BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Pesanan Terakhir Steve Jobs, Pengasas Apple

ammar

pesanan terakhir steve jobs.jpg Pesanan Terakhir Steve Jobs, Pengasas Apple

Steve Jobs adalah nama besar yang dikenali seluruh dunia. Beliau adalah individu yang memacu kejayaan Apple sehingga hari ini. Sebut sahaja jenama Apple anda sudah pasti mengingati individu ini.

Kisahnya bersama syarikat yang diasaskan pada 1976 ini begitu menarik sekali. Pada tahun 1985, ketika syarikat teknologi terbesar ini sedang membina tapak kejayaan.

Steve Jobs telah dipecat akibat keengganan beliau untuk menghentikan projek pengiklanan Super Bowl, namun sayangnya projek itu gagal. 10 tahun kemudian Steve Jobs dibawa kembali ke dalam pengurusan Apple, sebagai usaha terdesak Apple untuk menyelamatkan syarikat itu.

Beliau juga mempunyai ilmu pengaruh yang cukup hebat. Sehinggakan, beliau berjaya mempengaruhi President of PepsiCo, John Sculley untuk meninggalkan syarikat itu dan sama-sama membantu beliau membangunkan syarikat Apple.

Namun, disebalik kejayaannya ada suatu kisah yang mungkin ramai yang tidak tahu.kata terakhir steve jobs.jpg

Ini adalah kisahnya…. Pesanan Terakhir Steve Jobs.

“Saya sudah pun mengecapi semua kejayaan dalam dunia perniagaan”.

Pandangan orang lain, hidup saya adalah SEMPURNA!. Walau bagaimanapun, selain dari bekerja setiap hari, sebenarnya saya mempunyai hanya SEDIKIT kegembiraan. Akhirnya, hanyalah “kekayaan” yang saya kejar dalam kehidupan saya.

Pada ketika ini, saya berbaring di atas katil sebagai pesakit dan mengimbas kembali seluruh hidup saya, saya sedar bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan yang saya sangat bangga selama ini sebenarnya akan menjadi sia-sia ketika menghadapi kematian.

Masa untuk “pergi” semakin tiba.
Sekarang baru saya sedar!, apabila saya telah mengumpul kekayaan (Billion Ringgit) yang sangat mencukupi untuk menyara seumur hidup keluarga saya, saya terlepas pandang bahawa, realitinya dalam kehidupan kita perlu meneruskan perkara-perkara lain yang TIDAK berkaitan dengan KEKAYAAN semata-mata …. TIDAK SALAH MENJADI KAYA, TAPI HARUS SEIMBANG.

ARTIKEL LAIN  BSH Online 2020: Semakan dan Kemaskini Bujang dan Keluarga

Jika anda tanpa henti mengejar “kekayaan” semata-mata, anda hanya akan bertukar menjadi seorang makhluk seperti saya.

Tuhan telah memberikan kita deria untuk merasa rasa cinta dan kasih sayang ikhlas dengan orang disekeliling kita, dan itu lah yang kita perlu hargai.

Ya, saya memang kaya! Dan saya SUKSES dalam hidup saya, namun semua ini saya tidak boleh dibawa ke akhirat bersama saya!.

Apa yang saya boleh bawa hanyalah kenangan, dan peristiwa yang dicetuskan oleh “CINTA & KASIH SAYANG”.

Itulah harta yang sesungguhnya yang akan BERSAMA ANDA, menemani anda, memberi anda kekuatan dan HARAPAN untuk HIDUP!. “DENGAN CINTA DAN KASIH SAYANG” anda boleh melakukan perjalanan jauh walaupun seribu batu. Hidup anda tidak mempunyai batas! Pergi sahaja di mana anda mahu pergi. Mencapai ketinggian yang anda ingin kecapi!

Tahukah anda, apakah katil yang paling mahal di dunia? – jawapannya “Katil Pesakit”.

Anda boleh mengambil pekerja untuk memandu kereta untuk anda, membuat wang untuk anda, TETAPI anda TIDAK BOLEH membayar seseorang untuk menanggung penyakit itu untuk anda.

Jika anda hilang sesuatu kebendaan, anda boleh mendapatkannya semula. Akan tetapi ada satu perkara yang tidak boleh didapati apabila ia hilang, iaitu – “Kehidupan Sebenar”.

Apabila seseorang masuk ke dalam bilik pembedahan, dia akan sedar bahawa terdapat satu perkara yang masih belum lakukan , iaitu “Kehidupan Yang Sihat”.

Mana-mana peringkat dalam kehidupan kita sejajar dengan peredaran masa, anda perlu tahu, kita akan pergi juga suatu hari nanti.

“HARGAILAH KASIH SAYANG” keluarga anda, cinta kepada pasangan anda, AKRAB untuk rakan-rakan anda. Belai diri anda dengan baik. Hargailah orang lain”

-Steve Jobs-

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Media Sensasi

    Sungguh menusuk jiwa kata2 terakhir steve jobs nie.. huhu

    December 21, 2015

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Percanggahan Pendapat Hukum Simpanan ASB1
    Percanggahan Pendapat Hukum Simpanan ASB – UAI
    October 5, 2015 1
  • kisah sebenar bruce lee kalah lawan dengan silat melayu.jpg
    Kisah Bruce Lee Kalah Lawan Dengan Silat …
    January 7, 2016 11
  • cara2520nak2520tahu2520rayban2520original1
    CARA NAK TAHU RAYBAN ORIGINAL ATAU PALSU
    September 11, 2015 5
  • Tuanku Zara Salim Header
    (Biodata) Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Sebenarnya …
    September 25, 2017 0
  • malaysia kelantan flag 01
    Cuti Umum Kelantan 2023 (Cuti Peristiwa dan …
    December 28, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)