BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Niat Wudhu Cara Bacaan Rumi dan Arab (Panduan Lengkap)

Islah Ibrahim December 8, 2022
niat wudhu
Niat Wudhu

Bagi muslim yang sedang mencari bagaimana cara niat wudhu, artikel ini adalah panduan lengkap untuk anda.

Dari segi bacaan, sebutan wudhuk atau wudhu adalah perkara yang sama. Iaitu perbuatan menyucikan diri daripada hadas kecil. Sekiranya seseorang itu berada dalam keadaan darurat, wudhu boleh digantikan dengan cara bertayamum iaitu dengan cara menggunakan debu yang diyakini bersih.

Dari segi syarak, maksud wudhu adalah membasuh dengan cara menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan perbuatan niat.

Cara Niat Wudhu Arab dan Niat Dalam Bahasa Melayu

Bacaan lafaz niat wudhu dalam bahasa Arab adalah seperti berikut:

niat wudhu
Niat Wudhu

Sebutan dalam bacaan rumi:

Nawaitul wudhua li rafi’l hadasi as-ghori Lillahita’ala

Niat bahasa melayu (dalam hati):

Sahaja aku berwuduk, mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala

Semasa anda melafazkan niat di mulut, hukumnya adalah sunat.

Perkara paling penting semasa berniat ialah lintasan hati semasa anda membasuh muka. Semasa air sampai ke muka basuhan pertama, maka anda mula berniat dalam bahasa Melayu tadi.

Tips semasa niat wudhu: Cuba amalkan dengan cara yang mudah dan hindari rasa was was kerana islam itu amatlah mudah.

Sebaik-baik cara yang memudahkan anda adalah dengan cara melafazkan niat pada lisan sebelum mula mengambil wudhu.

Ini adalah kaedah untuk memudahkan lintasan hati semasa membasuh muka.

Hukum berwudhu dalam Islam

Melakukan niat adalah merupakan satu rukun semasa berwudhu. Ini bermakna, sekiranya anda tidak berniat, maka wudhu anda tidak sah.

Setiap perbuatan dalam ibadah itu perlu disertakan dengan niat bagi membezakan amalan ibadah dengan perbuatan kita yang biasa atau diluar ibadah.

Doa Selepas Wudhu

Berikut adalah Doa yang dibaca selepas anda berwudhu

Doa Setelah Wudhu
Niat Wudhu: Bacaan Selepas Berwudhu

Bacaan dalam rumi bagi yang masih lemah bacaan arab:

Asy hadu An laa ilaahailalahu Wahdahu La Syarikalah

Wa asyaha duanna Muhamadan ‘Abduhu Wa Rasuluh..

Allahumma Ja’alni Mina Tawwabin, Waj ‘Alni Minal Mutatohirin

Waja’alni Min Ibadiika solihin..

Maksud dalam doa bacaan wudhu:

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa,

Tidak ada sekutu bagiNya. Aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamda dan pesuruhNya

Ya Allah jadikanlah aku daripada golongan yang bertaubat kepadaMu

Dan jadikanlah aku daripada golongan hambamu yang bersih

Dan jadikanlah aku daripada golongan hambamu yang soleh

Syarat -Syarat Sah Wudhu

Walaupun berwudhu itu nampak satu perbuatan ringkas dan mudah, namun sebagai muslim, harus juga kita fahami apakah syarat-syarat yang perlu diikuti.

  • Beragama Islam
  • Telah mumaiyiz yang bermakna kanak-kanak yang sudah boleh membezakan perkara yang baik dan buruk, kebiasaannya umur 6 tahun ke atas.
  • Wudhu perlu dilakukan dengan air mutlak yang bermaksud air yang suci lagi menyucikan
  • Air wudhu yang digunakan tidak berubah sifatnya mungkin disebabkan benda asing yang masuk atau melekat pada anggota wudhu. Seperti penggunaan sabun, bedak atau sebarang bahan yang boleh melekat di anggota wudhu. Jika bahan itu mampu mengubah rasa, rupa atau bau air wudhu itu, dianggap tidak sah
  • Kaedahnya adalah dengan cara membersihkan dahulu bahan yang melekat di tubuh pada ketika sebelum berwudhu lagi
  • Pastikan tiada perkara atau benda yang boleh menghalang air sampai ke anggota wudhu seperti dakwat, cat, pengilat kuku, kapur, minyak hitam yang melekat di celah jari, di bahagian bawah kuku.
ARTIKEL LAIN  Cara Tebus Kredit E-Tunai Belia Rahmah RM200

Kelebihan Berwudhu

Mari kita fahami apakah kelebihan-kelebihan yang diperolehi sekiranya kita sentiasa dalam keadaan berwudhu.

1. Perbuatan yang sebahagian daripada iman

Menurut riwayat dari Abu Malik al-ashari, Nabi bersabda

“Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman”

2. Amalan menghapuskan dosa, sekiranya wudhu itu sempurna

Ambilah wudhu dengan sempurna kerana ia bukan sahaja dapat menjamin diterima solat seseorang itu, malah mampu menghapuskan dosa-dosa selagi mana tidak berlaku syirik kepada Allah.

3. Mampu mengangkat darjat seseorang manusia

Nabi Muhammad sendiri ada memberi nasihat dalam sabdanya , baginda bertanya kepada sahabat, mahukah tahu apakah amalan yang boleh menghapuskan dosa serta mengangkat darjat seseorang itu?

Maka nabi menyatakan, antaranya ialah menyempurnakan wudhu walaupun ketika mengambil wudhu kita berada dalam keadaan yang tidak senang seperti dalam kesejukan dan lain-lain keadaan.

4. Mampu menjadi asbab membuka pintu syurga

Rasulullah ada menyatakan dalam sabdanya

“Tiada seorang pun dari kalian yang berwudhu, lalu ia menyampaikan atau meratakan wudhunya, dan mengucapkan Asyhadu alla ilaha ilallah wa asyahaduanna Muhamaddan Abduhu Wa Rasuluh, melainkan dibuka untuknya pintu syurga yang lapan, makan dia boleh memasuki pintu syurga dari mana-mana pintu yang disukainya” (Hadis Riwayat Muslim No 234)

Semoga perkongsian lengkap mengenai cara niat wudhu ini dapat memberi pencerahan kepada anda tentang bagaimana mengamalkan niat serta doa dalam wudhu. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi lebih penghayatan untuk mencapai amalan wudhu yang sempurna.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • 315524844 681334336684210 4975706797539274045 n
    Bantuan Ibu Tunggal 2022 Selangor, Perak, Terengganu, …
    November 26, 2022 0
  • Gambar Gadis Kelantan
    Anda Harus Berhati-hati Apabila Berkawan Dengan Gadis …
    June 14, 2016 4
  • 310170703 194068256320348 4343605471957286114 n
    Senarai Bantuan Kerajaan 2022/2023 Terkini dan Cara …
    November 27, 2022 0
  • Cara Penyimpanan Susu Ibu
    Garis Panduan Cara Penyimpanan Susu Ibu Dengan …
    October 10, 2016 0
  • status brim
    Status Permohonan BR1M Lulus Tapi Duit Tidak …
    February 21, 2017 27

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)