Mesej penting untuk semua pelanggan astro di rumah. Siapa sini yang tidak kenal dengan penyedia broadcast televisyen utama di Malaysia. Sudah pasti ramai yang sudah melanggan astro untuk menonton pelbagai siaran tanpa had mengikut pakej anda masing-masing. Artikel ini akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk semak bil astro untuk memastikan bil bulanan anda boleh dibayar tepat pada masa dan mengelakkan daripada gangguan siaran sekiranya berlaku bil tertunggak.
Astro adalah sebuah satelit berbayar yang membolehkan anda membuat langganan pelbagai siaran atau channel pilihan berdasarkan minat anda. Ada dalam kategori ‘movie’ bagi yang suka menonton filem dari hollywood, filem melayu lama, siaran sukan antarabangsa, drama dan macam-macam lagi. Paling menarik, astro merupakan satu-satunya broadcast di Malaysia yang mendominasi industri siaran televisyen pelbagai siaran.
Sekiranya anda merupakan pelanggan yang membuat langganan setiap bulan, jika dibandingkan sebelum ini, anda akan menerima bil astro yang akan dihantar ke rumah melalui posmen secara manual atau offline. Namun kini, zaman digital yang telah menggantukan zaman surat menyurat sekaligus turut memudahkan pelanggan astro untuk menerima bil astro hanya melalui emel sahaja.
Terkini, pelanggan astro hanya boleh menyelesaikan ebiling astro melalui Portal Astro Self Service dimana anda mempunyai pelbagai manfaat dan kemudahan seperti menyemak baki, tidak perlu tunggu lama untuk emel dihantar sekiranya lewat dan boleh mengelakkan tunggakan berlaku. Kini anda hanya perlu membuat semakan bil astrok hanya melalui online dan sms.
Cara Semak Bil Astro Cepat dan Mudah
Anda mempunyai beberapa kaedah untuk buat semakan bil astro. Antara kaedahnya adalah seperti berikut:
1. Portal Self Service Astro : Portal layan diri ini membolehkan pelanggan astro untuk log masuk melalui pautan https://selfservice.astro.com.my
2. Melalui SMS: Pelanggan Astro perlu mendaftarkan nombor telefon anda yang terkini untuk memudahkan anda membuat semakan bil astrok melalui telefon pintar anda sahaja
3. E-Billing: Anda boleh menerima makluman bil bulanan melalui emel yang telah anda daftarkan
4. IVR: Buat semakan bil astro dengan mendail nombor akaun astro 10 digit anda
5. Semakan Melalui Saluran 200: Pelanggan astro perlu mempunyai kotak ‘terhubung’ (Set Top Box yang telah disambungkan ke internet)
6. Menggunakan Aplikasi My Astro: Anda muaturun aplikasi astro yang boleh dimuaturun melalui google playstore dan apple store.
Cara Semak Bil Astro Guna Portal Self Service
Portal layan diri ini adalah sebuah portal yang lengkap untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan astro untuk menyelesaikan pelbagai urusan dalam satu tempat. Melalui portal ini pelanggan astro boleh membuat pengurusan akaun, pengurusan jumlah bil, langgan dan beberapa ciri tambahan yang lain.
Portal ini anda boleh guna melalui atas talian pada pautan ini . ASTRO SELF SERVICE
Sekiranya anda telah mendaftar, anda boleh terus login masuk ke portal, sekiranya belum anda perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu.
Sekarang, kami kongsikan bagaimana kaedah untuk membuat semakan bil astro menggunakan cara atas talian dan SMS untuk panduan para pelanggan astro. Selepas ini anda tidak perlu risau lagi tentang kelewatan bil yang mungkin berlaku.
