BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Niat Solat Jamak dan Qasar Serta Cara Melakukan Step by Step

Islah Ibrahim

Dalam islam terdapat keringanan yang diberikan kepada umat islam yang bermusafir, terutama yang ingin pulang ke kampung halaman. Pada kali ini penulis ingin berkongsi bagaimana niat solat jamak dan qasar yang boleh diamalkan ketika anda sedang bermusafir.

Keringanan yang dikurniakan ini sebagai tanda rahmat Allah S.W.T yang sayang akan hambaNya. Ini juga sebagai bukti bahawa Allah maha pemurah dimana solat untuk orang yang bermusafir boleh dihimpunkan dan dipendekkan.

Berikut adalah perkongsian lebih lanjut mengenai niat solat jamak serta cara mengamalkan solat jamak dan qasar.

Maksud Jamak dan Qasar

Semasa kita sedang bermusafir melebihi dua marhalah, kita dibolehkan menjamak (menghimpun) dan mengqasarkan ( memendekkan ) solat dalam satu waktu.

Solat yang dibolehkan untuk dipendekkan adalah solat yang berjumlah 4 rakaat iaitu waktu zohor,asar dan isyak. Solat 4 rakaat ini boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat.

Syarat-Syarat Solat Jamak dan Qasar

  1. Ketika bermusafir, jarak perjalanan kita dari lokasi anda ke destinasi mestilah 81 km dan lebih. Inilah yang dimaksudkan jarak perjalanan melebihi dua marhalah.
  2. Tujuan perjalanan anda adalah dengan bertujuan yang baik (bukannya merayau-rayau)
  3. Tujuan perjalanan bukan untuk melakukan maksiat.
  4. Tiada diambil kira perjalanan bertujuan untuk berniaga arak, pengamalan riba atau merompak.

Syarat-syarat sah solat qasar

  1. Solat qasar (memendekkan) boleh dilakukan semasa sedang bermusafir
  2. Jarak perjalanan anda telah melepasi kawasan qaryah
  3. Tidak menetapkan niat lebih dari 4 hari atau lebih ke destinasi yang dituju ( ini tidak termasuk hari pergi dan hari pulang )

Syarat-syarat sah solat jamak ( Takdim )

  1. Tunaikan solat mengikut tertib , jika anda menunai solat jamak dan qasar dalam waktu zohor, dahulukan lah solat zohor dahulu kemudian diikuti dengan solat asar.
  2. Berniat Jamak semasa melaksanakan solat jamak yang pertama (sehingga sebelum memberi salam ).
  3. Tertib ini tidaklah disyaratkan sehingga membawa kepada tidak sah, anda boleh sahaja mulakan mana-mana solat dahulu.
ARTIKEL LAIN  Apakah Hukum Makan Semeja Dengan Orang Minum Arak

Syarat-syarat sah solat jamak ( Ta’khir )

  1. Berniat ta’khir solat yang pertama untuk dilakukan dalam waktu kedua adalah dengan cara berniat pada waktu solat yang pertama. Contohnya, niat nak solat zohor dalam waktu asar semasa masih berada dalam waktu zohor.
  2. Anda masih dalam keadaan bermusafir sehingga diselesaikan kedua-dua solat.

Berikut adalah cara niat solat jamak dan qasar ( Takdim )

niat solat jamak dan qasar

Cara niat solat jamak dan qasar ( Ta’khir )

cara solat jamak qasar takhir

Berikut adalah penerangan mudah untuk memahami konsep dan cara mengamalkan solat jamak dan qasar dalam islam oleh Ustaz Azhar Idrus.

Semoga perkongsian ini akan membantu anda sebagai rujukan mengenai niat solat jamak. Sekiranya anda keliru bagaimana untuk beramal dengan solat jamak dan qasar ini. Islam itu amatlah mudah jika kita memahaminya dengan ilmu, maka menjadi kewajipan kita untuk sentiasa tambah ilmu supaya islam dapat diaplikasikan dengan mudah dalam kehidupan kita.

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Niat Solat Jumaat Dan Niat Solat Jumaat Jamak Asar (Panduan
    December 11, 2022

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Kejadian2520Aneh2520Berlaku2520di2520Singapura
    SUBHANALLAH! Kejadian Aneh Berlaku di Masjid Singapura
    October 22, 2015 0
  • Dai Wan dikritik surat cinta uqasha
    Surat Terbuka Dari Netizen Ini.. Pasti Buat …
    August 30, 2016 0
  • koleksi wallpaper ramadhan 2016
    KOLEKSI GAMBAR WALLPAPER RAMADHAN 2016
    June 5, 2016 0
  • Sifat Wajib Bagi Rasul
    4 Sifat Wajib Bagi Rasul Dan Sifat …
    January 5, 2025 0
  • doa makan sebelum dan selepas
    Baca Doa Makan Sebelum Makan, Perlu atau …
    June 13, 2023 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)