BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Raja Azura Kecewa Dipecat Serta Merta Oleh Sinar FM

ammar

Kak Engku Kecewa Dipecat Serta Merta Oleh Sinar FM.jpg Raja Azura Kecewa Dipecat Serta Merta Oleh Sinar FM

Bagi peminat setia radio Sinar FM pasti terkejut dengan berita pemecatan DJ radio Sinar FM iaitu Raja Azura yang lebih mesra dipanggil Kak Engku. Mana tidaknya, tiada angin tiba-tiba pokok bergoyang. Secara serta merta Raja Azura dipecat oleh pihak pengurusan Sinar FM sedangkan sebelum ini tiada sebarang masalah yang dilakukannya.

Raja Azura meluahkan rasa tidak dihargai apabila diberi notis singkat untuk tidak menyambung kontrak sebagai penyampai radio di Sinar FM.

Kak Engku mengaggap notis singkat yang diberikan kepadanya itu amat “biadap” kerana pengorbanannya menghibur pendengar sebagai penyampai Sinar FM perlu juga diambil kira.

Ini luahan Raja Azura:

“Notis yang saya terima tiga minggu sebelum tarikh kontrak tamat. Bukan setahun atau dua tahun, saya dan dua rakan lagi sudah 10 tahun berkhidmat dengan stesen radio ini.

“Bagi saya tindakan itu sangat biadap. Saya bercakap secara umum, bukan sahaja kepada stesen radio tetapi juga syarikat lain yang menjadi majikan kepada pekerja.

“Setiap pekerja ada komitmen dan tanggungjawab masing-masing. Sebagai contoh, saya ibu tunggal yang perlu membesarkan anak.

“Bagaimana pula dengan mereka yang tiada sumber mata pencarian lain?”

“Paling sukar adalah apabila terpaksa melepaskan pendengar setiap segmen yang saya kendalikan.

“Ramai meluahkan perasaan mereka di laman sosial saya. Kata mereka, selepas ketiadaan saya dan dua lagi rakan, mereka tidak lagi terhibur seperti dahulu,”

Pelakon dan pengacara itu berganding bersama pelawak Salih Yaacob dan Khairil Rashid dalam segmen ‘Sinar Pagi’ di stesen radio itu dari jam 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

Segmen itu kini diambil alih oleh kumpulan lawak Sepahtu, manakala Salih ditukarkan ke segmen petang di stesen radio sama.

ARTIKEL LAIN  Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 18

Khairil, seorang penyampai berpengalaman, kini menumpukan tenaganya di sebuah syarikat iklan radio.

Azura, atau biasa dipanggil Kak Engku, mendakwa pendengar-pendengar Sinar FM juga nyata terkilan dengan pertukaran itu.

Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. titan

    nnak wat camana..orang dah tak nak..

    December 30, 2015
    • Rizal

      Macam tu lah dunia. Majikan mahukan hanya yang terbaik, kuli memang selalu kena macam ni…sedih betul…

      August 11, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • fanclub wany hasrita
    Kelab Peminat Wany Hasrita Minta Sponsor Dengan …
    December 6, 2017 0
  • Johan Raja Lawak Terasa Kerana Disindir Ibu
    Johan Raja Lawak Terasa Kerana Disindir Ibu
    December 9, 2016 1
  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Jangan Benci Cintaku Episod 17 Drama Slot …
    July 23, 2018 0
  • gambar2520baby2520yusri2520dan2520lisa2520surihani1
    Koleksi Gambar Anak Lisa Surihani dan Yusri …
    September 23, 2015 0
  • Eyra Hazali
    Eyra Hazali Percaya Bakal Suami Bukan ‘Kaki …
    June 13, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)