
Artikel ini akan berkongsi bagaimana untuk membuat permohonan GIATMARA 2023 bagi para pelajar yang ingin mengikuti kursus kemahiran yang disediakan di institusi ini.
Berita gembira buat para pelajar bumiputera yang sedang dalam perancangan untuk mengikuti kursus kemahiran. GIATMARA adalah antara institusi yang mesti menjadi pilihan anda sekiranya anda cenderung kepada kemahiran-kemahiran tertentu.
Sekiranya anda berumur 15 tahun dan keatas, samada anda lepasan SPM atau tidak, anda dipelawa untuk membuat permohonan GIATMARA 2023 dengan syarat minima 3M iaitu mesti boleh menulis, membaca dan minat.
Jika anda berkelayakan dan mempunyai tubuh badan yang sihat bolehlah membuat permohonan segera bagi mengikuti program sepenuh masa atau separuh masa. Kursus ini ditaja sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA).
Pihak GIATMARA mengalu-alukan untuk anda membuat permohonan GIATMARA 2023 bagi kemasukan Januari tahun 2023 ini.
Permohonan GIATMARA 2023 Online Sesi Januari Dan Julai
Pada asasnya, kewujudan GIATMARA di Malaysia adalah berobjektif untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan berbentuk vokasional kepada para belia di luar bandar dan kawasan bandar untuk memberikan pendedahan kepada para belia mendapatkan kemahiran sebagai persediaan untuk kemasukan ke alam pekerjaan.
Ini juga sebagai usaha untuk memastikan para belia bersedia untuk menjadi tenaga kerja mahir dan berpeluang untuk menjadi usahawan dalam bidang teknikal bagi memenuhi keperluan pasaran ,dan menjadi salah seorang yang menjadi usahawan di daerah setempat.
Syarat Syarat Permohonan GIATMARA 2023
Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke GIATMARA:
1. Seorang Bumiputera
2. Mempunyai tubuh badan yang sihat
3. Boleh membaca, minat dan menulis (3M)
4. Berumur seawal 15 tahun dan tiada had umur untuk sertai
5. Mempunyai minat dalam bidang yang dipohon
6. Syarat tamat tingkatan 5 dan telah berumur 18 tahun ke atas adalah terma syarat tambahan sekiranya ingin menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Elektrik.
NOTA PENTING: Sekiranya pemohon adalah dalam kalangan B40 ,akan lebih diutamakan.
Permohonan GIATMARA 2023 Online dan Manual
Selepas anda menepati syarat-syarat yang dinyatakan tadi, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke GIATMARA samada secara online bagi yang ingin masuk secara sepenuh masa. Bagi anda yang ingin menyertai hanya separuh masa, boleh membuat permohonan secara manual dengan cara mendapatkan borang.
Permohonan GIATMARA 2023 ini mempunyai 2 pilihan sesi iaitu Januari dan Julai 2023 setiap tahun.
1. Pendaftaran Program Sepenuh Masa (Online)
Anda boleh membuat permohonan GIATMARA secara sepenuh masa dengan cara mengisi borang atas talian dengan klik pada pautan ini. Borang GIATMARA Online
NOTA PENTING: Sebagai peringatan, apabila anda mengisi borang ini, anda akan memohon secara sepenuh masa (FULLTIME). Bagi anda yang ingin memohon kursus secara separuh masa boleh berbuat demikian dengan cara mendapatkan borang dari mana-mana Pusat GIATMARA yang berhampiran anda.
Pastikan anda telah membuat semakan kursus apa yang ingin dipohon dari pusat GIATMARA di seluruh Malaysia.
Pastikan anda telah memastikan lokasi GIATMARA yang berdekatan dengan anda.
Pastikan anda mempunyai emel yang sah dan aktif digunakan kerana anda perlu memastikan alamat emel anda dan katalaluan untuk urusan keluar masuk.
Telah membuat semakan pada pautan ini MANUAL PERMOHONAN
Kemudian anda boleh klik ‘Seterusnya’ untuk bermula mengisi borang permohonan GIATMARA 2023
2. Permohonan Program Separuh Masa (Manual)
Bagi anda yang ingin membuat permohonan anda boleh mendapatkan borang dari mana-mana pusat GIATMARA berdekatan dengan anda. Berikut adalah contoh borang untuk separuh masa. BORANG SEPARUH MASA
Senarai Kursus Yang Disediakan di Pusat GIATMARA Malaysia
Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan di Pusat GIATMARA seluruh Malaysia:
1. Kluster Senibina
2. Kursus Kluster Percetakan
3. Kursus Kluster Pengangkutan
4. Kluster Pembuatan
5. Kursus Kluster Mekanikal
6. Kursus Kluster Kulinari
7. Kursus Kluster Hospitaliti
8. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
9. Kursus Kluster Fabrik
10. Kursus Kluster Elektronik Mekatronik
11. Kluster Elektrikal (KEL)
12. Kursus Kluster Komputer dan Networking Technology
Sekiranya anda inginkan makluman lebih lanjut mengenai kursus lengkap yang disediakan di Pusat GIATMARA, anda boleh klik pada pautan ini. KURSUS LENGKAP atau anda boleh membuat semakan pilihan senarai kursus GIATMARA pada pautan KURSUS YANG DITAWARKAN , anda juga boleh mendapatkan informasi mengenai kursus pendek di GIATMARA menerusi pautan ini. KURSUS JANGKA PENDEK
Senarai Lokasi Pusat GIATMARA di Malaysia anda boleh lihat pada pautan ini. Pusat GIATMARA Malaysia
Maklumat Lanjut Untuk Menghubungi GIATMARA
Sebarang pertanyaan atau masalah anda boleh menghubungi melalui beberapa kaedah berikut:
- Emel: [email protected]
- Alamat: No 39, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur. Malaysia
- Telefon: 03-2691 2690
- Fax: 03-2691 2820
- Emel rasmi: [email protected]
Bagi anda yang akan membuat permohonan, selamat membuat permohonan diucapkan dan semoga berjaya dalam bidang kemahiran GIATMARA yang akan disertai. Ini adalah permulaan kerjaya anda sebelum anda akan mula melibatkan diri dalam industri sebenar.