BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Jangan Benci Cintaku Episod 26 Drama Slot Akasia TV3

ammar

Jangan Benci Cintaku Episod 26. Hari ini 3 Ogos 2018, drama Jangan Benci Cintaku telah masuk episod ke-26. Untuk mengetahui apa yang terjadi dalam Jangan Benci Cintaku Episod 26 ini, anda boleh menonton drama ini secara langsung di TV3 jam 7.00 malam ini.

Mula bersiaran pada 29 Jun 2018 yang lepas dan sejak daripada tayangan itu sehingga sekarang, drama ini berjaya menarik tontonan ramai. Jumlah penonton drama ini semakin hari semakin bertambah. Mungkin kerana jalan ceritanya yang menarik dan dapat memainkan emosi penonton, ianya menjadi daya tarikan buat semua.

Tidak hairanlah drama ini menjadi tular di media sosial seperti facebook. Nama Husna tiba-tiba menjadi perbualan hangat dalam kalangan nitizen dek kerana wataknya yang antagonis dan tidak disukai ramai. Tahniah diucapkan kepada Niena Baharun kerana telah berjaya membawa watak itu dengan jayanya. Sehinggakan ramai netizen beremosi dengan watak Husna.

Jangan Benci Cintaku, drama baru terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, Jangan Benci Cintaku sebuah drama lakonan hebat hero iaitu Saharul Ridzwan dan heroinnya adalah Zahirah Macwilson.

Turut dibintangi pelakon terkenal Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Brian Ross dan ramai lagi.Jangan Benci Cintaku Episod 26

Jangan Benci Cintaku Episod 26 Drama Slot Akasia TV3

Nek Pah bertemu dengan Husna di The Mines Seri Kembangan. Husna meluahkan isi hatinya mengenai perangai Shah. Kata Husna, Shah telah berubah sekarang. Sekejap dia ok sekejap dia tidak ok.

Husna juga memberitahu bahawa Shah mahu bercerai dengan Fika kerana dia sakit hati dengan Fika. Fika ada skandal dengan lelaki lain.

Nek Pah pergi ke rumah emak Fika untuk berjumpa dengan Fika. Tetapi Nek Pah tidak berjaya bertemu dengan Fika kerana Fika masih berda di Perth.

Nek Pah memberitahu kepada emak Fika supaya memfailkan penceraian Fika dengan Shah di mahkamah.

Fika dengan Syazwi selamat pulang ke Malaysia setelah beberapa hari bercuti di Perth. Faris bertanya kepada Shah adakah dia mengetahui yang Fika sudah pulang ke Malaysia. Tetapi Shah sudah mengetahui hal itu.

Fika dan emaknya membeli belah di shopping mall. Tiba-tiba Husna muncul di depan Fika. Husna memarahi Fika.

Kerana tidak berpuas hati, emak Fika pergi berjumpa Shah dan memarahinya.

ARTIKEL LAIN  Fizo Terkilan Dengan Kritikan Blogger Mengenai Servis Restorannya

Shah ke rumah emak Fika untuk bertemu dengan Fika. Mereka masing-masing menyalahkan satu sama lain di atas masalah yang berlaku….. Apa yang bakal berlaku dalam Jangan Benci Cintaku Episod 26? Sama-sama kita saksikan nanti.Jangan Benci Cintaku TV3

Judul Drama : Jangan Benci Cintaku

Jumlah Episod : 28 episod

Tarikh Tayangan : 29 Jun 2018

Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

Siaran TV : Slot Akasia TV3

Penulis Skrip : Farhana Fauri

Pengarah : Pali Yahya

Penerbit : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Barisan Pelakon : Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Brian Ross, Nada Nursyuhada, Laila Nasir, Zul Edward, Meor Mohd, Emelie Hanif, Elya, Farah, Ayu Azlina, Siti Ruwiyani, Ainin Batriya.

 

Lagu Tema/OST

Aizat Amdan – Sampai Ke Hari Tua

Misha Omar – Sampai Bila

Barisan Pelakon

Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat

Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda

Niena Baharun sebagai Husna

Luqman Hafidz sebagai Faris

Izzue Islam sebagai Syazwi

Daler Yusuf sebagai Irwan

Amelia Henderson sebagai Damia

Esma Dainal sebagai Tuan Shariman

Dilla Ahmad sebagai Zaida

Azizah Mahzan sebagai Nek Pah

Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin

Zul Edward sebagai Uncle Jay

Laila Nasir sebagai Puan Julia

Emelie Hanif sebagai Nelly 

Meor Mohd sebagai Hazri

Tonton Full Drama Jangan Benci Cintaku

Anda juga boleh menonton secara penuh(full) drama ini melalui laman web Tonton. KLIK SINI untuk tonton penuh drama ini. Bagi pengguna baru anda perlu mendaftar dahulu akaun anda dan jika anda telah mempunyai akaun di Tonton anda hanya perlu “login” sahaja akaun anda untuk tontonan.

Drama Jangan Benci Cintaku ini sebanyak 28 episod kesemuanya. Jangan lupa untuk mengikuti drama ini sehingga tamat. Boleh klik pada “episod” di bawah ini untuk menonton drama setiap episod.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26Episod 27Episod 28
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 14
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 14
    August 4, 2016 0
  • Elly Mazlien Keluar Dari Gegar Vaganza
    Punca Sebenar Elly Mazlien Keluar Dari Gegar …
    November 7, 2016 0
  • Kisah Sedih Kematian Kartun Shin Chan
    Kisah Sedih Kematian Kartun “Shin Chan” Ini …
    November 17, 2017 0
  • Pelakon Drama TV3 Berdepan Penjara Seumur Hidup Miliki Ganja dan Pedang Samurai
    Pelakon Drama TV3 Berdepan Penjara Seumur Hidup …
    September 26, 2016 0
  • Sinopsis Drama Semerah Cinta Humairah
    Sinopsis Penuh Drama Semerah Cinta Humairah (TV3)
    July 24, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)