BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Contoh Surat Tidak Rasmi: Format Dan Cara Yang Betul

Islah Ibrahim

Jika sebelum ini penulis sudah kongsikan bagaimana untuk menghasilkan surat rasmi sekarang, jom kita belajar bagaimana untuk menghasilkan surat tidak rasmi pula. Ini adalah contoh surat tidak rasmi format dan cara yang betul untuk anda sediakannya.

Tahukah anda? surat kiriman tidak rasmi ini adalah satu kaedah kita menghantar surat untuk tujuan peribadi. Kebiasaanya surat tidak rasmi kita tujukan kepada ahli keluarga, sahabat, guru dan sesiapa sahaja yang ingin kita hantar.

Semasa anda waktu persekolahan dahulu, pasti anda akan ingat dalam subjek Bahasa Melayu, semasa anda menghadapi ujian membuat karangan, anda akan diberi pilihan samada surat yang diminta samada rasmi atau tidak rasmi. Jika anda adalah pelajar sekolah ketika membaca perkongsian ini, anda boleh gunakannya untuk menjawab soalan peperiksaan.

Walaupun surat tidak rasmi ini untuk tujuan komunikasi peribadi, namun bagi subjek sekolah, ianya mempunyai format tersendiri untuk surat tidak rasmi.

Contoh Surat Tidak Rasmi: Isi Kandungan

Dalam surat tidak rasmi akan mengandungi isi berikut:

  1. Tanya khabar kepada si penerima
  2. Ucapan penghargaan seperti tahniah dan selamat
  3. Ucapan takziah jika penerima sedang menghadapi ujian hidup
  4. Membuat jemputan undangan untuk majlis anda
  5. Memberi ucapan atau kata-kata nasihat

Contoh Surat Tidak Rasmi: Format Yang Betul

Dalam surat tidak rasmi, format yang digunakan adalah seperti berikut:

FormatKedudukan
1. Alamat pengirim penuhSudut atas di sebelah kanan
2. Tarikh surat ditulis/dihantar, ada titik di hujungBawah alamat Pengirim
3. Ayat pembuka kataselepas berselang satu baring kosong
4. Ayat kata ganti diri penerimaSebelah kiri di tepi surat
5. Perenggan isi dimulakan dengan ke dalam sebelah kanan sedikitKe kanan dalam sedikit
6. Ayat penutup ke dalam sedikitSebaris dengan perenggan isi
7. Ada pengakuan dari pengirim, diakhiri tanda koma, mesti gunakan huruf besar pada abjad pertamaSebelah kan selepas dua hingga tiga baris kosong selepas penutup
8. Masukkan tandatangan akuan dari pengirimBawah pengakuan
9. Nama pengirim surat, terpulang nak tulis atau tidakDibawah tandatangan

Untuk gambaran lebih jelas, ini adalah contoh surat tidak rasmi.

ARTIKEL LAIN  Tarikh Duit Brim 2017 Dapat dan Masuk Akaun Penerima

a) Contoh surat tidak rasmi 1

contoh surat tidak rasmi

b) Contoh surat tidak rasmi 2

59529603 1168438019984515 2557852805171773440 n

c) Contoh surat tidak rasmi 3

84628281 2571766153059027 1589482553465634816 n

Selepas anda membaca perkongsian contoh surat tidak rasmi ini, semoga ianya membantu anda untuk hasilkan surat tidak rasmi dengan mudah. Jangan lupa, kongsikan tips ini kepada kepada rakan-rakan anda ya.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pure white background 85a2a7fd 9
    CTOS Check Online Free : Semak Laporan …
    November 27, 2022 0
  • contoh2520surat2520rasmi2520berhenti2520kerja2520mudah1
    CONTOH SURAT RASMI BERHENTI KERJA MUDAH
    August 19, 2015 1
  • bendera johor
    Cuti Umum Johor 2023 (Cuti Peristiwa dan …
    December 27, 2022 0
  • pure white background 85a2a7fd 6
    Semak Bil Astro Melalui IC, SMS Dan …
    November 27, 2022 0
  • pure white background 85a2a7fd 16
    Cuti Umum Sabah 2023 Dan 2022 (Hari …
    November 29, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)