Anda tahu apa itu PERKESO yang diperuntukkan dalam dunia pekerjaan ? PERKESO adalah ringkasan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial, ada juga disebut SOCSO (Social Security Organization). Pada laman ini, penulis akan kongsikan info mengenali PERKESO berserta tarikh bayaran PERKESO 2022 dan Semakan Tuntutan.
Jika anda adalah seorang pekerja yang bekerja di Syarikat swasta, caruman dalam SOCSO ini adalah wajib bagi anda. Itu adalah hak anda sebagai pekerja. Kalau syarikat yang anda bekerja itu tidak membuat caruman SOCSO, sebenarnya majikan anda telah melanggar undang-undang serta boleh dikenakan tindakan.
Mengenali SOCSO/PERKESO
PERKERSO/SOCSO diwujudkan bertujuan untuk memberikan perlindungan keselamatan dalam bentuk duit tunai dan manfaat-manfaat kepada pekerja yang bekerja di syarikat/organisasi swasta. Ianya adalah satu bentuk persediaan jika berlakunya kecemasan, ditimpa kemalangan, terkena penyakit berjangkit, tercedera atau meninggal dunia semasa sedang bekerja. Soal ini sangat penting kepada seorang pekerja untuk memastikan ada sistem perlindungan sekiranya berlaku apa-apa ke atas pekerja.
Pihak PERKESO/SOCSO juga ada membuat bayaran faedah dimana terdapat dua skim faedah keselamatan sosial yang disediakan iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
Skim Yang Ada Dibawah SOCSCO Yang Membenarkan Pekerja Buat Claim Duit
1. SKIM INSURANS PEKERJA (SIP)
Pihak SOCSO ada menyediakan elaun tunai berjumlah RM600 untuk tempoh 3 bulan sekiranya pencarum tersebut kehilangan pekerjaan
2. SKIM PENCEN ILAT
Situasi keilatan adalah seorang pekerja itu telah uzur secara kekal, tak boleh diubati, atau potensi untuk sembuh tiada lagi. Contohnya penyakit kritikal yang boleh membawa maut, sakit kanser pada tahap tinggi, sakit strok dan lain-lain yang hampir sama. Keadaan ini menyebabkan pekerja tersebut tidak dapat lagi mencari nafkah untuk keluarga. Skim ini membantu memberikan perlindungan kepada pekerja
3. SKIM BENCANA PEKERJAAN
Skim ini pula akan membantu memberi perlindungan kepada pekerja yang kemalangan semasa bekerja, ini termasuk terkena penyakit yang berpunca dari tempat kerja.
Tarikh Bayaran PERKESO 2022
Makluman terkini daripada PERKESO, ini adalah tarikh bayaran PERKESO 2020 terkini yang akan dikongsikan meliputi bulan, hari ,tarikh bayaran beserta catatan pembayaran. Untuk makluman anda, di PERKESO terdapat dua skim yang menyediakan faedah keselamatan sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
Kemaskini daripada PERKESO telah memaklumkan, berlaku kenaikan kadar pencen berjumlah 1.2 peratus sehingga 10.4 peratus dalam skim bencana pekerjaan dan skim ilat berkuatkuasa 26 Disember 2017.
Daripada pengumuman ini , seramai 328,056 orang penerima akan menerima bayaran tunggakan pelarasan dimana bayaran ini memperuntukkan sebanyak RM72.62 Juta. Faedah ini dibayar melibatkan penerima yang menghadapi hilang upaya kekal, orang tanggungan, pencen ilat dan pencen penakat.
Berikut dikongsikan kepada anda Tarikh Bayaran PERKESO 2022 yang akan dibayar selepas pembayaran gaji penjawat awam atau pekerja kerajaan serta pesara kerajaan.
BULAN | TARIKH | HARI | CATATAN PEMBAYARAN |
Januari | 25 Jan 2022 | Selasa | 1 Februari merupakan Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru Cina |
Februari | 1 Mac 2022 | Selasa | – |
Mac | 1 April 2022 | Jumaat | – |
April | 26 April 2022 | Selasa | 1 Mei adalah Hari Pekerja/Buruh, Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 3 & 4 Mei 2022 |
Mei | 25 Mei 2022 | Rabu | – |
Jun | 1 Julai 2022 | Jumaat | – |
Julai | 1 Ogos 2022 | Isnin | 21 Julai adalah Hari Raya Aidiladha |
Ogos | 1 September 2022 | Khamis | – |
September | 30 September 2022 | Jumaat | – |
Oktober | 17 Oktober 2022 | Isnin | 24 Oktober adalah Hari Deepavali |
November | 1 Disember 2022 | Khamis | – |
Disember | 20 Disember 2022 | Selasa | 25 Disember adalah Hari Krismas |
Cara Semak Status Permohonan Tuntutan
Jika anda ingin membuat semakan tuntutan, terlebih dahulu anda lakukan semakan pendaftaran Majikan dan Pekerja. Bagi memastikan nama anda berada dalam sistem PERKESO.
Berikut adalah langkah-langkahnya
- Lawati Portal PERKESO pada pautan berikut http://esemak.perkeso.gov.my/ anda juga boleh layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my kemudian klik pada ikon e-Semak
- Kemudian laman utama e-Semak akan dipaparkan kepada anda
- Untuk membuat semakan status pendaftaran majikan, sila pilih menu ‘Majikan’ dan masukkan nama Majikan/ Nombor Kod Majikan
4. Manakala untuk menyemak status pendaftaran pekerja, sila pilih menu ‘Pekerja’ dan masukkan Nombor Kad pengenalan tanpa sempang –
Sekiranya tertera maklumat anda, anda boleh membuat semakan tuntutan pada pautan yang sama untuk mengetahui status permohonan anda untuk urusan PERKESO. Proses tuntutan ini harus dilakukan oleh Jabatan Sumber Manusia tempat anda bekerja, pasukan HR sepatutnya memberikan bantuan dan panduan bagi memastikan tuntutan anda dibayar.