BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Garis Panduan Cara Penyimpanan Susu Ibu Dengan Betul

ammar

Cara Penyimpanan Susu IbuGaris Panduan Cara Penyimpanan Susu Ibu Dengan Betul

Semua ibu inginkan yang terbaik buat permata hatinya. Bermula dari kandungan sehingga mereka membesar sang ibu sentiasa cuba memberikan pemakanan yang terbaik dan berkhasiat untuk anaknya.

Susu ibu adalah makanan terawal buat bayi dan yang terbaik jika dibandingkan dengan susu lain seperti susu lembu atau kambing. Tidak hairanlah trend penyusuan susu ibu menjadi fenomena pada masa kini.

Kebanyakan ibu yang bekerjaya mula memilih untuk memberikan susu ibu kepada bayi mereka kerana terdapat pelbagai kemudahan masa kini seperti pam susu automatik. Jadi, tiada alasan lagi buat ibu yang malas untuk memerah susu badan.

Kebaikan memberikan susu ibu tidak terhad kepada bayi semata-mata malah juga memberikan kesan yang baik kepada ibu.

Ibu disarankan memberikan bayi mereka susu ibu sepenuhnya selama 6 bulan tanpa sebarang makanan atau minuman lain. Seterusnya sebaik-baiknya diteruskan penyusuan susu ibu kepada bayi sehingga 2 tahun.

PENTING! Ibu Menyusu Harus Tahu

Terdapat beberapa garis panduan dalam penyimpanan susu ibu yang telah diperah. Antaranya adalah seperti berikut:

4 GARIS PANDUAN PENYIMPANAN SUSU IBU

1. Suhu Bilik – bertahan sehingga 4 jam.
2. Refridgerator – bertahan sehingga 48 jam
3. Sejuk Beku – bertahan sehingga 3 bulan
4. Deep Freezer – bertahan sehingga 6 bulan

Berikut adalah panduan penyimpanan susu ibu secara bergambar.1 2 3 45

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

  • Dapat meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.
  • Mencegah dari penyakit rabun malam.
  • Mencegah bayi dari mendapat alahan.
  • Mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan.
ARTIKEL LAIN  Cuti Umum Sabah 2023 Dan 2022 (Hari Kelepasan Am Dan Peristiwa)

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu

  • Penahan sakit semulajadi– Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.
  • Elak pendarahan– Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.
  • Kecutkan rahim– Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

Gambar oleh: MILK Nutrix – milk booster

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Gambar Gadis Kelantan
    Anda Harus Berhati-hati Apabila Berkawan Dengan Gadis …
    June 14, 2016 4
  • Logo01.20221 600x600.png
    Senarai Foodpanda Voucher Terkini Bulan November 2022
    November 21, 2022 0
  • 11102020thijaris 1
    Thijari, Login & Cara Daftar Tabung Haji …
    October 20, 2022 1
  • Kerjaya Dengan Pendapatan Tinggi Tanpa Perlu Ijazah
    Inilah 20 Kerjaya Di Malaysia Dengan Pendapatan …
    September 1, 2017 2
  • Kursus Yang Ditawarkan Di GIATMARA Jelutong
    Permohonan GIATMARA 2023 Online Dan Semakan Senarai …
    December 22, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)