BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cara Baca Sujud Sahwi Bacaan Jawi Dan Rumi

Islah Ibrahim
sujud sahwi

Artikel ini akan berkongsi cara untuk membaca sujud sahwi dan perkongsian lengkap kaedah pembacaan melalui jawi dan rumi.

Sifat semulajadi yang terjadi kepada semua manusia adalah lupa. Tidak kiralah apa sahaja pangkat dan jawatan dari teratas atau terbawah, tiada siapa yang boleh lari dari sifat pelupa ini.

Sedangkan Rasulullah S.A.W yang telah dijamin syurga Allah pun mempunyai sifat ini.

Kita biasa terlupa dalam perkara rutin harian kita, sudah tentu apabila kita terlupa mungkin kita akan ada rasa marah, menyesal, bersalah dan sebagainya. Kadangkala perkara tersebut adalah perkara penting yang perlu diselesaikan.

Namun dalam islam, kita juga boleh terlupa dalam perbuatan ibadat kita seperti terlupa rakaat, ada meninggalkan rukun atau sunat , dan juga mungkin terlebih rakaat.

Sabda Rasulullah S.A.W , dalam satu riwayatnya, pernah berlaku baginda terlebih rakaat semasa solat maka kemudian Rasulullah telah melakukan sujud sahwi.

Dalam riwayat dari Abdullah R.A telah menceritakan ibrahim katanya:

“Rasulullah S.A.W telah bersolat dan menambah rakaat atau terkurang. Selepas baginda memberi salam, kami bertanya ‘wahai Rasulullah, adakah berlaku perubahan dalam solat?” Baginda menjawab” Jika berlaku perubahan pasti saya akan maklumkan kepada kamu. Tetapi saya juga hanya manusia biasa yang lupa sebagaimana kamu lupa. Sesiapa dikalangan kamu yang merasa syak dalam solatnya hendaklah dia mengambil yang lebih tepat dan kemudian sempunakannya. Setelah itu hendaklah dia memberi salam lalu bersujud dengan dua kali sujud”.

Hadis ini merupakan riwayat Al-Nasa’i dalam Sunan Al-Nasa’i, kitab sahwi.

Kaedah melakukan sujud sahwi ini ialah dengan sujud yang dilakukan sebanyak dua kali selepas selesai membaca tahiyat akhir dan sebelum memberikan salam. Ianya sebagai satu cara untuk menutup kecacatan semasa perlaksanaan solat akibat dari terlupa. Hukum sujud sahwi ini adalah sunat.

Sebab-Sebab Kita Melakukan Sujud Sahwi

Terdapat beberapa sebab kenapa kita melakukan sujud sahwi. Berikut adalah antara sebab-sebabnya dengan lebih terperinci.

1. Ada meninggalkan rukun solat

Semasa anda solat, anda ada meninggalkan mana-mana rukun semasa bersolat, kecuali niat dan perbuatan takbiratul ihram.

Sekiranya anda sedang bersolat dan melakukan sujud tanpa rukuk, bermakna anda telah meninggalkan satu rukun dalam solat.

ARTIKEL LAIN  Contoh Surat Rasmi : Format Yang Betul Dan Terbaik

Caranya, dia perlulah bangun semula dan rukuk dan kemudian meneruskan solat seperti biasa.

Namun, kita seseorang itu terlupa niat atau bertakbiratul ihram, solatnya adalah tidak sah dan perlu dimulai semula.

2. Rasa ragu dengan jumlah rakaat semasa solat.

Biasa juga kita akan terlupa bilangan rakaat atau berasa tidak pasti.

Sebagai contoh, semasa anda sudah berada di tahiyat akhir, dengan tiba-tiba anda merasa keliru samada sedang berada di rakaat keempat atau ketiga.

Dalam keadaan begini, anda perlulah mengambil atau mengira rakaat yang sedikit. Kemudian disunatkan melakukan sujud sahwi untuk menampung jika dia terlebih rakaat.

3. Ada meninggalkan sunat ab’adh.

Berikut adalah perbuatan yang dikira sunat ab’adh:

  • Perbuatan Tahiyat awal (yang pertama)
  • Selawat Nabi S.A.W semasa tahiyat awal
  • Duduk tahiyat awal
  • Membaca doa qunut semasa rakaat kedua solat subuh atau pada awal solat witir yang terakhir bermula malam 15 sehingga akhir bulan ramadhan.
  • Mengucapkan selawat Nabi S.A.W semasa baca doa qunut
  • Mengucapkan selawat keluarga Nabi S.A.W dalam doa qunut
  • Berdiri semasa doa qunut
  • Selawat Keluarga Nabi semasa tahiyat akhir

4. Ada melakukan perbuatan yang dilarang dalam solat

Anda disunatkan melakukan sujud sahwi sekiranya ada melakukan perbuatan yang dilarang semasa menunaikan solat dan ianya tidak disengajakan dan perbuatan itu tidak membatalkan solat.

Cara Baca Sujud Sahwi

Berikut adalah cara bacaan sujud sahwi sekiranya kita terlupa atau berada dalam keadaan syak akan solat yang kita sedang lakukan samada terkurang rakaat atau terlebih rakaat.

Contohnya: bercakap beberapa perkataan samada sebab lupa atau menambah rakaat dan terus mengingatinya kembali semasa masih dalam solat.

Anda hendaklah melakukan sujud sahwi.

5. Tersilap melakukan rukun bukan pada tempatnya

Anda tersilap melakukan rukun atau sebahagian daripada rukun atau baca surah bukan pada tempatnya. Contohnya, tersilap membaca al-Fatihah semasa rukuk, atau membaca tahiyat semasa berdiri.

10974398 816441278391310 2356507965818973826 o

Bacaan dalam Rumi:

Subha Namalla Yanamu Walaa Yashuu

Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa

Semoga perkongsian mengenai sujud sahwi ini akan memberikan kemudahan untuk mengamalkanya setelah mengetahu cara membaca sujud sahwi, kenapa ia dilakukan dan bacaan dalam rumi.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Pemberian BR1M Dikaji Semula
    Pemberian BR1M Dikaji Semula Supaya Penyokong Pembangkang …
    November 11, 2016 4
  • maksud disebalik setiap gred jawatan kerajaan
    MAKSUD DISEBALIK GRED JAWATAN KERAJAAN
    October 19, 2014 0
  • Cara Penyimpanan Susu Ibu
    Garis Panduan Cara Penyimpanan Susu Ibu Dengan …
    October 10, 2016 0
  • pjawtam1 1582725366
    Jadual Gaji Guru DG29,DG44 Hingga DG54 Termasuk …
    November 25, 2022 0
  • awadah 22 1
    MyBayar Saman: Cara Daftar dan Login Akaun …
    October 17, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)