BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Rayuan Kolej Vokasional 2023 dan Semakan Keputusan Rayuan

Islah Ibrahim December 3, 2022
Rayuan Kolej Vokasional
Rayuan Kolej Vokasional

Sekiranya anda gagal membuat permohonan ke Kolej Vokasional, berikut adalah perkongsian bagaimana membuat rayuan kolej vokasional melalui surat dan cara membuat semakan keputusan rayuan. Penulis akan kongsikan contoh rayuan untuk Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT).

Untuk makluman anda, sebanyak 84 buah Kolej Vokasional telah diwujudkan di Malaysia yang bertujuan untuk membuka peluang kepada golongan remaja untuk menceburi bidang teknikal serta vokasional (TVET). Menariknya, bidang-bidang ini semakin mendapat perhatian dalam sektor ekonomi sekaligus mampu memberikan pasaran peluang pekerjaan yang lebih luasa selepas tamat pengajian.

TVET adalah merujuk kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, ia adalah satu bentuk pendidikan dan latihan yang berobjektif dengan lebih jelas terhadap pekerjaan dan fokus kepada amalan industri.

Cara memohon kemasukan ke Kolej Vokasional ini adalah hanya secara atas talian, namun bagi yang gagal dalam permohonan anda, perkongsian ini adalah fokus membantu anda bagaimana untuk membuat surat rayuan.

Menyediakan Surat Rayuan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT)

Bagi anda yang gagal memohon, sekiranya anda ingin memohon rayuan, keputusan rayuan bergantung kepada kekosongan tempat setelah selesai proses kemasukan pelajar yang mendapat tawaran. Anda yang ingin masuk ke KV atau SMT adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid yang berperanan melakukan penapisan kemasukan.

Langkah-Langkah Buat Rayuan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT)

Ini adalah panduan bagaimana membuat rayuan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik untuk sesi 2023.

Pelajar yang telah gagal mendapat tawaran boleh mengemukakan rayuan dengan cara hadir sendiri (walk in) ke mana-mana KV atau SMT yang berkenaan atau yang ingin dipohon.

Rayuan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2023

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

Sekiranya pelajar gagal mendapat tawaran perlu hadir ke KV atau SMT kerana tiada sebarang permohonan rayuan disediakan dalam bentuk atas talian atau e-rayuan.

Sila sediakan dokumen dengan lengkap dan dikempilkan bersama-sama dengan surat rayuan, kemudian dihantar ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC seperti yang berikut:

1. Sila isi borang rayuan terkini yang anda boleh dapatkan di pejabat sekolah atau institusi yang ingin dipohon. Ini adalah contoh borang rayuan :

noname
Rayuan Kolej Vokasional

2. Sertakan Kad Pengenalan dan Salinan Kad Pengenalan Murid (yang telah disahkan oleh pegawai profesional)

3. Sediakan Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2020 yang ada merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

ARTIKEL LAIN  Semakan Keputusan PT3 2015 Online

4. Sertakan sijil-sijil asal penglibatan murid dalam aktiviti sekolah semasa di sekolah menengah tempat belajar sekarang.

5. Sediakan alat tulis

6. Contoh surat rayuan untuk KV dan SMT seperti yang dikongsikan dibawah ini:

7. Memakai pakaian rasmi sekolah dengan sopan dan memakai kasut.

Contoh Surat Rayuan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ( Permohonan Rayuan Bertulis)

Berikut adalah contoh surat rasmi yang anda boleh sediakan untuk surat rayuan kemasukan ke KV atau SMT. Khas untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran selepas membuat permohonan awal dan memeriksa keputusan permohonan atas talian melalui pautan KPM ini PERMOHONAN KEMASUKAN

Surat rayuan yang disediakan perlu bersama dengan tandatangan dan disertakan dengan dokumen yang dinyatakan di atas tadi ketika hadir ke KV atau mana-mana SMT yang ingin dipohon.

Tarikh Penting Rayuan Yang Perlu Diketahui

  • Makluman terkini rayuan untuk sesi 2023 akan dikemaskini

Contoh Surat Rayuan:

16251991 1434441029899636 4552184832385007801 o
Contoh Surat Rayuan Kolej Vokasional

Semakan Keputusan Rayuan dan Tambahan Info Rayuan Kolej Vokasional KV dan SMT

Seperti yang dinyatakan tadi, keputusan rayuan adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat selepas proses kemasukan pelajar yang mendapat tawaran selepas. Permohonan rayuan akan dipertimbangkan semula sekiranya terdapat pelajar yang mendapat tawaran tidak hadir pada sesi kemasukan 2023. Ini dapat membuka peluang untuk pelajar yang memohon rayuan mendapat tempat.

Sekiranya permohonan pelajar berjaya, anda akan dihubungi oleh pihak institusi yang dipohon.

Maklumat lanjut untuk sebarang pertanyaan berkenaan Kolek Vokasional adalah seperti berikut.

  • Hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)
  • Hubungi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Alamat: Aras 6, Blok E14, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 6204 Putrajaya up: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid pada talian
  • 03-88845154/5088/5067/5089/5094

Setelah pelajar menamatkan sekolah di tingkatan 3 pada tahun yang lalu, sebaik sahaja anda naik ke tingkatan 4, pasti anda akan mula menentukan halatuju pilihan anda selepas ini samada untuk terus ke arah akademik atau mengikuti akademik berserta dengan aliran teknikal. Pelajar boleh tentukan sendiri berdasarkan minat anda.

Buatlah keputusan sebaiknya, jangan sekadar ikut kawan atau orang lain. Pastikan pelajar benar-benar meminati pilihan yang akan ditentukan. Barulah kemukakan permohonan, dan sekiranya gagal, mohon pula rayuan. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jika anda berminat, pasti anda usaha untuk mendapatkannya.

Diharapkan pelajar yang mengemukan permohonan rayuan akan berjaya setelah mendapatkan info disini, Semoga berjaya diucapkan kepada pelajar sekalian.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • prosedur pengambilan sampel darah vena1
    Hukum Ambil Darah Ketika Berpuasa: Derma Darah …
    November 16, 2022 0
  • pure white background 85a2a7fd 11
    Cara Isi e Filing LHDN 2022/2023 Kali …
    November 28, 2022 0
  • Tanah Di Terengganu
    Cara Memohon Tanah Di Terengganu Secara Online, …
    August 9, 2017 3
  • IMG 20211123 115615
    Kalendar Dan Jadual Peperiksaan MUET 2023 Beserta …
    December 10, 2022 0
  • arina sep 2022 singapore 2023 public holiday shutterstock 1
    Cuti Umum Malaysia 2023: Peristiwa Dan Tarikh …
    November 7, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)