Berita baik untuk mereka yang ingin mendapatkan maklumat wang tidak dituntut, pihak kerajaan telah melancarkan sistem eGumis Login dengan rasminya bagi memudahkan anda untuk membuat semakan wang tidak dituntut secara online.
Pada peringkat awal, sistem ini akan dilancarkan pada tahun 2018, tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tetapi kini bermula 1 Januari 2020, portal eGumis telah dibuka untuk anda membuat semakan wang tidak dituntut.
Hanya menggunakan No. Kad Pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat, akses maklumat mengenai wang tidak dituntut terus dapat diperolehi
Pengenalan Wang Tidak Dituntut
Wang tidak dituntut merujuk kepada sejumlah wang yang dimiliki oleh mana-mana individu dalam bentuk wang simpanan, divided, wang tuntutan insurans, bank draf atau pelbagai bentuk wang lain.
Ianya adalah sejumlah wang yang tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan oleh institusi yang menjaga wang tersebut.
Menurut sumber, sehingga tarikh 31 Oktober 2019, sejumlah wang bernilai RM10.862 bilion didapati tidak dituntut dan telah diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Wang ini juga termasuk sejumlah wang yang sepatutnya dibayar kepada individu tertentu tetapi gagal dibayar dalam tempoh lebih setahun.
Berikut adalah senarai wang termasuk dalam kategori wang tidak dituntut.
- Duit gaji, upah, bonus, komisyen dan wang tambahan lain yang perlu dibayar kepada kakitangan,
- Wang dividen
- Wang keuntungan yang sepatutnya dibahagikan selepas diisytihar
- Wang tuntutan insurans yang sudah berjaya lulus untuk dibayar kepada penerima
- Wang dalam bentuk draf bank, cashier order atau dokumen berkaitan yang lain dengan fungsi yang sama kerana tempoh sah laku berurusan telah luput
- Wang simpanan tetap (tanpa diarahkan pembaharuan secara automatik? yang telah pun matang
- Wang cagaran serta deposit dimana tujuan aktiviti wang itu dikutip telah pun tercapai
- Pihak pemiutan yang pelbagai atau penghutang pelbagai yang ada berbaki kredit.
Ini juga termasuk dalam wang tidak dituntut dimana wujudnya wang dalam akaun yang sudah tidak aktif selama tempoh 7 tahun seperti
- Wang akaun simpanan
- Wang akaun semasa
- Wang simpanan tetap (yang wujud arahan pembaharuan secara automatik).
eGumis Login: Cara Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online
Dengan rasminya, untuk menyelesaikan masalah untuk mendapatkan informasi wang tidak dituntut, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah menyediakan portal rasmi eGumis untuk anda membuat semakan.
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan melalui Portal eGumis:
eGumis: Langkah-Langkah Membuat Semakan Wang Tak Dituntut |
1. Terus lawati portal eGumis melalui pautan ini https://egumis.anm.gov.my/ |
2. Anda buat pendaftaran sebagai pengguna secara online. Selepas mendaftar anda akan menerima emel yang akan memberikan maklumat kata laluan sementara untuk anda login ke portal |
3. Kemudian login masuk ke portal eGumis menggunakan kata laluan sementara tadi dan anda perlu menukar kata laluan (password) yang baharu |
4. Sila kemaskini maklumat anda sebagai pengguna |
5. Selepas selesai, sila klik pada butang ‘KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT’, anda boleh membuat semakan melalui No Kad Pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat. |
6. Anda boleh membuat cetakan maklumat wang tak dituntut (sekiranya ada) |
Buat masa sekarang, maklumat mengenai wang tak dituntut hany dikemaskini bermula dari tahun 2006 sehingga sekarang.
Anda hanya mempunyai had untuk membuat carian sebanyak 2 kali sehari. Bagi tujuan keselamatan.
Gambar yang dikongsikan ini adalah hasil carian dan telah menunjukkan wujud wang tak dituntut oleh pengguna ini.
Selepas mengenalpasti maklumat, anda bleh klik pada butang biru yang bertulis ‘Teruskan Dengan Permohonan‘ untuk melakukan proses tuntuan wang anda.
Cara Buat Tuntutan Wang Tak DiTuntut
Selesai membuat carian, jika terdapat wang tak dituntut dalam maklumat anda, anda boleh membuat permohonan supaya wang tersebut dimasukkan ke akaun bank anda yang aktif.
Syarat-syarat untuk membuat permohonan adalah seperti berikut
- Pemilik sendiri wang tak dituntut tersebut
- Anda adalah pentadbir harta pusaka yang menjadi penama dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka
- Pihak pelikuidasi yang menjadi wakil bagi syarikat yang dalam proses penggulungan
- Individu atau organisasi syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah
- Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Jabatan Insolvensi Malaysia untuk syarikat/firma yang bubar atau melibatkan individu bankrap.
Selepas anda berjaya membuat tuntutan, wang tersebut akan diproses, kebiasaanya mengambil masa satu bulan, kemudian ianya akan dikreditkan ke akaun bank yang anda isikan semasa membuat tuntutan.
Ini adalah video tutorial terkini bagaimana untuk anda membuat semakan wang tak dituntut secara online: