BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Niat ,Cara Solat Tahajjud Dan Doa Tahajud

Islah Ibrahim November 23, 2022
doa tahajud
Doa Tahajud

Maksud perkataan tahajjud adalah berjaga malam atau meninggalkan tidur atau bangun dari tidur. Ianya adalah amalan sunat yang dilaksanakan pada waktu malam selepas seseorang itu bangun daripada tidur. Artikel ini akan berkongsi kaedah niat, cara solat dan doa tahajud yang boleh diamalkan.

Ibadah ini juga disebut sebagai qiyamulail dan sangat digalakkan diamalkan setiap malam. Ianya perlu menjadi kelaziman buat setiap muslim untuk berusaha memperbaiki hubungan dengan Allah S.W.T serta memohon keampunan dariNya.

Waktu bersolat tahajjud ini dianggap sebagai waktu ibadah yang sangat bernilai kerana seseorang itu jauh dari sifat riak, takbur kerana berseorangan memohon keampunana di tengah malam.

Inilah satu kaedah seseorang manusia itu boleh sedar bahawa semua kehebatan, pangkat, kehormatan yang dimiliki tiada guna satu sen pun dihadapan Allah melainkan menyerahkan diri dengan membawa iman yang ikhlas kepadaNya.

Dalil Solat Dan Doa Tahajud

Dalam potongan ayat Al-Quran ada meyebutkan perkara ibadah tahajud ini:

Yang bermaksud

“dạn bạngunlah pạda sebahạgian daripạda wạktu mạlam sertạ kerjạkanlah solạt tahạjjud padạnya sebagại solat tambahan bạgi kamu; semoga tuhạnmu membạngkit dan menempạtkanmu pạda hari akhirạt di tempạt yạng terpuji”

Surat Al-Isra’ 79

Amalan Solat Sunat Tahajjud ini amat digalakkan dilakukan bersama-sama dengan solat taubat, ia dianggap sebagai pelengkap apabila kita menunaikan ibadah di tengah keheningan malam secara berseorangan.

Tahukah anda?, baginda Rasulullah S.A.W serta sahabat baginda tidak pernah meninggalkan amalan ini sepanjang hidup mereka. Inilah rahsia kejayaan dan kemenangan dakwah islam suatu ketika dahulu dimana amalan ini menjadi penguat para pimpinan islam untuk teguh berpegang kepada ajaran islam dan berupaya menakluki dunia dengan berjaya.

Ringkasan Cara Niat dan Solat Tahajud Serta Kelebihannya.

PerkaraPenerangan
Sejauh mana hebatnya amalan Solat Sunat Tahajjud Dalam IslamMerupakan solat yang paling utama selepas solat fardhu- Hadis Riwayat Muslim
Kelebihan Amalan Tahajjud1. Dapat dimakbulkan doa
2. Memperoleh ketenangan hati dan fikiran
3. Dimurahkan rezeki
4. Sentiasa mendapat perlindungan oleh Allah S.W.T dari usaha khianat manusia
5. Pintu taubat seseorang itu terbuka luas
Syarat Menunaikan Solat Tahajjud– Mesti dilakukan pada 2/3 malam ( sesudah jam 12 malam)
Jumlah Rakaat– Tiada had untuk jumlah rakaat bagi solat tahajjud tetapi sekurang-kurang 2 rakaat
Cara Niat Solat Tahajjud Dalam Hati–Sahạja aku solạt tahajjud duạ rakạat kerana Allạh Taạla
Doa Tahajud

Waktu Menunaikan Solat Tahajjud

Tunaikanlah solat tahajjud ini ketika anda terbangun dari kelenaan tidur. Sebaiknya dilakukan di penghujung malam sebelum terbitnya fajar waktu subuh.

ARTIKEL LAIN  Doa Makan, Selepas Makan Dan Jika Terlupa Baca Bismillah

Waktu kebiasaan yang afdhal dilakukan adalah sekitar jam 3.00 pagi sehingga 4.00 pagi. Itulah waktu sepertiga malam yang terbaik. Sebaiknya ianya dilakukan berterusan sehingga masuk waktu subuh.

Amalan solat tahajud turut afdhal dilakukan dalam bulan ramadhan ketika waktu sebelum bersahur. Sebaiknya anda tunaikan dahulu solat tahajjud sebelum bersahur kemudian barulah makan sahur selepas selesai sekurang-kurangnya dua rakaat tahajud.

Kebiasaan yang diamalkan ialah solat sunat taubat dahulu 2 rakaat, diikuti dengan solat tahajud pula 2 rakaat. Diakhiri dengan doa tahajud. Ianya lebih ringkas tetapi lengkap.

Cara Doa Tahajud

Berikut adalah cara doa tahajud yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W

96258641 10157745198431785 2733478098124144640 n
Doa Tahajud

Berikut adalah video cara pembacaan doa tahajud ketika selepas selesai menunaikan solat tahajjud:

Maksud Doa Tahajud:

Ya Allạh, bagiMu segạla puji, Engkạulah penegạk lạngit dạn bumi serta segạla isinyạ

Bạgi Mu lạh segạla puji, Engkạu raja penguạsa lạngit dan bumi. BạgiMulah segạla puji, pemạncar cahạya dan bumi.

BạgiMulah segạla puji, Engkạulah yạng benạr, janjiMu adạlah benar,nerạka adạlah benạ r, pạra nabi adạlah benar, Nạbi Muhạmmad SAW adạlah benạr dan hạri kiamạt adalạh benạr.

Ya Allạh, kepạdaMulah aku berserạh diri, kepadạMulah aku kembạli, kepadạMulah ạku rindu dan kepạda Engkạulah aku berhukum. Ampuni ạku atạs kesạlahan yạng telah ạku lạkukan dạn yạng sebelumnyạ , bạik yạng ạku sembunyikạn mạhupun yạng dinyạtakan.

Engkạulah tuhạn yang terdạhulu dan tuhạn yang terạkhir. Tiạda tuhan melạinkan Engkạu. Tiạda dạya dạ n kekuạtan melạinkan dengạn (kekuạsaan Allạh).

Ayuh kita jadikan amalan solat dan doa tahajud ini sebagai kebiasaan kita sebagai seorang Muslim. Inilah senjata rahsia yang bukan lagi rahsia bagi seorang mukmin.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Biskut Berasap
    Bahaya Makan Biskut Berasap, Ini Jawapan Dari …
    December 22, 2016 2
  • pure white background 85a2a7fd 2
    Senarai Pangkat Polis PDRM Dan Senarai Tugas …
    November 23, 2022 0
  • Posisi Tidur Menunjukkan Keperibadian Anda.jpg
    Posisi Tidur Menunjukkan Keperibadian Anda
    March 12, 2016 1
  • kadar bayaran tol lebuhraya LPT2
    Kadar Bayaran Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 …
    July 12, 2016 6
  • Cara Check Nama Blacklist CCRIS dan CTOS Online
    Cara Check Nama Blacklist CCRIS dan CTOS …
    July 12, 2016 31

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)