BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Doa Masuk Tandas Jawi Dan Doa Keluar Tandas Jawi (Bacaan Rumi dan Jawi)

Islah Ibrahim December 12, 2022
toilet
Doa Masuk Tandas Jawi Dan Doa Keluar Tandas Jawi (Bacaan Rumi dan Jawi) 4

Panduan lengkap doa masuk tandas dan doa keluar tandas akan dikongsikan dalam artikel ini. Sekiranya anda ingin belajar bagaimana membaca doa masuk tandas dan doa keluar tandas dengan bacaan jawi dan rumi. Anda sudah berada pada laman yang tepat.

Panduan ini sesuai untuk adik-adik yang sedang belajar membaca doa.

Kenapa kita mesti membaca doa masuk tandas dan keluar tandas?

Tandas adalah rumah iblis, seperti yang dikongsikan dalam hadis Rasulullah S.A.W yang berkongsi tentang syaitan dan iblis. Iblis telah memohon tempat tinggal dengan Allah kerana Allah mengurniakan tempat tinggal kepada anak adam di bumi.

“Ya Allah, adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, makan Engkau berikanlah aku tempat tinggal” Berkata iblis

Maka Allah berfirman “tempat tinggalmu adalah tandas atau jamban”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Bermula dari situlah, iblis mula menggoda manusia yang memasuki rumahnya iaitu bilik mandi atau jamban. Pelbagai bentuk rupa godaan yang dilakukan oleh iblis ini, antaranya

1. Membuatkan kita termenung dan berlama-lama dalam tandas

2. Menyanyi atau bercakap dalam tandas

3. Khayal dengan bermain air atau buat perkara lain seperti baca surat khabar, merokok

4. Menggoda kita supaya kencing berdiri

5. Menggoda kita supaya membiarkan baju kotor tergantung dalam bilik mandi

6. Menggoda supaya kita lupa membaca doa masuk dan keluar tandas

7. Menggoda supaya kita berfikir perkara maksiat atau lagha

8. Berwudhu sambil bertelanjang

Dengan sebab-sebab ini, kita memohon perlindungan dari Allah supaya dapat menjaga kita semasa kita berada di dalam tandas atau bilik mandi. Maka kita digalakkan beramal dengan doa masuk tandas dan keluar tandas ini sentiasa.

Doa Masuk Tandas

Mari kita membaca doa masuk tandas ini.

59910748 948264342048364 8942974976676331520 n
Doa Masuk Tandas Jawi Dan Doa Keluar Tandas Jawi (Bacaan Rumi dan Jawi) 5

Bacaan rumi:

Allahumma inni a’udzubika minal khubsi wal-khobaith

Maksud doa:

“dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMU daripada syaitan jantan dan syaitan betina”

Doa Keluar Tandas

Selepas selesai menyelesaikan hajat dalam tandas, marilah kita membaca doa keluar tandas seperti berikut:

193785486 325269319116880 2804747811249591115 n
Doa Masuk Tandas Jawi Dan Doa Keluar Tandas Jawi (Bacaan Rumi dan Jawi) 6

Bacaan rumi:

Ghufranaka Alhamdulilahi ladzi adzhaba ‘aankil adzaa wa’aafanii

Maksud doa:

“dengan mengharap ampunanMu , segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku”

Adab Semasa Dalam Tandas

Semasa kita berada dalam tandas, ada beberapa adab yang kita sunat kita lakukan:

1. Disunatkan masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan

2. Tidak dibenarkan membaca masuk barang atau perkara yang mempunyai tulisan nama-nama Allah , nama Rasulullah atau tulisan ayat Al-Quran

3. Disunatkan membaca doa masuk tandas dan doa keluar tandas

4. Tidak melihat najis atau kemaluan

5. Tidak bercakap semasa membuang air kerana perbuatan itu adalah makruh. Tidak disukai Allah

6. Melakukan istinjak dengan menggunakan tangan kiri serta, sebolehnya elakkan menggunakan tangan kanan kerana perbuata itu adalah maksuh kecuali keadaan yang memaksa

7. Gunakan alas kaki untuk memastikan kaki bersih dari kotoran najis

Dalam sirah, Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah R.A mengenai akhlak Rasulullah S.A.W, maka Aisyah menjawab

“akhlak baginda adalah melaksanakan apa yang ada dalam Al-Quran”
(Hadis Riwayat Muslim , Abu Daud dan Nasai)

Dalam kita berbicara soal ajaran islam dalam tandas ini, Rasulullah S.A.W merupakan contoh tauladan yang paling terbaik dan mesti diikuti. Adab ini bukan sahaja untuk umat islam tetapi baik untuk semua makhluk. Ini kerana islam itu sendiri bersifat syumul

Begitulahh peri pentingnya hal berkaitan adab dan akhlak dalam kehidupan kita seharian.

Sunnah Rasulullah telah mengajar kita adab yang bermula dengan sekecil-kecil perkara sehinggalah perkara paling besar dalam kehidupan seorang yang bernama muslim. Sebab itulah dalam perkara adab memasuki tandas juga diajar oleh baginda. Begitulah luar biasanya agama islam ini.

Tandas ini sifatnya kotor, dan disinilah tempat segala kekotoran untuk membersihkan diri kita. Sebab itu ia dipanggil rumah syaitan dan iblis

Sebab itu orang tua kita selalu berpesan, bila masuk tandas buanglah hajat segera dan bersegeralah keluar. Tidak baik berlama-lama dalam rumah iblis.

Maka dengan itu, jauhilah daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan dalam tandas seperti berkata-kata, menyanyi dan seumpama dengannya. Ini adalah adalah godaan dan tipu daya iblis yang akan cuba sedaya upaya untuk menghasut anak Adam supaya kita lalai dan melupakan Allah semasa berada dalam tandas.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • Cara Semak Saman Traffik PDRM dan JPJ Secara Online
    Cara Semak Saman Traffik PDRM dan JPJ …
    June 7, 2017 0
  • orangtua sepuh
    Tarikh Hari Ibu dan Hari Bapa 2023 …
    November 22, 2022 0
  • noname 1
    SPGATM: Semakan Penyata Gaji Secara Online
    November 6, 2022 0
  • 296048369 5633694996649971 1699662502501861420 n
    APDM Login: Aplikasi Pangkalan Data Murid Dan …
    November 16, 2022 0
  • dividen bonus tabung haji 2015 2016.png
    Dividen Bonus Tabung Haji 2015
    February 4, 2016 3



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)