Al-Quran merupakan mukjizat yang mengandungi ayat suci sebagai petunjuk terbaik untuk hambaNya dan menjadi senjata paling kuat kepada umat islam yang yakin dan beriman dengan Al-Quran. Antara ayat yang diamalkan yang menunjukkan mukjizatnya adalah Yasin 7 mubin.
Dalam artikel ini akan berkongsi kepada anda ayat yasin 7 mubin untuk anda amalkan dengan tujuan kebaikan, memohon hajat atau usaha menyembuhkan penyakit.
Dalam perihal membuat rawatan dan mengamalkan bacaan Al-Quran dalam perubatan, tidak semua orang mampu untuk menguasainya. Namun jika anda bertekad untuk mendalami ilmu Al-Quran ini, insyaAllah ia mampu untuk meningkatkan iman kita dan membawa diri kita semakin dekat dengan Allah S.W.T
Tahukah anda, dalam kehebatan ayat-ayat Al-Quran yang terkandung di dalamnya, ada satu surah yang merupakan antara surah yang sangat digalakkan untuk membacanya iaitu surah yasin.
Surah yasin mempunyai banyak kelebihan di dalamnya dan sebaiknya diamalkan setiap hari.
Kelebihan Yasin 7 Mubin
Semasa anda membaca surah Yassin, di dalam surah ini terdapat 7 mubin dimana setiap 7 ayat kesemuanya mempunyai perkataan mubin. Semua 7 ayat ini mempunyai kelebihan, khasiat dan fadhilat yang boleh kita amalkan untuk diri kita sendiri.
Berikut adalah antara 7 kelebihan membaca Yasin 7 mubin
- Membantu melindungi diri sendiri dari ancaman fitnah dan dizalimi oleh manusia lain
- Sesuai untuk pesakit yang sedang tenat, baca ayat ini dan diberikan kepada pesakit tersebut
- Ikhtiar untuk mencari barang yang hilang
- Boleh dibaca untuk ikhtiat anak-anak yang tak dengar kata
- Ikhtiar untuk memulangkan sihir kepada mereka yang telah menghantar sihir tersebut
- Usaha pendiding diri dari gangguan jin dan iblis
- Pelbagai lagi kelebihan dalam kupasan khas mengenai yasin 7 mubin
Ayat Yasin 7 Mubin
Ayat pertama:
Maksudnya:
Sesungguhnya kami menghidupkan orang-orang yang mati dan kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam kitab (ibu suratan) yang jelas nyata
Ayat kedua:
Maksudnya:
“Dan tugas kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”
Ayat ketiga:
Maksudnya:
“Sesungguhnya aku ( kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata”
Ayat keempat:
Maksudnya:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka ‘dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu’ berkatalah orang -orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek) ‘Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah ia akan memberinya makan? Kami ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”
Ayat kelima:
Maksudnya:
“Bukankah aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu”
Ayat Mubin keenam:
Maksudnya:
“(Nabi Muhammad bukan penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepada itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan kitab suci yang memberi penerangan”
Ayat Mubin ketujuh:
Maksudnya:
“Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui bahawa Kami telah menciptakan dia dari ( setitis air benih) Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati”
Cara Membaca dan Mengamalkan Yasin 7 Mubin Untuk Pulangkan Sihir
Jika anda terkena sihir yang berulang kali sehingga membawa kemudaratan yang tidak berkesudahan, amalkanlah ayat Yasin 7 Mubin untuk pulangkan sihir ini dengan niat untuk memberi kesedaran kepada si penyihir.
Amalan membaca ayat ini untuk memberi kesedaran supaya si penyihir insaf dan tidak lagi berani untuk menghantar sihir.
Ada beberapa perkara penting sebelum anda ingin mengamalkan bacaan Yasin 7 Mubin ini untuk tujuan pulangkan sihir.
1. Bangun di waktu malam, membersihkan diri dan mengambil wudhu
2. Mulakan dengan solat sunat taubat 2 rakat
3. Bersolat hajat dua rakaat dan diakhiri dengan doa supaya dihindarkan dari gangguan sihir
4. Setelah selesai, diikuti dengan membaca surah yasin sehingga bertemu dengan perkataan Mubin yang pertama. Kemudian anda mesti berhenti sekejap dan berdoa supaya dipulangkan sihir itu kepada mereka yang telah menghantar sihir.
