BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kenapa Polis Peronda Dikecualikan Memakai Tali Pinggang Keledar

ammar

kenapa polis tidak pakai tali pinggang keledar.jpg

Kenapa Polis Peronda Dikecualikan Memakai Tali Pinggang Keledar

Sebagai orang awam mungkin kita agak pelik dengan peraturan yang mewajibkan semua pemandu kereta(awam) memakai tali pinggang keledar sedangkan polis tidak diwajibkan. Polis selalunya mengeluarkan saman kepada orang awam yang tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu kereta walha polis sendiri tidak memakai tali pinggang keledar. Ini mungkin membuatkan ramai tidak berpuas hati.

Jawapan di bawah ini mungkin dapat menjelaskan kepada kita semua mengapa polis peronda tidak diwajibkan memakai tali pinggang keledar semasa membuat rondaan.

Jawapan

Sebab-sebabnya: Undang-undang sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1977 [ P.U. (A) 327 ] mewajibkan setiap pemandu dan penumpang-penumpang kenderaan bermotor menggunakan tali pinggang keledar berkuat kuasa sejak 1 haribulan Januari 1979. Walaupun begitu, pada 1978 satu seksyen peraturan kenderaan bermotor telah dikuatkuasakan iaitu Seksyen 7 (a) keselamatan tali pinggang [ P.U. (A) 378 ] memberikan pengecualian kepada sesiapa yang berada dalam kenderaan polis, tentera, bomba dan ambulans daripada memakai tali pinggang keledar.

Pengecualian diberikan hanya kepada anggota polis kereta peronda dan dalam tugas kawalan VVIP bagi memudahkan mereka melakukan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan. Cuba bayangkan jika anda seorang petugas kereta peronda dan anda terserempak atau berhadapan dengan kejadian tembak menembak atau yang memerlukan mereka melakukan tindakan segera. Pasti tali pinggang ini akan menghalang tindakan pantas dan mampu menyebabkan anda berada dalam keadaan bahaya ketika situasi kelam kabut.

Fikirkan. PDRM tidak membekalkan setiap anggotanya memakai senjata berat tetapi pistol yang kedudukannya berada di pinggang. Tali pinggang keledar akan jadi penghalang. Kerana itu diberi pengecualian. Harap maklum.

ARTIKEL LAIN  SPMU 2023: Cara Daftar Online SPM Persendirian
Prev Article
Next Article

5 Comments

  1. kampong lad

    tali pinggang keledar dicipta utk menghindar kecederaan teruk keatas pemandu & penumpang bila berlaku kemalangan. begitu juga dgn topi keledar diwajibkan kpd penunggang & pembonceng motosikal, tapi pak haji & lelaki sikh di kecualikan. kalau tak pakai ketayap semasa menunggang berdosa ka? mengapa ambil risiko?. polis trafik kena pakai pulak.

    August 11, 2015
  2. CarDoe

    Negara Maju Semua pamandu di wajibkan pakai tali pinggang keledar termasuk polis dan agensi keselamatan lain. hanya di Malaysia penguatkuasa undang-undang di kecualikan.

    Memetik jawapan di atas:

    Cuba bayangkan jika anda seorang petugas kereta peronda dan anda terserempak atau berhadapan dengan kejadian tembak menembak atau yang memerlukan mereka melakukan tindakan segera. Pasti tali pinggang ini akan menghalang tindakan pantas dan mampu menyebabkan anda berada dalam keadaan bahaya ketika situasi kelam kabut.

    Negara Maju seperti yg banyak kes tembak menembak dan kejar mengejar, polis mereka masih juga wajib memakai tali pinggang keledar, apa masalahnya kalau di Malaysia pun diwajib kan. Teladan mesti la ditunjukan oleh pihak pembuat undang2.

    August 11, 2015
  3. bender

    Biarlah kat depa, depa yang nak mati. kalo eksiden pun depa gak yang tercampak keluaq. Hidup dan mati itu ketentuanNya.

    August 13, 2015
  4. Alex SDU

    Kalau dah biasa pakai, tak sampai 1 saat pun buka tali pinggang keledar tu.
    Bukan saya tak puas hati pasal polis tak pakai tali pinggang keledar.

    August 13, 2015
  5. amirul

    depa kata kalau ada kecemasan memudahkan depa nak keluar kereta.. maka kami2 ni kalau kecemasan memang tidak boleh buat apa la ek.. maknanya depa ni memang pentingkan diri sendiri saja..

    August 14, 2015

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Gambar Gadis Kelantan
    Inilah Sebab Kenapa Anda Harus Berhati-hati Bila …
    October 17, 2017 0
  • Colorful Simple We are Open Facebook Post 600 × 300 px
    Doa Makan, Selepas Makan Dan Jika Terlupa …
    December 17, 2022 0
  • PRU15 1
    Tarikh PRU-15: Hari Penamaan Calon dan Hari …
    November 1, 2022 0
  • 102520fakta2520tentang2520titanic1
    10 Fakta Yang Ramai Tidak Tahu Mengenai …
    September 21, 2015 0
  • download 10
    Hukum Tanam Jambang, Janggut Dan Rambut
    November 21, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)