BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Posisi Tidur Menunjukkan Keperibadian Anda

ammar

Posisi Tidur Menunjukkan Keperibadian Anda.jpg Posisi Tidur Menunjukkan Keperibadian Anda

Keperibadian seseorang selalunya dapat dilihat dari pelbagai aspek termasuk perbualan, mimik muka, gaya berjalan dan perbuatan. Mungkin juga keperibadian seseorang itu tidak dapat dilihat untuk pertama kali bertemu. Ramai yang hipokrik dan tidak menunjukkan keperibadian sebenar dirinya. Apabila anda mula mengenali dan mendekati seseorang itu mungkin sedikit demi sedikit keperibadiannya akan terserlah.

Satu fakta yang menarik yang kami ingin kongsikan kepada anda hari ini adalah posisi tidur yang dapat menunjukkan keperibadian anda.

Tahukah anda dengan posisi tidur ini kita dapat melihat keperibadian seseorang? Walaupun ianya 100% tidak tepat tetapi selalunya posisi tidur ini sedikit dapat “mendedahkan” keperibadian seseorang.

Mari kita lihat posisi tidur ini dan bagaimana kaitannya dengan keperibadian anda.

1.Tidur Meniarap

Jika anda tidur meniarap sepanjang malam anda cenderung ke arah berfikiran sempit. Anda mungkin ego dan selalu memaksa orang untuk memenuhi kehendak anda sendiri. Anda juga cuai dan hidup tanpa sistem.

2. Tidur Mengiring

Berarti anda berfikiran terbuka dan menikmati kebahagiaan setiap hari dalam hidup anda. Sebahagian teman-teman anda sangat menyukai anda.

3. Menutup Kepala Hingga ke Hujung Kaki

Anda mungkin kelihatan macho di depan umum, tapi jauh di dalam hati anda pemalu dan lemah. Anda cenderung untuk menyimpan banyak rahsia. Jika anda mempunyai masalah, anda lebih suka menyimpannya untuk diri anda sendiri daripada meminta bantuan. 

4. Tidur Dengan Memeluk

Anda merasa kesepian dan tertekan kerana anda obses dengan kegagalan dan kemunduran masa lalu anda. Anda ragu-ragu dan memberitahu orang lain bahawa cinta telah hilang dalam hidup anda.

posisi-tidur-meringkuk.jpg 5. Posisi Meringkuk

Ego, cemburu, dan dendam adalah kata-kata yang menggambarkan anda. Orang-orang di sekitar anda harus berhati-hati agar anda tidak tersinggung!

ARTIKEL LAIN  Anak Muda Boleh Nikmati RM31000 Dalam 3 Tahun Dengan Langkah Ini

tidur terlentang.jpg 6. Tidur Terlentang

Anda sangat cerdas dan bersemangat untuk belajar. Namun kadang-kadang anda penuh dengan idea-idea gila yang sulit untuk diikuti orang lain. Anda sangat menjaga keluarga anda dengan baik, tapi masalahnya adalah anda sangat mencintai setiap orang.

tidur kaki bersilang.jpg 7. Terlentang Dengan Kaki Bersilang

Siapapun yang tidur dengan menyilangkan kakinya dikatakan obses pada diri sendiri dan susah untuk menerima perubahan. Menyendiri adalah keutamaan anda.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. titan

    aku rasa macam pernah tidur semua posisi niih.

    haha..

    March 14, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pjawtam1 1582725366
    Jadual Gaji Guru DG29,DG44 Hingga DG54 Termasuk …
    November 25, 2022 0
  • sultan kelantan cemar duli
    Kisah Benar Mangsa Banjir Tidak Sedar Lelaki …
    December 15, 2016 1
  • Ini Semua Bidaah, Nabi Tak Buat
    Ini Semua Bidaah, Nabi Tak Buat Ianya …
    December 13, 2016 0
  • Masih Ada Yang Tidak Tahu Cara Berwuduk Dengan Sempurna. Ikuti Cara Berwuduk Yang Betul
    Niat Wudhu Cara Bacaan Rumi dan Arab …
    December 8, 2022 0
  • surat berhenti kerja
    Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah dan Ringkas …
    April 8, 2014 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)