BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cara Daftar ASB Online Dan Cara Buat Semakan Di Portal MyASNB

Islah Ibrahim November 24, 2022

Anda mempunyai akaun ASB dan ingin tahu bagaimana untuk membuat semakan secara online? Dalam perkongsian ini akan dikongsikan bagaimana cara daftar ASB online dan kaedah untuk membuat semakan MyASNB anda.

Dunia digital yang ada pada hari ini menjadi semakin mudah dimana semua pelabur unit saham amanah ASNB boleh mendapatkan semua maklumat pelaburan anda hanya secara atas talian. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sentiasa melakukan penambahbaikan perkhidmatan, kini anda tidak perlu lagi tambah pelaburan menggunakan buku pelaburan, anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan terus boleh berurusan di mana-mana kaunter ASNB atau Ejen ASNB.

cara daftar asb online
Cara Daftar ASB Online

Pelabur ASB boleh juga membuat semakan baki seperti kemaskini dan menambah pelaburan dengan menggunakan transaksi ASB secara atas talian.

Maklumat terbaru dari ASNB, pelabur ASNB perlu daftar terlebih dahulu di Portal MyASNB, pelabur bukan sahaja boleh membuat semakan ASB sendiri malah turut mendapat akses kepada beberapa unit amanah saham lain yang berada dibawah pentadbiran ASNB seperti ASB2, ASW2020, ASM, ASD, AS1M, ASN, ASN2,ASN3 dan juga ASG.

Begitu mudah sekali kan, bila anda sudah tahu cara daftar ASB online?

Pengenalan Amanah Saham Bumiputera Berhad (ASNB)

Amanah Saham Bumiputra Berhad (ASNB) adalah sebuah pilihan pelaburan dengan risiko yang rendah dan paling terbaik untuk golongan bumiputra. Sekiranya anda melabur dalam unit amanah saham ini, risiko kerugian amatlah rendah dan anda juga boleh mendapat pulangan dividen dan bonus setiap tahun.

Kini, Portal MyASNB diwujudkan untuk memudahkan urusan pengguna Amanah Saham Nasional Berhad untuk membuat sebarang urusan secara atas talian hanya menggunakan telefon pintar sahaja atau laptop. Laman perkongsian ini akan berkongsi cara daftar ASB online di bawah.

ASB juga mempunyai had simpanan sehingga RM200,000 dimana semua pelabur hanya boleh meningkatkan jumlah pelaburan pada nilai ini, namun untuk dana tidaklah mempunyai had ke atas nilai akaun. Keuntungan modal yang disimpan dalam akaun ASB anda mungkin boleh melebihi jumlah RM200,000. Para pelabur bebas untuk menentukan jumlah pelaburan pada bila-bila masa dan bebas untuk menambah nilai atau ingin melanggan unit tambahan melalui Ejen ASB terpilih.

ARTIKEL LAIN  SPMU 2023: Cara Daftar Online SPM Persendirian

Cara Daftar ASB Online dan Buat Semakan

Disini akan dikongsikan bagaimana cara untuk mendaftar sebagai pengguna di Portal MyASNB, kerana setelah mendaftar di portal ini, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan yang dikehendaki secara online. Kemudahan ini telah dinaiktaraf bermula pada tahun 2017 yang akan memudahkan para pelabur untuk menyelesaikan pelbagai urusan unit saham amanh mereka.

Langkah-Langkah Cara Daftar ASB Online adalah seperti berikut:

Langkah-LangkahPenerangan
1. Sila daftar di Portal MyASNB– Sebelum membuat pendaftaran, pastikan anda sentiasa mengemaskini maklumat peribadi anda semasa anda berada di cawangan ASNB/ Ejen ASNB
-Anda lengkapkan pendaftaran melalui Portal ASNB pada pautan ini https://www.myasnb.com.my/
– Ambil masa untuk membaca terma dan syarat dan klik pada kotak persetujuan
-Cipta ID anda sebagai pengguna dan Kunci Keselamatan anda
-Sila isi maklumat yang diminta kemudian klik ‘Tamat’
– Anda mesti simpan kata laluan sementara yang telah diberikan semasa anda login pada kali pertama
2. Login masuk kali Pertama ke Portal MyASNB-Sila layari Portal MyASNB pada pautan https://www.myasnb.com.my/ dan klik masuk
– Masukkan semula ID pengguna anda dan klik ‘Teruskan’
-Pastikan kunci keselamatan yang anda telah masukkan tadi adalah sama dengan yang anda cip sebelum memasukkan kata laluan sementara yang telah diberikan semasa mendaftar tadi
-Klik ‘Teruskan’
– Anda boleh kemaskini ( update) dan menukar kata laluan anda untuk tujuan pelindungan keselamatan kemudian klik ‘Tukar Kata Laluan’
– Selepas menukar kata laluan, anda boleh log masuk semula dengan menggunakan kata laluan yang baharu
Cara Daftar ASB Online

Tahniah anda sudah berjaya! mempunyai akaun MyASNB secara online, di sini anda akan dipaparkan halaman utama Portal MyASNB yang meliputi perkhidmatan semak jumlah pelaburan terkini, senarai portfolio pelaburan yang ada, dan juga baki terkini. Anda juga boleh melihat jenis-jenis pelaburan seperti tunai, KWSP dan juga pinjaman.

MAKLUMAN PENTING: Jika nombor telefon yang terpapar pada skrin adalah berlainan daripada nombor telefon anda yang sebenar, sila hadir ke mana-mana cawangan ASNB atau bertemu Ejen ASNB untuk mengemaskini semula no telefon anda yang aktif dan yang betul. Sekiranya anda tidak menerika kod TAC, anda juga dinasihatkan untuk menghubungi telco yang sedang anda gunakan dan memohon untuk ‘unblock’ penerimaan SMS dari nombor 62000.

Anda diingatkan supaya sentiasa menyimpan maklumat penting Login masuk Portal MyASNB anda seperti ID pengguna, kata laluan, kunci keselamatan dalam bentuk FRASA serta jawapan anda untuk soalan keselamatan. Simpan pada tempat yang selamat seperti dalam nota yang tidak berisiko hilang. Hal ini penting untuk memudahkan anda login semula di masa akan datang.

Jadikan peluang pelaburan melalui Unit Saham Amanah ini sebagai satu lagi instrumen simpanan kewangan anda untuk masa akan datang. Perkongsian cara daftar ASB online dan kaedah buat semakan ini diharapkan boleh memberi gambaran jelas betapa mudahnya untuk menjalankan urusan ASB hanya secara atas talian.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Cara Semak Saman Traffik PDRM dan JPJ Secara Online
    Cara Semak Saman Traffik PDRM dan JPJ …
    June 7, 2017 0
  • slip gaji
    ePenyata Gaji Semakan Gaji Penjawat Awam 2022 …
    October 26, 2022 0
  • Semakan Daftar Pemilih
    Semakan Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi Online …
    October 31, 2022 1
  • sultan kedah
    Gambar “Rare” Sultan Kedah Bersama Ratu Elizabeth …
    September 12, 2017 0
  • gaya selfie buat orang rasa menyampah.jpg
    Gaya Selfie Yang Buat Orang Rasa Menyampah
    November 18, 2015 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)