BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kisah Sebenar Jutawan Dari India Menyamar Menjadi Tukang Sapu Di Masjidil Haram

ammar

Suatu ketika dahulu kisah seorang jutawan dari India yang menyamar menjadi tukang sapu di Masjidil Haram untuk selalu dekat dengan Rumah Allah ini menjadi perhatian masyarakat. Kisah ini menjadi viral dan ramai percaya bulat-bulat dengan kisah yang dikatakan “menakjubkan” ini.

Manakan tidaknya, seorang lelaki yang kaya raya dari India sanggup menghabiskan masa selama setahun menyamar menjadi tukang sapu semata-mata untuk dekat dengan Rumah Allah ini. Rasanya sudah pasti ramai yang telah membaca kisah ini.

Jutawan Dari India Menyamar Menjadi Tukang Sapu Di Masjidil Haram.png

Ikuti kisah ini…

Seorang warga Arab Saudi sedang berkunjung ke Masjidil Haram, setelah solat dan berdoa, timbul niat untuk bersedekah. Kemudian dia keluarkan dari poketnya beberapa riyal dan dipanggilnya seorang pekerja kebersihan berbangsa India.

“Ambillah ini Ya Shodiq (sebutan untuk orang India)”

Pekerja itu pun tersenyum dan mengatakan,

“Aku tidak memerlukan itu” sambil dia tunjukkan dompetnya yang penuh dengan kad bank dan wang.

Orang Arab Saudi itu kemudian kehairanan dan bertanya “siapakah kamu?”

Pekerja tadi menjawab ” Aku dari India dan Alhamdulillah, Allah berikan rezeki kepadaku. Aku memiliki ratusan hotel di India”.

Dia mengisahkan bahawa dia datang ke sini untuk mendaftar sebagai pekerja yang bekerja selama setahun, yang selama beberapa bulan tanpa gaji. Dan itu dia lakukan hanya untuk berkhidmat kepada rumah Allah.

Orang Arab Saudi itu kemudian kebingungan, sambil berjalan ia ingin memastikan kembali pernyataan orang tersebut, maka dia bertanya kembali kepada seorang petugas kebersihan lainnya.

“Kamu kenal siapa dia?”

Dijawab oleh petugas yang ditanya “Dia jutawan”

Oleh : Rudy J

Itu adalah versi cerita dari Rudy J. Tetapi kisah sebenarnya adalah sangat jauh berbeza dengan kisah ini.

Mari kita ikuti kisah sebenar mengenai jutawan ini…

ARTIKEL LAIN  Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1438-1439H 2017

Lihatlah video pengakuan jujur dari pekerja India yang bekerja di Masjidil Haram Mekkah ini.

Terjemahannya:

Penannya : Assalamualaikum Encik boleh tahu siapa nama?

Pekerja : Wa’alaikum salam warahmatullah wabarakatuh. Nama saya Muhammad Aslam.

Penanya : Encik bekerja di masjidil haram ?

Pekerja : Benar saya bekerja di Masjidil haram.

Penannya : Sudah berapa lama Encik bekerja sebagai petugas kebersihan di Masjidil Haram ?

Pekerja : Alhamdulillah sudah 25 tahun.

Penanya : Sudah 25 tahun !! Masyaallah beliau sudah 25 tahun bekerja di Masjidil Haram.

Penanya bertanya lagi : “Begini Encik, tersebar di Internet bahawa Encik dikatakan memiliki ratusan hotel di India adakah berita ini benar?”

Pekerja : “Berita tersebut tidak benar…”

MORAL THE STORY: Jangan mudah percaya dengan “kisah viral” yang tidak terbukti kebenarannya takut nanti menjadi fitnah.

Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. arnamee

    Salam. Betul. Perlu pastikan dulu, sebelum siar dan sebar sesuatu cerita. 🙂

    February 14, 2016
  2. Berita Unik

    Benar atau tidaknya cerita ini, wallahu a’lam bisshowab

    April 26, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Bapa Tan Sri Muhyiddin
    Kisah Arwah Bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin …
    May 29, 2017 0
  • kisah kubur bercahaya menjulang ke langit.jpg
    Kisah Seorang Tidak Tahu Baca Al-Quran Tapi …
    December 22, 2015 3
  • koleksi wallpaper ramadhan 2016
    KOLEKSI GAMBAR WALLPAPER RAMADHAN 2016
    June 5, 2016 0
  • f202004231319492
    Niat Puasa Ganti dan Niat Puasa 6 …
    October 14, 2022 1
  • hukum suami cium jenazah isteri
    Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah
    August 10, 2015 2

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)