BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Rukun Islam 5 Perkara, Makna Serta Penjelasannya

Islah Ibrahim December 24, 2022
rukun islam
Rukun Islam 5 Perkara, Makna Serta Penjelasannya 3

Dalam artikel ini akan dikongsikan penjelasan rukun islam, maksud dan penjelesan setiap 5 perkara didalamnya.

Perkataan Islam pada asalnya ialah dari bahasa arab yang membawa maksud sejahtera, keamanan dan harmoni. Dari segi istilah pula Islam bermakna penyerahan diri kepada Tuhan yang Maha Pencipta dengan cara mentauhidkan dengan sepenuh keyakinan dan melaksanakan suruhan serta meninggalkan laranganNya.

Islam adalah sebuah agama dari Allah S.W.T yang cukup lengkap lagi sempurna dengan susunan peraturan dan undang-undang yang mencakupi keseluruhan cara hidup manusia.

Ilmu dalam islam bukan sahaja untuk amalan orang perseorangan atau individu malah turut melibatkan kehidupan kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.

Antara keistimewaan islam adalah :

1. Dapat baiki kepercayaan dan menguatkan iman serta keyakinan kepada Zat Allah S.W.T

2. Dapat menghapuskan kepercayaan lain selain dari Allah S.W.T

3. Mempunyai aturan ibadat kepada Allah S.W.T

4. Mempunyai perincian kaedah berhubungan antara manusia

5. Mempunyai hukum-hukum jenayah yang bersesuaian dengan manusia

6. Mempunyai peraturan dalam prinsip keadilan kekeluargaan dan keturunan

7. Menekankan ketinggian akhlak manusia

8. Mempunyai hukum-hukum yang berkait dengan kebendaan.

Pengertian Rukun Islam

Rukun Islam bermaksud ada lima perkara asas dalam agama Islam, ianya sebagai tunjang yang wajib bagi orang-orang yang mengaku beriman.

Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Islam dibangun di atas lima perkara: persaksian bahawa tiada tuhan yang berhad disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah, mendidikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji, dan puasa di bulan Ramadhan

Berikut adalah perincian 5 perkara dalam rukun Islam

1. Ucapan dua kalimah syahadah

Syarat pertama bagi mereka yang menganut agama islam ialah mengucapkan dua kalimah syahadah

23632107 1523087067737829 6398284630102526373 o
Rukun Islam 5 Perkara, Makna Serta Penjelasannya 4

Bacaan rumi:

Asyahadu Alla Ila Haillallah, Wa Asyahadu Anna Muhamadarrasullullah.

Maksudnya :

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah

Islam telah menetapkan ucapan syahadah sebagai teras seseorang yang mengaku beragama Islam, ucapan itu bukan sekadar ucapan di lisan malah perlu diimani, dihayati dan diamalkan selagi mana seseorang itu hidup di muka bumi ini.

Sekiranya mereka itu telah bersyahadah, maka mereka itu wajib mengerjakan segala yang telah disuruh Allah dan meninggalkan laranganNya.

2. Menunaikan Solat 5 Waktu Sehari Semalam

Bagi mereka yang telah baligh wajib menunaikan solat 5 waktu. Perbuatan solat adalah amalan harian yang telah disampai oleh Allah S.W.T melalui Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa israk dan mikraj.

ARTIKEL LAIN  Doa Rabitah ,Terjemahan dan Kelebihan Mengamalkannya

Umat islam wajib melakukan solat walaupun ketika sakit ( solat mengikut kemampuan)

Solat 5 waktu terdiri daripada

a) Subuh – 2 rakaat

b) Zohor- 4 rakaat

c) Asar- 4 rakaat

d) Maghrib- 3 rakaat

e) Isyak – 4 rakaat

Solat dapat mendidik manusia untuk sentiasa mengingati akan kebesaran Allah S.W.T serta mematuhi segala laranganNya. Solat juga mampu untuk menjaga manusia daripada melakukan kejahatan. Siapa yang bersolat dapat menenangkan jiwa dan berjayalah bagi mereka-mereka yang menunaikan solat.

3. Tunaikan Zakat

Zakat adalah kewajipan dengan cara mengeluarkan harta bagi orang yang mempunyai kelebihan rezeki. Dari segi syarak, maksud zakat adalah mengeluarkan sebahagian harga tertentu dan diberikan kepada golongan tertentu selepas menepati beberapa syarat.

Zakat harga adalah bertujuan untuk menyucikan harta manakala zakat fitrah untuk menyucikan jiwa.

Kepentingan zakat

  1. Dapat memberikan jaminan sosial
  2. Zakat merupakan penggerak ekonomi yang memberikan peluang kepada golongan yang tidak mampu untuk sama-sama bergerak dalam ekonomi.
  3. Dapat menyuburkan perusahaan atau kegiatan yang halal dalam aktiviti sosioekonomi umat
  4. Dapat membantu usaha dakwah dan mendidik masyarakat
  5. Menyuburkan semangat jihad dan memperbanyakkan fisabililah.

4. Berpuasa di bulan Ramadhan

Menunaikan puasa adalah rukun islam yang keempat, setiap umat islam diwajibkan berpuasa bagi yang mampu dan dikurniakan kesihatan.

Puasa adalah perbuatan menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari.

5. Menunaikan Haji

Bagi umat islam yang berkemampuan diwajibkan menunaikan haji ke Mekah. Orang islam perlu mengerjakan rukun islam kelima ini sekurang-kurangnya sekali untuk seumur hidup, kali kedua dikira sunat.

Mereka yang berkewajipan menunaikan haji ini adalah mereka yang mampu dari sudut:

a) Perbelanjaan pergi dan balik

b) Perbelanjaan tanggungan yang ditinggalkan

c) Mempunyai kesihatan yang baik

d) Perjalanan pergi dan balik yang selamat dengan kenderaan

e) Mempunyai kesempatan masa perjalanan mengikut kadar perjalanan biasa.

Semoga perincian rukun islam ini dapat memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai perkara asas dalam islam ini. Sebaiknya, hafallah rukun islam ini semoga kita sentiasa ingat akan agama walau dimana kita berada. Rukun islam dapat menjadi benteng penyelamat kita ketika kita berada di dunia mahupun akhirat. Semoga hidup kita memperoleh keberkatan dari Allah S.W.T

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Picodi
    Dapatkan Kupon Diskaun Di Picodi Dengan Setiap …
    July 7, 2017 1
  • Tempat Pelancongan Menarik
    Tempat Pelancongan Menarik di Sarawak Yang Perlu …
    August 4, 2018 0
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017
    Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya …
    June 21, 2017 1
  • Senarai Plaza Tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2)
    Senarai Plaza Tol di Lebuhraya Pantai Timur …
    July 11, 2016 1
  • cara tukar password unifi.jpg
    Tutorial Cara Tukar Nama dan Password Unifi
    January 24, 2016 15

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)