5. Ulang semula bermula dari awal membaca surah yasin sehingga bertemu dengan perkataan Mubin yang kedua, kemudian berdoalah seperti mana yang anda baca pada Mubin yang pertama tadi
6. Ulang semula dan lakukan langkah seperti tadi dengan membaca dari awal sehinggalah bertemu perkataan Mubin yang ke-3,4,5,6 dan yang ke 7 dan kita berdoa untuk dipulangkan sihir itu kepada si penyihir.
7. Selesai membaca Yasin 7 Mubin hingga selesai, teruskan menyambung bacaan surah Yasin sehingga ayat ke 83 sampai habis.
8. Selesai membacanya, bolehlah anda tidur, sebelum anda tidur, bacalah surat Al-Kautsar 10 kali bersama dengan niat memohon kepada Allah supaya diberikan petunjuk melalui mimpi semasa tidur yang lena nanti. Berikhtiarlah , insyaAllah semoga berhasil.
Hajat Untuk Barang Yang Hilang
Saat anda menghadapi ujian barang yang dimiliki telah hilang seperti kereta hilang, barang kemas atau apa apa barang anda yang berharga, anda boleh ikhtiar dengan mengamalkan Yasin 7 Mubin untuk mendapatkan kembali barang yang hilang tersebut.
Namun bukanlah semua barang boleh dicari dengan cara ini, tidak sesuai untuk melakukannya untuk mencari barang yang tidak berharga atau biasa sahaja seperti makanan, atau barang yang akan rosak juga nanti.
Kita mesti ingat, kebergantungan kita bukanlah kepada ayat ini, tetapi bertawakal kepada Allah S.W.T. Ini hanyalah ikhtiar atau kaedah yang anda boleh gunakan.
Berikut antara kaedah untuk membaca Yasin 7 Mubin untuk mencari barang yang hilang:
Sebaik sahaja anda tahu bahawa barang berharga anda telah hilang, anda perlu membaca Yasin 7 Mubin ini secepat mungkin dengan harapan barang yang hilang itu dapat ditemui segera.
Seperti dalam langkah tadi juga, mulakanlah dengan bersolat hajat sebanyak dua rakaat dan memohon kepada Allah semoga ditemukan kembali barang yang hilang atau yang dicuri itu.
Bacalah doa Nabi Yunus ini sebanyak 40 kali dengan penuh penghayatan dan bersungguh-sungguh serta memohon keampunan Allah S.W.T semasa sujud yang terakhir.
Doa Nabi Yunus
1. Di mulakan dengan membaca surah Al-Fatihah sebelum memulakan bacaan yasin dan berselawat ke atas baginda S.A.W sebanyak 11 kali. Kemudian diteruskan dengan membaca surah Yasin sehingga bertemu ayat Mubin yang pertama di ayat 12, berhenti atau waqaf seketika dan berdoa hajat barang yang hilang itu
2. Teruskan dengan membaca semula yasin dari awal dan bertemu dengan ayat Mubin yang kedua, waqaf dan berdoa.
3. Teruskan bacaan semula yasin pusingan ketiga, dan bertemu Mubin yang ketiga pada ayat yang ke 24 , berhenti dan berdoa hajat yang sama.
4. Teruskan hingga selesai pada Mubin keempat, kelima, keenam hingga ketujuh
5. Kemudian habiskan membaca surah yasin hingga ayat ke 83 iaitu ayat yang terakhir dalam surah yasin dan diakhiri dengan bacaan penutup.
6. Setelah selesai ini bermakna anda telah membaca doa sebanyak 28 kali. Untuk mendapatkan yang makin mujarab, sebaiknya diamalkan sebanyak 3 malam berturut-turut setelah diuji dengan kehilangan barang tersebut.
Semoga panduan membaca Yasin 7 Mubin ini dapat dijadikan ikhtiar buat kita demi mencari keredhaan AllAh S.W.T