BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Google “Thanos” Sekarang dan Klik Pada Sarung Tangan , Lihatlah Apa Terjadi

ammar

Sekarang demam filem terbaru dari Marvel kiat merebak seluruh dunia dan seakan-akan menjadi fenomena.

Filem terbaru iaitu Avengers : Endgame, mula menjadi perhatian seluruh dunia apabila mula ditayangkan di beberapa negara yang terawal antaranya adalah Malaysia dan Indonesia seawal 24 April 2019.

Bagi meraikan kehadiran filem baru Avengers : Endgame ini, pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak bagi mempromosikan filem ini.

Bermula dari pihak yang terlibat dengan filem ini, netizen juga antara penyumbang utama mempromosikan filem Avengers : Endgame ini.

Kini, bersempena dengan Avengers : Endgame, pihak Google turut menyambut tayangan filem berkenaan dengan menyediakan kesan khas tersembunyi pada laman hasil carian mereka.

Apabila anda melakukan carian untuk kata kunci “Thanos”, kini sebuah ikon sarung tangan dipaparkan pada bahagian Knowledge Graph. Dan apabila pengguna klik padanya, ia akan memaparkan animasi hasil carian yang menghilang – sekaligus mengurangkan hasil carian berkenaan kepada sekitar 50%.

Pengguna juga turut boleh menekan kembali ikon berkenaan untuk mengembalikan kembali hasil carian yang hilang berkenaan.

Thanos merupakan salah satu watak fiksyen yang popular di Avengers, dimana watak jahat dalam siri filem Avengers. Melalui watak Thanos, pelbagai mutiara dihimpunkan pada sarung tangan, dan sesuatu petikan boleh membawa kepada pelbagai perubahan – dan Thanos menggunakannya dalam menghilangkan sekitar 50% populasi dunia dalam siri filem Avengers.

Jika anda mahu mencuba sendiri kesan khas ini pada hasil carian Google, anda perlu menaip “Thanos” pada enjin carian berkenaan. Sejurus selepas itu, anda perlu klik pada icon sarung tangan Thanos dan lihatlah apa yang akan terjadi.

ARTIKEL LAIN  Rupa-Rupanya Pelawak Hamid Gurkha Bukan Orang Sembarangan. Patut Dapat ‘Datuk’
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • adam shahz dan isteri bercerai
    Sihir Pemisah Punca Adam Shahz dan Isteri …
    October 10, 2017 0
  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Jangan Benci Cintaku Episod 22 Drama Slot …
    July 30, 2018 0
  • thanos
    11 Individu Dari Johor Kantoi Rakam ‘Avengers …
    April 25, 2019 0
  • Pierce Brosnan menerima seadanya isteri walaupun gemuk.jpg
    Hero James Bond Ini Menerima Isterinya Seadanya …
    December 1, 2015 0
  • Adi Putra
    Adi Putra dan Isteri Kedua Ada Masalah?
    December 28, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)