
Berita gembira buat rakyat Malaysia yang belum memiliki rumah dan ingin mempunyai rumah sendiri dengan harga yang berpatutan. Sekiranya anda merupakan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, anda boleh membuat permohonan perumahan PPR dimana ini adalah Program Perumahan Rakyat yang memberi peluang kepada mereka yang belum mempunyai rumah sendiri.
Artikel ini akan berkongsi lebih lanjut mengenai bagaimana membuat permohonan perumahan PPR secara online dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan syarat kelayakan, semakan permohonan dan langkah-langkah seterusnya sehingga berjaya memiliki rumah dibawah program PPR ini.
Mengenali Program Perumahan Rakyat (PPR)
Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah sebuah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk tujuan penempatan semula setinggan dan usaha memenuhi keperluan rakyat Malaysia untuk memiliki tempat kediaman khusus untuk mereka yang dalam kategori berpendapatan rendah (B40).
Bagi anda yang ingin memohon, permohonan perumahan PPR dibuka sepanjang tahun 2023 ini dan permohonan akan melalui bahagian perumahan di setiap negeri di Malaysia.
Agensi pelaksana yang terlibat untuk melaksana dan menguruskan projek-projek perumahan ini adalah Jabatan Perumahan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Program ini disediakan di seluruh Malaysia yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah secara menyeluruh.
Cara Permohonan Perumahan PPR Online (Borang Untuk Setiap Negeri)
Program yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia ini sangat mengalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dibawah RM2500 sebulan. Ini berikutan pasaran harga rumah diluar sana adalah sekitar RM200,000 hingga RM300,000 ke atas. Kekangan pendapatan yang rendah menghalang golongan ini untuk memiliki rumah sendiri dalam tempoh yang terdekat.
Untuk makluman pemohon, program perumahan rakyat (PPR) ini terdiri daripada 2 kategori
1. PPR disewa
2. PPR dimiliki
Bagi dua kategori ini disediakan dengan harga mampu milik samada harga sewa ataupun harga jualan. Berikut adalah harga yang dikenakan kepada mereka yang ingin memohon PPR:
PPR SEWA | RM124 Sebulan (Untuk golongan berpendapatan rendah) |
PPR JUAL | RM30,000 hingga RM35,000 seunit (rumah PPR yang dijual hanya dilaksanakan di negeri Pahang buat masa sekarang) |
Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Perumahan PPR
1. Merupakan warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan bulanan seisi rumah bawah daripada RM2,500
4. Belum memiliki rumah sendiri
5. Mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Rujuk bagi negeri masing-masing.
Cara Permohonan Perumahan PPR Online
Bagi anda yang telah menepati syarat dan ingin membuat permohonan. Anda boleh klik pada pautan yang disediakan dibawah ini. Pautan ini adalah laman rasmi bahagian perumahan bagi negeri masing-masing.
Sekiranya negeri yang dipilih tidak mempunyai kemudahan portal permohonan atas talian, anda boleh membuat permohonan perumahan PPR secara manual dengan cara hadir atau walk in ke mana-mana Pejabat Bahagian Perumahan Negeri yang terlibat. Pihak Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan /Pihak Berkuasa Tempatan akan melaksanakan dan menguruskan permohonan anda untuk ke langkah selanjutnya.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai syarat-syarat permohonan mengikut negeri dan ingin membuat permohonan sila ke pautan dibawah ini :
- PAHANG
- PERLIS
- MELAKA
- PERAK
- PULAU PINANG
- JOHOR
- NEGERI SEMBILAN
- KELANTAN
- SELANGOR
- SARAWAK
- KEDAH
- SABAH
- TERENGGANU
- LABUAN
- KUALA LUMPUR
Cara Buat Semakan Status Permohonan Perumahan PPR
Selepas anda membuat permohonan, anda ingin tahu bagaimanakah status permohonan anda, samada berjaya atau sebaliknya, anda boleh membuat semakan secara online mengikut portal lembaga perumahan negeri masing-masing
Contohnya semakan status permohonan di Portal bagi negeri Selangor melalui pautan dibawah
Semasa membuat semakan, sila masukkan No. Kad Pengenalan anda serta No. Fail pemohon dan klik butang CARI
Berikut di kongsikan ciri-ciri yang ada pada rumah dalam Program Perumahan Rakyat (PPR) ini.
Dari segi rekabentuk rumah PPR adalah mengikut ‘design’ perumahan kos rendah yang mematuhi ‘Standard’ Perumahan Kebangsaan. Untuk Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005) adalah mengikut ciri-ciri ini:
a) Rumah jenis teres adalah untuk kawasan penduduk pinggir bandar
b) Bagi penduduk kawasan bandar adalah Rumah 5 hingga 18 tingkat
c) Disediakan tiga bahagian, iaitu ruang tamu, tiga bilik tidur, satu ruang dapur dan dua bilik air
d) Keluasan 700 kaki persegi atau lebih
e) Di sekeliling kawasan perumahan disediakan fasiliti asas seperti surau, tempat berniaga, dewan komuniti dan tempat membuang sampah
Makluman Program Perumahan Rakyat Melalui Portal SPRN (Portal TEDUH)
Satu lagi inisiatif oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perumahan Negara , Kementerian Kesejahteraan Bandar , Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyediakan Program Perumahan melalui SPRN. Ianya dikenali sebagai TEDUH sebagai sebuah gerbang utama perumahan kepada rakyat Malaysia. Program ini diwujudkan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
TEDUH merupakan sebuah portal utama yang memaklumkan info terkini mengenai maklumat projek-projek dan program perumahan awam dan swasta dalam Malaysia. Fokus program TEDUH adalah untuk menyampaikan makluman terkini mengenai peratusan pembinaan projek yang sedang dijalankan oleh pemaju perumahan. Portal ini adalah sebagai ‘One Stop Centre” kepada pemohon yang ingin mengetahu projek perumahan kerajaan secara menyeluruh.
Pengguna boleh melakukan carian projek perumahan dan juga carian pemaju perumahan swasta yang telah disahkan.
SPRN atau Sistem Pengurusan Perumahan Negara adalah satu modul dalam TEDUH yang bertindak sebagai gerbang utama untuk pemohon mengemukakan permohonan rumah yang telah disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN)
Sekiranya anda melayari portal TEDUH ini, pautan makluman mengenai Rumah Mampu Milik yang disediakan adalah:
1. PPAM
2. MyHome
3. Rumah Transit
4. PPR Dimiliki
5. PPR Disewa
6. Skim Pinjaman Perumahan (SPP)
Contoh rumah PPR anda boleh tengok dalam video ini:
Untuk makluman lanjut, anda boleh layari Portal TEDUH melalui pautan dibawah ini
Untuk pendaftaran anda boleh klik pada pautan – PENDAFTARAN
Selepas berjaya mendaftar anda boleh Log Masuk pada pautan – LOG MASUK
Sebarang persoalan yang anda ingin tahu mengenai permohonan dan maklumat lain yang terkini anda boleh hubungi pada info dibawah ini:
ALAMAT: Pengarah, Bahagian Pembangunan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 30, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya
Maklumat No. Telefon: 03- 889 143 56
Laman Web Rasmi: https://ehome.kpkt.gov.my/index.php/
Dengan perkongsian lengkap mengenai permohonan perumahan PPR ini, diharapkan dapat membantu pemohon untuk sama-sama menikmati program perumahan rakyat yang disediakan kepada rakyat malaysia yang berpendapatan rendah. Inisiatif ini dapat memastikan anda semua layak untuk mendapat kediaman sendiri atau disewa dengan harga mampu milik.