BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah dan Amalan Sunat 2023

ammar
doa akhir tahun dan awal tahun hijrah 2015.jpg
Isi Kandungan Tutup
1. DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH
2. DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1436H(2015)
3. Bacaan Doa akhir tahun di dalam rumi
4. DOA AWAL TAHUN HIJRAH 1437H(2015)
5. Bacaan doa awal tahun hijrah dalam rumi

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Doa akhir tahun dan awal tahun. Esok merupakan hari yang terpenting buat seluruh umat Islam di dunia ini. 1 Muharram bakal tiba pada esok hari 13 Oktober 2015. Awal Muharram menjadi detik penting dalam sejarah Islam kerana ini adalah tarikh permulaan tahun baru dalam kelendar Islam(Kalendar Hijrah).

Tarikh 1 Muharram disambut oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Di Malaysia pada tarikh ini menjadi cuti umum kepada rakyat Malaysia. 1 Muharram menjadi sejarah penting bagi memperingati perjuangan Rasulullah S.A.W. Tarikh penting ini adalah bagi memperingati peristiwa penghijrahan. Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Bersempena penghijrahan itulah yang menyebabkan tarikh permulaan dalam kiraan bagi Kalendar Islam/Kalendar Hijrah. Muharram menjadi bulan pertama di dalam Tahun Islam(Hijrah).

Pada asasnya, Muharam bermaksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darahh. Tetapi larangan ini ditamat selepas pembukaan Kota Makkah (Al Baqarah: 91). Bermula pemansuhan itu, umat Islam boleh melakukan tugas dan ibadat harian tanpa terikat dengan larangan tersebut.

Antara peristiwa penting yang belaku pada bulan Muharram adalah:

  1. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula buat penetapan kiraan bulan di dalam Hijrah.
  2. 10 Muharam – Juga dinamakan hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak berlaku peristiwa penting yang menggambarkan kegemilangan. Ianya bagi perjuangan gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
ARTIKEL LAIN  Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah

Seperti kebiasaannya, terdapat berberapa amalan yang boleh dilakukan oleh umat Islam. Apabila tibanya Awal Muharram antaranya adalah membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1436H(2015)

doa akhir tahun hijrah.jpg

Dibaca 3 kali di akhir waktu Asar atau sebelum masuknya waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada 13 Oktober 2015 (Selasa).

Bacaan Doa akhir tahun di dalam rumi

Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu’alaa sayyididinaa muhammaadin wa’alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, All00humma maa’amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii’anhu falam atub minhu wa lam tardh0hu wa lam tansahṳ wa hamiltu ‘alayya ba’da qṳdr0tika ‘uquubati wa da’autanii ilattaubati minhu ba’da jiroo-atii ‘alaa ma’shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa’amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa’adtanii ‘alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohṳmma yaa kariimṳ yaadzal jalaali wal ikr00mi antaq0bbalahu minnii walaa taqtho’ rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

DOA AWAL TAHUN HIJRAH 1437H(2015)

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram iaitu pada hari yang sama.

doa awal tahun hijrah.jpg

Bacaan doa awal tahun hijrah dalam rumi

Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa ‘alaa fadhlikal ‘adliimi wujuudikal mu’awwali wahaadza’aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal ‘ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal ‘auni ‘alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istigh00li bimaa yuq0rribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

*SALAM MAAL HIJRAH 1437H/2015 MASIHI*

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1438-1439H 2017
    September 18, 2017
  2. Pingback: Doa Akhir Tahun – nestren
    August 31, 2019

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Doa Dhuha Rumi dan Arab Serta Cara Solat Sunat Dhuha
    Doa Dhuha Rumi dan Arab Serta Cara …
    April 25, 2024 0
  • koleksi wallpaper ramadhan 2016
    KOLEKSI GAMBAR WALLPAPER RAMADHAN 2016
    June 5, 2016 0
  • f202004231319492
    Niat Puasa Ganti dan Niat Puasa 6 …
    October 14, 2022 1
  • amalan2520khurafat2520jemaah2520haji2520asia2520tenggara1
    Amalan Khurafat Yang Selalu Dilakukan Oleh Jemaah …
    August 28, 2015 4
  • kenapa guna perkataan aku semasa berdoa kepada allah
    Kenapa Manusia Menggunakan Perkataan “Aku” Semasa Berdoa
    August 12, 2015 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)