BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Dr Azizan Osman Letak Jawatan Richworks

ammar

Azizan Osman Letak JawatanDr Azizan Osman Letak Jawatan Richworks

Satu siaran media telah dikeluarkan secara rasmi di laman web Azizan Osman. Perletakkan jawatan Dr Azizan Osman dalam Richworks Group of Companies telah dijelaskan secara rasminya.

Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang dipegang oleh Dr Azizan Osman dilepaskan. Tindakan itu diambil sebagai salah satu proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies katanya.

Menerusi kenyataannya seperti berikut.

Shah Alam, 1 Okt 2013: Lima tahun membina nama sehingga diiktiraf sebagai Mentor dan Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan Osman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group of Companies berkuatkuasa hari ini. Tindakan ini diambil sebagai salah satu proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies. Sehubungan itu, operasi Richworks Group of Companies di Malaysia diambil alih oleh Yasmin Mohd Ramzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bermula serta-merta.

Yasmin merupakan bekas Pengurus Kewangan Global, Shell. Berkelulusan dalam bidang kewangan dan perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Yasmin merupakan satu-satunya anak Melayu yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa pemasaran global (Global Marketing Committee) untuk Chartered Management Account (CIMA) serta ahli Fellow Chartered Management Accountant (FCMA) danChartered Global Management Accountant (CGMA). Beliau menyertai Richworks Group of Companies bermula awal September sebelum ini sebagai Pengurus Besar Kumpulan.

Azizan di dalam rangka memperluaskan empayarnya dalam fasa awal meneroka pasaran antarabangsa yang diperkukuhkan di bawah jenama Azizan Osman International. Syarikat berasaskan latihan keusahawanan dan pembangunan manusia bakal pengukuhan struktur Azizan Osman International itu menyaksikan Azizan yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companieskini turut menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Serantau.

Beliau yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri, antaranya syarikat pelaburan hartanah, agensi pengiklanan berakreditasi ini di Malaysia dan Singapura, memulai kempennya dengan meneroka pasaran Indonesia, Filipina dan India dalam usaha melebarkan sayapnya ke pentas global.

ARTIKEL LAIN  Bapa Terpijak iPhone, Anak Tetak Bapa Sampai M@ti

Ia juga menyaksikan perlantikan baru Zafrul Rizal bin Mat sebagai Pengarah Serantau bagi melancarkan operasi.

Sumber Asal: AzizanOsman.com

Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. Afif Rayyan

    I felt something fishy here.. boleh caya lagi ke zizang semang nie? ahaha

    October 18, 2016
    • ammar

      Bang..tu tajuk artikel ke karangan? hahaha

      October 18, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pu abu
    PU Abu Tidak Akan Memberi Kenyataan Sehingga …
    April 24, 2019 0
  • maybank alert
    MOHON SEBARKAN!!! Maybank Beri Peringatan, Jangan Tekan …
    September 13, 2020 0
  • food panda
    Penghantar Makanan atau Runner Itu Kerja Yang …
    October 14, 2019 0
  • penyelamat
    Inilah Wira Sebenar Menyelamatkan Gadis Terjun Dari …
    April 19, 2018 0
  • Keluarga Perjelas Isu TG Haron Din Kebumi di AS
    Keluarga Perjelas Isu TG Haron Din Kebumi …
    September 20, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)