BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Petua Buat Bibir Pink Semulajadi

ammar

petua bibir pink.jpg Petua Buat Bibir Pink Semulajadi

Bibir adalah aset terpenting bagi wanita untuk kelihatan lebih cantik dan menawan. Bibir yang kusam, kering dan pucat sudah tentu membuatkan wajah lesu dan tidak bermaya.

Jadi, bibir yang cantik dan menawan sangat penting untuk menonjolkan wajah yang ceria dan menawan. Bibir cantik, merah atau pink semulajadi menjadikan wajah seseorang itu nampak lebih menawan dan ceria. 

Sudah tentu ramai wanita di luar sana yang mahukan bibir pink semulajadi tanpa perlu calitan gincu pada bibir mereka. Dibawah ini adalah beberapa petua untuk membuatkan bibir anda kelihatan pink semulajadi tanpa perlu memakai gincu.

1. Sapukan madu atau minyak zaitun di bibir sebagai pengganti lipstick atau lipgloss setiap kali keluar melakukan aktiviti. Kandungan vitamin E dan mineral dalam madu dan minyak zaitun sangat berkesan untuk menjadikan bibir pink

2. Pilihlah “lip balm” yang mempunyai perlindungan yang mampu melindungi bibir anda daripada efek negatif sinar matahari.

3. Jika anda tidak suka memakai lip balm sebelum tidur, anda boleh gantikannya dengan madu, minyak zaitun dan jus lemon. Ianya berfungsi sebagai pelembab dan bekerja secara maksimum ketika anda tidur.

4. Jangan jilat bibir anda. Air liur (saliva) akan membuatkan kelembapan yang dicipta oleh “lip balm” lebih cepat menghilang.

5. Banyakkan minum air putih. Jika anda mengalami dehidrasi, bibir adalah tanda pertama yang akan dilihat oleh orang.

6. Jika mahu bibir pink, anda kena perbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar terutamanya yang tinggi kandungan vitamin C. Selain itu, vitamin C juga boleh didapati dalam bentuk pil.

7. Untuk mengelakkan bibir menjadi hitam dan demi mendapatkan bibir pink, jangan pakai lipstik dalam tempoh lama melebihi lapan jam.
ARTIKEL LAIN  Semakan BMT 2023 Bantuan Musim Tengkujuh Online
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • laman web jual produk kesihatan
    5 Laman Web Membeli Belah Produk Kesihatan …
    September 1, 2018 0
  • Semakan BR1M 2017
    Semakan BR1M 2017 Keputusan Permohonan Dan Rayuan
    July 16, 2017 1
  • sultan kedah
    Gambar “Rare” Sultan Kedah Bersama Ratu Elizabeth …
    September 12, 2017 0
  • bantuan pesara kerajaan
    Tarikh Bayaran Pencen 2023 Serta Penerangan Cuti …
    December 27, 2022 0
  • Semak Keputusan SPM 2020
    Bermula 10 Pagi 10.6.2021 Ini Cara Semak …
    June 10, 2021 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)