BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Menteri Kewangan Seru Umno, PAS Bantu Henti B0ikot Produk Bukan Bumiputera

ammar

B0ikot sedemikian tidak menguntungkan dan boleh menggugat perpaduan negara, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menteri Kewangan juga menyeru PAS dan Umno supaya membantu menghentikan gerakan memb0ikot produk keluaran bukan Bumiputera.

Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP berkata, sekiranya Umno dan PAS tidak memusuhi golongan bukan Islam dan bukan Melayu, kedua-dua parti itu patut membantah b0ikot tersebut.

“Tindakan memb0ikot produk bukan Bumiputera ini mencapai ‘tahap yang membimbangkan’ sehingga Perdana Menteri terpaksa memberi komen mengenainya.

“Sekiranya ia berlanjutan berlaku, produk asing terutama telefon bimbit juga harus dib0ikot,” katanya sambil menambah terdapat sebilangan badan bukan kerajaan (NGO) menyeru untuk turut memb0ikot produk halal yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam.

Sebelum ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad meminta gerakan itu dihentikan kerana ia tidak berkesan dan hanya akan mencetuskan kemarahan orang lain.

Beliau dilaporkan berkata, hanya mereka yang berfikiran cetek berbuat demikian.

Lim berkata, kenyataan Mahathir itu adalah tepat kerana tindakan tersebut tidak akan mengubah keadaan sebaliknya hanya menimbulkan kemarahan sesetengah pihak.

Bahkan kata Lim, ia juga boleh menjadikan suasana tidak produktif dan membahayakan perpaduan rakyat.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung kumpulan yang menggesa orang Melayu supaya memboikot produk keluaran bukan Bumiputera.

Tinjauan mendapati banyak kumpulan atas talian (media sosial) menyokong gerakan itu dan jumlahnya mencecah beberapa ribu kumpulan.

Malah ada kumpulan yang mencecah hampir jutaan ahli hanya dalam beberapa hari sahaja ditubuhkan.

Antara yang dibincangkan dalam laman berkenaan adalah cara untuk mengenal pasti barangan keluaran bukan Bumiputera walaupun nama dan jenamanya menggunakan “nama Melayu”.

Lim berkata, golongan “r@sis dan pel@mpau agama” terbabit harus menyahut gesaan Mahathir berhubung isu tersebut.

ARTIKEL LAIN  Muhyiddin Hadir Mesyuarat MPT BERSATU. Wartawan Terkèjut Apabila...

Namun lain pula respon oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS itu, beliau berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dan kefahaman beliau tentang isu ’Boikot Barangan Bukan Bumiputera’ adalah kurang tepat.

Bagi PAS Kempen “Beli Produk Muslim Dulu” adalah suatu tindakan yang inklusif dan kompetitif dalam konteks perniagaan dan harus dilihat secara positif.

Kajian menunjukkan kempen sokong produk Muslim akan membawa kesan positif kepada limpahan ekonomi yang lebih luas. Ia pastinya akan banyak membantu Usahawan IKS dan luar bandar serta menjadikannya lebih berdaya saing. Di samping itu ia akan memberikan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat terutama golongan belia yang kini ramai tidak berpekerjaan. Ia juga membawa kepada kitaran ekonomi ummah (termasuk Bukan Islam) yang lebih progresif umpamanya dalam hal zakat, sedekah, waqaf dan seumpamanya.

PAS menggesa pihak Kerajaan turut membantu menjayakan langkah yang murni ini.

Disini kita dapat melihat bahawa ada sesetengah pihak cuba untuk memutarbelitkan fakta sebenar. Sebenarnya gerakan yang dilakukan itu bukanlah gerakan memboikot produk keluaran bukan bumiputera tetapi maksud sebenar adalah kempen “Beli Produk Muslim Dulu”.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • jerebu2520di2520malaysia1
    Jerebu, Jadi Mengapa Mesti Meminta Maaf? – …
    September 28, 2015 1
  • Dai Wan dikritik surat cinta uqasha
    Surat Terbuka Dari Netizen Ini.. Pasti Buat …
    August 30, 2016 0
  • kanser lambung.jpg
    Akibat Makan Makanan Sisa Semalam Wanita Ini …
    January 13, 2016 1
  • Safiey Ilias Jutawan Kosmetik.png
    Alhamdulillah… Jutawan Komestik Terkenal Ini Kini Peroleh …
    April 16, 2016 5
  • baby adam
    Alasan Culik, Tersedak Susu Hanya Tipu, Akhirnya …
    July 4, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)