BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Misteri Bau Busuk Disangka Mayat di Pantai Paka, Setelah Digali Ini Yang Terjadi

ammar

Dungun: Penduduk berhampiran Pantai Cacar, Paka, Dungun, Terengganu diselubungi misteri apabila terganggu dengan bau busuk dari arah pantai berkenaan.

Bau busuk itu seakan-akan bau mayat manusia. Penduduk, Muhamad Noor Hafiz Che Musa, 22, berkata ketika berada di kedai makan milik ibunya, Rohaya Omar, 53, tidak jauh dari kawasan pantai itu, jam 3.30 petang, beliau dan beberapa pelanggan terhidu bau busuk.bau busuk

“Bau itu membuatkan pelanggan tidak boleh makan. Saya kemudian turun ke arah pantai dan mencari punca bau busuk itu sebelum terjumpa sebuah lubang yang dihurung lalat. 

“Saya bersama seorang penduduk cuba menggali lubang terbabit, namun gagal menemui apa-apa dan kemudian menghubungi Balai Polis Paka.

“Kami bimbang ia ada kaitan dengan beberapa kes nelayan hilang di Kuala Dungun yang masih belum ditemui,” katanya.mayat

Polis terpaksa menggunakan bantuan sebuah jengkaut untuk menggali lubang dan mengesan bau terbabit di beberapa lokasi.gali mayat

Sehingga jam 7 malam ini(11 Septermber 2017) kita tidak menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan sebagai punca bau. Operasi sudah dihentikan dan akan disambung semula pagi esok(12 September 2017).

bau busuk di dungun

Misteri bau busuk ini belum lagi terjawab. Diharap hari ini 12 September 2017 pihak yang terlibat dalam misi menyiasat perkara ini dapat menemui jawapannya. Moga-moga ianya bukan mayat manusia yang ditanam di kawasan pantai itu. Supaya ada pihak yang “bertanggungjawab” yang menyebabkan bau busuk itu tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

ARTIKEL LAIN  (VIDEO) Lihatlah Polis Pengiring Presiden Indonesia Yang Tidak Menggunakan Siren dan Penutupan Jalan
Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. Dila

    memang misteri sungguh tempat nih

    September 12, 2017
  2. sabree hussin

    Memang misteri betul. Apa puncanya? Tak citer pun.

    September 13, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pondan bertaubat kembali jadi pondan
    Penat Jadi Baik, Akhirnya Safiey Ilias Tekad …
    September 5, 2016 0
  • Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    October 25, 2016 0
  • tunku tun aminah wedding
    Pakaian Perkahwinan Tunku Tun Aminah Dikritik, Ini …
    August 18, 2017 1
  • pisang goreng beratur
    Jual Pisang Goreng Sampai Beratur Pembeli, Peniaga …
    September 7, 2017 0
  • doktor mati
    Doktor Mati Selepas Bekerja 4 Hari Tanpa …
    June 29, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)