BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Online (Pemegang Ijazah Kelas Pertama)

Islah Ibrahim November 29, 2022

Tahniah kerana anda telah mendapat keputusan Kelas Pertama dan program Ijazah. Mengikut peruntukan yang disediakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Negara (PTPTN) anda layak untuk memohon pengecualian bayaran balik PTPTN.

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam Sambutan Majlis Jubli Perak bersamaan 25 tahun PTPTN pada Julai 2022 yang lalu. Kerajaan telah memperluaskan semula insentif pengecualian bayaran balik ini kepada para peminjam Ijazah Sarjana Muda pemegang Kelas Pertama. Pengecualian ini adalah untuk semua pelajar tidak mengira status ekonomi ,bangsa dan agama.

Ini adalah sebagai ganjaran dan galakan dari kerajaan untuk memastikan lebih ramai pelajar pemegang Ijazah yang cemerlang dalam keputusan dapat dilahirkan. Pelajar yang sedang berada di Institut Pengajian Tinggi kini harus mengambil peluang ini untuk dapat menikmati pengecualian bayaran balik PTPTN.

Sekiranya pelajar mempunyai keputusan cemerlang dengan Kelas Pertama, anda boleh membuat permohonan dalam tempoh sehingga 31 Disember 2022 ini.

Pelajar diingatkan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN. Dokumen perlu disediakan dalam bentuk ‘softcopy’ untuk memudahkan urusan memuatnaik nanti.

Mengenai Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Insentif ini telah diwujudkan oleh kerajaan sebagai menghargai pelajar Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang telah mendapat keputusan Kelas Pertama.

Anda boleh membuat permohonan hany secara online melalui Porta Rasmi PTPTN.

pengecualian bayaran balik PTPTN
Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Online (Pemegang Ijazah Kelas Pertama) 5

Syarat-Syarat Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Perhatian kepada para pemohon, syarat-syarat permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN adalah seperti berikut:

1. Telah mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa (bukan sambil bekerja)

2. Telah mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama dalam Ijazah Sarjana Muda

3. Berjaya menamatkan tempoh pengajian dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam perjanjian dokumen pinjaman PTPTN

4. Tiada sebarang penajaan lain yang bertindih selain dari PTPTN

5. Kursus pengajian yang diambil di institusi samada IPTA awam atau swasta IPTS perlu mendapat pengiktirafan Sijil Perakuan Akreditasi Penuh yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) semasa dalam tempoh pinjaman diberikan

6. Pelajar perlu mengemukakan permohonan dalam masa 12 bulan selepas tarikh konvokesyen.

Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Online

NOTA PENTING: Pelajar diingatkan untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh konvokesyen. Sekiranya permohonan dibuat selepas dari tempoh 12 bulan ini, permohonan tidak akan diterima.

Anda boleh membuat permohonan hanya melalui atas talian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

NOLANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN BALIK
1Layari Portal Rasmi PTPTN melalui pautan ini https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama kemudian klik butang Bayaran Balik
2Klik pada Pengecualian Ijazah Kelas Pertama
3Sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman
4Sila kemaskini maklumat pengajian, pekerjaan,status perkahwinan, maklumat ibu bapa dan lain-lain maklumat
5Akhir sekali, sila muatnaik dokumen sokongan anda

Senarai dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Sediakan salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau yang setaraf yang telah disahkan ( Skrol yang diperolehi);

2. Salinan transkrip keputusan peperiksaan sepanjang pengajian yang telah disahkan;

3. Satu surat pengesahan Kelas Pertama (sekiranya tidak dicatatkan ‘Kelas Pertama’ pada Ijazah yang telah diperolehi)

4. Sediakan salinan Sijil Perakuan Akreditasi yang dikeluarkan oleh MQA yang telah disahkan ( Ini adalah untuk penuntut IPTS)

5. Salinan surat pengesahan tamat pengajian (sekiranya tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian dalam transkrip atau ijazah)

NOTA PENTING: Setiap salinan dokumen yang ingin dimuatnaik perlu mendapatkan pengesahan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang bertugas mengeluarkan Ijazah dari IPT) sertakan cop pengesahan yang mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

Cara Buat Semakan Status Permohonan

pengecualian bayaran balik PTPTN
Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Online (Pemegang Ijazah Kelas Pertama) 6

Setelah selesai membuat permohonan, sudah pasti pemohon ingin mengetahui keputusan atau status permohonan samada mendapat kelulusan atau sebaliknya. Berikut adalah kaedah untuk pemohon membuat semakan:

1. Buat semakan melalui Portal PTPTN, sila lawati kembali portal permohonan pada pautan https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama

2. Sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 untuk mendapatkan No. Pinjaman

3. Anda juga akan menerima surat makluman dari PTPTN yang akan dihantar ke alamat anda

Berikut adalah contoh pengesahan yang membantu semasa permohonan:

Surat Pengesahan Ijazah Kelas Pertama sekiranya tidak dinyatakan dalam transkrip.

pengecualian bayaran balik PTPTN
Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Online (Pemegang Ijazah Kelas Pertama) 7

Transkrip Penuh Ijazah

pengecualian bayaran balik PTPTN
Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Online (Pemegang Ijazah Kelas Pertama) 8

CGPA/PNGK Yang Disahkan Sebagai Ijazah Kelas Pertama

Pengkelasan Gred CGPA bagi setiap IPTA atau IPTS adalah berbeza-beza, ini adalah contoh pengkelasan CGPA/PNGK bagi IPTA:

CGPA 3.5 dan ke atas

  • UIAM
  • UITM

CGPA 3.67 dan ke atas

  • UTM
  • UKM
  • UUM
  • USIM
  • UNISZA
  • USIM
  • USM
  • UMS
  • UNIMAP
  • UMP

CGPA 3.7 dan ke atas

  • UM
  • UPSI
  • UTHM
  • UMT

CGPA 3.75 dan ke atas

  • UPM
  • UMK
  • UTEM
  • UNIMAS

Semoga perkongsian ini dapat memberi gambaran lebih jelas untuk anda membuat permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • pure white background 85a2a7fd 6
    Semak Bil Astro Melalui IC, SMS Dan …
    November 27, 2022 0
  • surat berhenti kerja
    Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah dan Ringkas …
    April 8, 2014 0
  • photo 2022 12 11 23 41 20 1
    Niat Solat Jumaat dan Niat Solat Jumaat …
    December 11, 2022 0
  • Tempat Pelancongan Menarik
    Tempat Pelancongan Menarik di Sarawak Yang Perlu …
    August 4, 2018 0
  • Perkara Pelik Yang Berlaku Semasa Majlis Pemasyhuran Yang Dipertuan Agong Baru
    Perkara Pelik Yang Berlaku Di Majlis Pemasyhuran …
    December 14, 2016 11



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)