BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Pemberian BR1M Dikaji Semula Supaya Penyokong Pembangkang Tak Dapat

ammar

Pemberian BR1M Dikaji SemulaPemberian BR1M Dikaji Semula Supaya Penyokong Pembangkang Tak Dapat

Umum sedia maklum Perdana Menteri, Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak masih memberikan bantuan kepada rakyat berupa wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M).

Dalam bajet 2017 yang baru-baru ini dibentangkan di Parlimen Perdana Menteri ada menyebut tentang pemberian wang BR1M untuk tahun 2017. Malah, kadar wang BR1M juga dinaikkan dari sebelum ini.

BR1M adalah hak rakyat Malaysi yang layak tidak kira latar belakang politiknya. Tetapi, sebelum ini ada perwakilan UMNO menyatakan bawaha pemberian BR1M perlu dikaji semula sepaya penyokong pembangkang tidak dapat.

Semakin hari, keadaan politik di Malaysia semakin menampakkan belangnya. Kali ini, kenyataan Shafei Abdullah, perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan menggesa Putrajaya mengkaji semula pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya ia tidak diberikan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang turut menerimanya.

Kami memang langsung tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Inilah sebenarnya corak pemikiran politik yang perlu dielakkan. Tak perlu kami nak ulang banyak kali. Duit cukai rakyat bukan duit UMNO, PKR ataupun PAS dan DAP!

Hak rakyat, semua rakyat berhak dapat. Tidak kira apa fahaman politik mereka sekalipun. Tapi, bila ada kenyataan-kenyataan begini, kami rasa sangat kecewa. Adakah ini menjadi kebiasaan kepada satu-satu parti pemerintah memikirkan duit hasil dari cukai dan pendapatan negara adalah milik parti pemerintah?

Pemerintah dipilih untuk menguruskan pebelanjaan, pentadbiran dan juga kebajikan rakyat. Itu sebenarnya fungsi sesebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Anda sebagai rakyat Malaysia, bersetujukah dengan pendapat perwakilan UMNO di atas?

P/s: Cadangan penulis GST sepatutnya dikenakan kepada penyokong BN sahaja barulah adil dan saksama.

ARTIKEL LAIN  Rukun Islam 5 Perkara, Makna Serta Penjelasannya
Prev Article
Next Article

4 Comments

  1. abu

    maka tu gst xperlu mendapat bantahan dari rakyat khas penyokong pembangkang..kerana duit cukai itu ada lah hak semua rakyat tak kira dari
    umno, pas, pkr dap ke…

    November 11, 2016
  2. wh

    kalau cm 2 kena kaji jgk la dikecuali gst kepada penyokong pembangkang

    November 12, 2016
  3. pendekar laut

    Ehhhh babi la pewakilan umno nie… cukai semua ko tibai bile brim ko kasi yg sokong ko jer… kalau gitu cukai pn ko tibai yg sokong ko jelah yg x sokong ko jgn cukai… nie lah akibatnya kalau hari2 duk mkn dedak.. bodoh xleh di ajar…

    November 12, 2016
  4. Zul

    Biar penyokong yg byr gst..senang gak ceta tu kan shefei ngok.

    November 13, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Gambar2520Kuala2520Lumpur2520Ibu2520Kota2520Kilat
    10 Fakta Menarik Mengenai Malaysia Yang Ramai …
    October 16, 2015 3
  • Colorful Simple We are Open Facebook Post 600 × 300 px 3
    Rukun Islam 5 Perkara, Makna Serta Penjelasannya
    December 24, 2022 0
  • pure white background 85a2a7fd 16
    Cuti Umum Sabah 2023 Dan 2022 (Hari …
    November 29, 2022 0
  • Tema sambutan maal hijrah 2017
    Tarikh Sambutan Serta Tema Maal Hijrah Tahun …
    September 18, 2017 2
  • Semakan Keputusan SPM 2023
    Cara Buat Semakan Keputusan SPM 2023 / …
    May 27, 2024 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)