
Artikel ini akan berkongsian kalendar cuti umum Johor 2023 beserta dengan tarikh dan hari peristiwa.
Johor adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian selatan semenanjung Malaysia. Johor turut mempunyai sempadan darat dengan negeri-negeri semenanjung lain seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Johor juga adalah negeri yang terletak bersebelahan dengan Negara Singapura, disebabkan itu ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menetap di Johor tetapi bekerja di Singapura.
Dalam perkongsian ini akan membantu anda merancang perjalanan percutian di negeri Johor pada tahun 2023 ini. Sudah pasti perancangan awal sebaiknya dilakukan bagi mengelakkan masalah di kemudian hari bersama keluarga nanti.
Johor terdiri daripada 10 buah daerah iaitu
1. Johor Bahru
2. Kulai
3. Pontian
4. Kota Tinggi
5. Kluang
6. Segamat
7. Muar
8. Batu Pahat
9. Mersing
10. Tangkak
Sekiranya anda ingin merancang untuk bercuti, anda boleh mencuba menu-menu yang cukup terkenal di Negeri Johor seperti Laksa Johor, Nasi Beringin, Mi Bandung, Mi Rebus, Telur Pindang, Roti Kirai, Nasi Beriani Gam dan banyak lagi. Ianya adalah antara tarikan utama untuk pada pengunjung yang ingin melawat ke negeri Johor. Berikut dikongsikan kepada anda kalendar cuti umum johor 2023 dibawah.
Kalendar Cuti Umum Johor 2023
PERISTIWA | HARI | TARIKH |
Tahun Baru Cina | Ahad | 22 Januari 2023 |
Tahun Baru Cina Hari Kedua | Isnin | 23 Januari 2023 |
Sambutan Hari Thaipusam | Ahad | 5 Februari 2023 |
Sambutan Awal Ramadhan | Khamis | 23 Mac 2023 |
Hari Keputeraan Al-Sultan Johor | Khamis | 23 Mac 2023 |
Hari Raya Aidilfitri | Sabtu | 22 April 2023 |
Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua | Ahad | 23 April 2023 |
Hari Pekerja/Buruh | Isnin | 1 Mei 2023 |
Hari Wesak | Khamis | 4 Mei 2023 |
Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong | Isnin | 5 Jun 2023 |
Hari Raya Aidiladha | Khamis | 29 Jun 2023 |
Sambutan Awal Muharam | Rabu | 19 Julai 2023 |
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Rabu | 23 Ogos 2023 |
Hari Kemerdekaan/ Kebangsaan | Khamis | 31 Ogos 2023 |
Hari Malaysia | Sabtu | 16 September 2023 |
Sambutan Maulidur Rasul | Khamis | 28 September 2023 |
Sambutan Hari Deepavali | Ahad | 12 November 2023 |
Sambutan Krismas | Isnin | 25 Disember 2023 |
Orang di negeri Johor mempunyai beberapa cuti peristiwa dan perayaan sepanjang tahun seperti yang dikongsikan dalam kalendar cuti umum johor 2023 di atas. Ini juga termasuk cuti umum yang melibatkan persekutuan seperti Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan. Johor turut mempunyai khas Hari Keputeraan Sultan Johor, Hari Jol Almarhum Sultan Johor.
Johor juga mempunyai pesta perayaan tempatan dan antarabangsa tambahan yang akan berlaku setiap tahun di Johor Bahru.
Contohnya seperti bon odori Jepun, Kuda Kepang dan pelbagai festival seni. Johor turut terkenal dengan aktiviti pesta layang-layang terbesar di Malaysia. Pesta ini diadakan di Pasir Gudang setiap tahun.
Akhir-akhir ini johor terkenal dengan kehebatannya dalam sukan bola sepak yang dilihat kerap menjuarai pelbagai liga di Malaysia. Secara tidak langsung, ianya berjaya mempromosikan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan negeri Johor itu sendiri.
Cuti Umum Johor 2023: Tempat-Tempat Menarik Di Johor
1. Legoland Malaysia
Merupakan tempat menarik dan menjadi tumpuan utama di negeri Johor. Ia merupakan Legoland pertama dibina di Asia.
2. Desaru Coast Adventureland
Merupakan sebuah taman tema air yang cukup terkenal di negeri Johor selain dari Legoland.
3. Johor Premium Outlets
Lokasi sesuai untuk para ‘kaki shopping’ yang menyediakan pelbagai barangan menarik untuk pengunjung membeli belah.
4. Sealife Malaysia
Pengunjung berpeluang untuk melihat akuarium bertaraf dunia, ianya terdapat dalam Legoland
5. Austin Heights Adventure Park
Sebuah taman edutainment terbesar di Malaysia untuk kanak-kanak.
6. Toppen Mall
Sebuah shopping mall khas untuk golongan belia membeli belah.
7. Masjid Sultan Abu Bakar
Antara masjid yang menjadi mercu tanda negeri Johor Darul Takzim. Masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dan diwarnai dengan pemandangan laut yang indah.
8. Pulau Aur
Sebuah pulau yang sangat cantik seperti Castaway.
9. Skycape Komtar JBCC
Ingin melihat panorama ibu kota negeri Johor, disini terdapat jambatan JBCC untuk melihat pemandangan menarik.
10. Gunung Ledang
Gunung yang cukup terkenal sebagai tempat beristirehat dan mengadakan aktiviti santai bersama keluarga. Ia merupakan tempat popular yang turut ramai dikunjungi oleh pelancong Singapura.
Semoga perkongsian mengenai kalendar cuti umum johor 2023 ini dapat memberikan anda peluang untuk merancang dengan percutian di negeri Johor Darul Takzim nanti.