BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cuti Umum Terengganu 2023 (Cuti Peristiwa dan Hari Kelepasan Am)

Islah Ibrahim December 13, 2022

Artikel ini akan berkongsi Jadual Cuti Umum Terengganu 2023 untuk rujukan anda samada penduduk negeri Terengganu atau luar Terengganu yang ingin melawat ke negeri pantai timur ini.

Negeri Terengganu Darul Iman adalah sebuah negeri dalam alam Melayu yang paling awak menerima kedatangan Islam seperti yang telah ditemui pada Batu Bersurat Terengganu.

Dari segi sejarahnya, Terengganu menjadi Negeri lindungan Kesultanan Melaka ketika kesultanan Melaka wujud pada ketika itu dan kemudian menjad berkuasa memerintah sendiri selepas kemunculan Kesultanan Johor. Kemudian telah muncul sebagai sebuah kerajaan yang utuh pada tahun 1724.

Dalam negeri Terengganu, Sultan adalah Ketua Perlembagaan Negeri yang mempunyai kuasa Dibawah perlembagaan negeri. Manakala kuasa perundangan pula ditentukan di Dewan Undangan Negeri seperti mana negeri-negeri lain.

Begitulah sedikit sejarah mengenai Negeri Terengganu. Terengganu ini sangat terkenal sebagai sebuah negeri pantai timur yang mempunyai pesisir pantai yang cantik dan terdiri daripada pulau-pulau yang indah seperti Pulau Tenggo, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Redang dan beberapa Pulau lain.

Oleh sebab itulah ramai yang ingin datang ke Terengganu sebagai destinasi pilihan untuk percutian. Jadi perkongsian jadual cuti umum terengganu 2023 ini dapat membantu anda merancang dengan lebih awal sebelum hadir ke Negeri Terengganu nanti.

Jadual Cuti Umum Terengganu 2023

Berikut adalah kemaskini terkini Jadual Cuti Umum Terengganu 2023:

PERISTIWAHARITARIKH
Tahun Baru CinaAhad22 Januari 2023
Tahun Baru Cina Hari Ke-2Isnin23 Januari 2023
Israk dan MikrajSabtu18 Februari 2023
Cuti Israk MikrajAhad19 Februari 2023
Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuSabtu4 Mac 2023
Cuti Pertabalan Sultan TerengganuAhad5 Mac 2023
Hari Nuzul Al-QuranSabtu8 April 2023
Cuti Nuzul QuranAhad9 April 2023
Hari Raya AidilfitriIsnin24 April 2023
Hari Keputeraan Sultan TerengganuRabu26 April 2023
Hari Pekerja/Hari BuruhIsnin1 Mei 2023
Hari WesakKhamis4 Mei 2023
Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan AgongIsnin5 Jun 2023
Hari ArafahRabu28 Jun 2023
Hari Raya AidiladhaKhamis29 Jun 2023
Hari Raya Aidiladha Ke-2Jumaat30 Jun 2023
Sambutan Awal MuharamRabu19 Julai 2023
Hari Kebangsaan/KemerdekaanKhamis31 Ogos 2023
Hari MalaysiaSabtu16 September 2023
Cuti Hari MalaysiaAhad17 September 2023
Sambutan Maulidur RasulKhamis28 September 2023
Sambutan Hari DeepavaliAhad12 November 2023
Hari KrismasIsnin25 Disember 2023
Cuti Umum Terengganu 2023

Berikut adalah Jadual Rasmi Hari Kelepasan Am Terengganu Tahun 2023 (Cuti Umum Terengganu 2023) yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

cuti umum terengganu 2023
Cuti Umum Terengganu 2023

Jom Melawat Ke Terengganu

Kalau anda bercadang untuk bercuti ke Pantai Timur, Negeri Terengganu mesti menjadi pilihan untuk bercuti dan lakukan aktiviti pelancongan. Banyak tempat menarik yang anda boleh lawati disini.

Ibu negeri Terengganu adalah Kuala Terengganu yang merupakan pusat bandar yang menjadi pusat rasmi Kerajaan Negeri Terengganu.

Terengganu juga mempunyai keluasan pantai sepanjang 13,000 kilometer persegi yang mewujukan banyak perkampungan kecil, deretan pulau yang cantik dan serba indah.

Sekiranya anda bertandang ke Terengganu, tumpuan utama pastinya pelbagai pilihan menu masakan laut untuk anda jadikan destinasi jalan jalan cari makan.

Tempat Menarik di Terengganu

1. Taman Tamadun Islam Negeri Terengganu

Di sini mempunyai 20 replika masjid dan monumum yang menjadi ikonik seluruh dunia seperti Masjidil Haram, Masjidil Aqsa, Kubah As Skahrah dan macam-macam lagi.

2. Pasar Payang Terengganu

Tidak sah kalau anda datang ke Terengganu tidak singgah ke pasar payang terengganu, disini terdapat pelbagai makanan tradisional Terengganu dan pusat barangan kraftangan. Kalau anda mencari batik-batik yang cantik, disinilah tempatnya.

3. Chinatown Jalan Bandar

Chinatown ini juga dikenali sebagai World Heritgae Lane , tempat ini adalah tempat bersejarah. Di sini terdapatnya bangunan lama dari zaman klonial dan masih berdiri teguh hingga ke hari ini.

4. Pantai Batu Buruk

Satu lagi destinasi wajib jika datang ke Terengganu ialah anda berpeluang untuk melihat suasana pantai yang cantik dan meriah, itulah Pantai Batu Buruk yang berlokasi di belakang Hospital Sultanah Nur Zahirah Terengganu. Di sini ada tempat menaiki kuda, main layang-layang serta menikmati aneka makanan goreng-gorengan seperti ikan celup tepung.

5. Drawbridge Terengganu

Ini adalah lokasi pilihan terbaru yang baru sahaja di rasmikan oleh Sultan Terengganu baru-baru ini. Diberi gelaran Jambatan Angkat oleh Baginda Sultan, Drawbridge ini menghubungkan antara Kuala Terengganu dengan Kuala Nerus. Jambatan ini boleh diangkat untuk memberi laluan kepada kapal besar atau bot yang melalui dibawahnya.

Di sini juga, pengunjung boleh menaiki ‘Skybridge’ sebagai tempat komersial untuk anda melihat pemandangan indah bandar Kuala Terengganu.

Semoga perkongsian mengenai Cuti Umum Terengganu 2023 ini dapat membolehkan anda merancang untuk datang ke sini untuk menikmati keindahan yang ada di bumi Terengganu Darul Iman ini.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • 296048369 5633694996649971 1699662502501861420 n
    APDM Login: Aplikasi Pangkalan Data Murid Dan …
    November 16, 2022 0
  • Picodi
    Dapatkan Kupon Diskaun Di Picodi Dengan Setiap …
    July 7, 2017 1
  • 2
    Rujukan Peperiksaan Online PSEE Pegawai Penguatkuasa Gred …
    July 25, 2020 0
  • ke luar
    Memburukkan Kerajaan 820,000 Individu Tidak Dibenarkan Ke …
    October 20, 2016 0
  • pure white background 85a2a7fd 5
    Cara Mohon USAS Online Universiti Sultan Azlan …
    November 24, 2022 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)