Koleksi Ucapan SMS/Whatsapp Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016
SMS/Whatsapp Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016. Bulan ramadhan 2016 dijangka tiba tidak lama lagi. Mengikut kalendar, 1 Ramadhan 2016 bakal tiba pada hari isnin ini iaitu bersamaan 6 Jun 2016. Anak bulan akan dilihat pada 5 Jun 2016. Sudah tentu ramai yang ingin mengucapkan selamat berpuasa ramadhan 2016 untuk rakan-rakan serta ahli keluarga.
Dalam artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan anda koleksi ucapan SMS/Whatsapp selamat berpuasa bulan ramadhan 2016. Anda boleh “copy dan paste” koleksi ucapan berpuasa bulan ramadhan 2016 ini dan hantarkan kepada kawan-kawan mahupun saudara mara.
Dibawah ini adalah koleksi ucapan SMS/Whatsapp untuk bulan Ramadhan 2016:
[alert-success]Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung, Jika hati seindah bulan hiasi dengan senyuman… Marhaban Yaa Ramadhan… Selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf zahir dan batin.[/alert-success]
[alert-success]Marhaban ya Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang. Dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat menunaikan ibadah puasa bagi tahun 2016 (1437 Hijrah)[/alert-success]
[alert-success]Ya Allah, muliakan dan sayangilah saudaraku ini, bahagiakan keluarganya limpahkan rezekinya, kuatkan imannya. Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. Amin. “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”[/alert-success]