NO | LANGKAH-LANGKAH |
1 | Layari Portal Rasmi Astro di pautan ini https://www.astro.com.my/ |
2 | Pada bahagian atas kanan portal ini, ada butang ‘My Account‘, klik butang tersebut untuk anda log masuk jika anda sudah ada nombor Astro ID sebagai pelanggan sah |
3 | Selepas berjaya masukkan no Astro ID, sila ikuti langkah-langkah berikut: – Masukkan emel anda atau nombor telefon anda yang telah didaftarkan serta kata laluan (password) – Klik LOGIN untuk masuk ke portal – Anda juga mempunyai pilihan untuk LOGIN menggunakan akaun Facebook ataupun Google Plus dengan cara klik pada butang LOGIN WITH FACEBOOK atau LOGIN WITH Google Account |
4 | Sekiranya anda belum mempunyai Astro ID, anda boleh klik REGISTER |
5 | Semasa anda buat REGISTER, sila lengkapkan maklumat-maklumat yang diminta berikut – Nama pertama anda (First name) – Nama Akhir anda (Last name) – Alamat emel anda (Email adress) – Nombor telefon anda yang aktif (Mobile number) – Jenis kad pengenalan anda (ID Type) sila pilih salah satu sahaja – Nombor kad pengenalan (NRIC) – Kata laluan (Password) -Kemudian isi semula kata laluan pada ruangan Confirm Password Setelah selesai, sila klik Sign Up dan ikuti langkah-langkah untuk membuat VERIFY dan proses COMPLETE |
6 | Setelah selesai REGISTER, anda boleh mula melihat kemaskini bil Astro anda dengan cara Login Masuk ke akaun astro anda di portal Untuk melihat bil, sila klik pada Bill and Payments atau View Bill pada paparan muka utama akaun |
Cara Semak Bil Astro Guna SMS

Ini pula adalah kaedah kedua dengan menggunakan kaedah SMS, langkahnya adalah lebih ringkas seperti berikut:
NO | LANGKAH-LANGKAH |
1 | Buat semakan SMS dengan menggunakan Nombor Akaun Astro anda dengan cara menaip pada ruangan sms mesengger anda – Taip ASTRO <jarak> BAL <jarak> AC NO dan hantar ke 33310 Berikut adalah contohnya: ASTRO BAL AC 1234539029 dan hantar ke 33310 |
2 | Semakan melalui Nombor IC/Nombor Kad Pengenalan pelanggan Astro dengan cara menaip -Taip ASTRO <jarak> BAL <jarak> IC NO dan hantar ke 33310 Berikut adalah contohnya: -ASTRO BAL AC 8902239118271 dan hantar ke 33310 |
Semak Bil Astro Melalui e-Billing

e-billing adalah kaedah menerima makluman bil yang menjimatkan penggunaan kertas. Untuk mengalakkan penggunaan e-Billing, pihak astro akan mula mengenakan caj RM3.00 setiap kali bil dalam bentuk kertas di hantar secara bulanan. Anda boleh tukar kepada menerima e-Billing sahaja tanpa perlu bil kertas lagi
- Lebih cepat: tidak perlu lagi tunggu penyataan bil kertas
- Lebih mesra alam: kita berjaya menjimatkan penggunaan hasil alam dari pokok
- Lebih selesa: Anda mendapat akses dengan lebih cepat bila-bila masa sahaja
- Percuma: Tiada sebarang caj dikenakan
Cara tukar dari bil kertas ke e-Billing
Anda boleh membuat penukaran langgan bil dari bil kertas kepada eBill dengam melayari Portal Layan Diri Astro:
- Login masuk ke Portal Self Service Astro > Pilih ‘Bil & Pembayaran’ dari menu sampingan > kemudian klik ‘e-Billing pendaftaran’
- Di bahagian bawah ‘Preferensi Bil’ > sila pilih ‘Emel’ dan masukkan alamat emel anda untuk pastikan anda menerima ebill melalui emel tersebut > kemudian klik SIMPAN
- Setelah selesai, anda akan menerima emel pengesahan, sila klik pautan untuk menyelesaikan langganan untuk menerima bil melalui e-bill selepas ini.
- Tahniah anda sudah berjaya untuk semak bil astro melalui e-bil!
Semak Bil Astro Melalui Aplikasi
Sila muaturun aplikasi My Astro di Google Playstore atau App Store pada telefon pintar anda, sila klik pada pautan berikut untuk muat turun
- Google Playstore untuk pengguna android
- Apple App Store untuk pengguna Iphone
Disini dikongsikan video tutorial untuk lihat dengan lebih jelas cara semak bil astro anda
Semoga perkongsian cara semak bil astro ini akan membantu anda memudahkan urusan pembayaran bil astro anda supaya lebih mudah dan mengelakkan dari berlakunya gangguan siaran sekiranya wujud bil yang tertunggak.