustrasi sujud shutterstock
    Cara Baca Sujud Sahwi Bacaan Jawi Dan …
    December 23, 2022 0
  • 14242254 1068381436616079 6055827311968824990 o
    Doa Selepas Azan Arab dan Rumi Serta …
    November 29, 2022 0
  • 296048369 5633694996649971 1699662502501861420 n
    APDM Login: Aplikasi Pangkalan Data Murid Dan …
    November 16, 2022 0
  • 3003592
    50 Sunnah Rasulullah Yang Boleh Diamalkan dan …
    December 8, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)