BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Rekod Tanpa Kalah Manchester City Lebur, Liverpool Menang Nasib 4-3

ammar

Setelah 286 hari Manchester City mengecapi perlawanan tanpa kalah dalam perlawanan EPL, awal pagi tadi pasukan itu akhirnya terpaksa menerima kekalahan di tangan Liverpool.

Pasukan sebelum ini dianggap kebal dibawah kendalian jurulatihnya Pep Guardiola terpaksa menerima kekalahan pertamanya dalam perlawanan EPL musim ini.

Perlawanan yang berlangsung di Anfield itu menyaksikan Manchester City gagal untuk mencipta kemenangan ke atas Liverpool dan mengikut rekod, pasukan itu terus gagal untuk menang di sana dalam perlawanan liga sejak 2013.

Pada perlawanan awal pagi tadi Liverpool mencipta gol pertama perlawanan pada minit ke-9 hasil jaringan gol Oxlade Chamberlain. Kemudian, Manchester City menyamakan kedudukan dengan gol dari Sane pada minit ke-40.

Separuh masa kedua tamat dengan hanya dua gol dicipta. Masuk separuh masa kedua Liverpool kelihatan garang dengan mencipta lagi 3 gol yang masing-masing pada minit ke-59(Firmino), minit ke-62(Mane), minit ke-68(Salah).

Kelihatan ketinggalan 4-1 akhirnya Manchester City cuba mengejar dengan menjaringkan gol pada minit ke-83(B.Silva) dan minit ke-90(Gundogan).

Manchester City seakan-akan lupa untuk menambah gol lagi dan akhirnya perlawanan tamat dengan keputusan 4-3 dan Liverpool dinobatkan sebagai pemenang kerana dalam perlawanan ini tiada peraturan gol terakhir dikira pemenang.

Di bawah ini adalah beberapa fakta senyum dari pasukan Liverpool

  1. Liverpool pasukan pertama mengalahkan Manchester City untuk perlawanan Liga Inggeris.
  2. Liverpool melebarkan rekod tanpa kalah kepada Manchester City di Anfield selama 16 tahun berturut turut dalam perlawanan Liga.
  3. Liverpool satu satunya pasukan yang menjaring lebih 3 gol keatas Manchester City.
  4. Liverpool naik ketangga ketiga dan mungkin naik ketangga kedua jika seteru utama kalah defisit lebih 3 gol menerima kunjungan Stoke City di Old trafford.
  5. Liverpool memerlukan 8 minit 7 saat untuk mendahului 3 defisit gol keatas Manchester City ketika terikat 1-1
  6. Liverpool kekal rekod tanpa kalah di Anfield.
  7. Liverpool masih belum kalah dalam mana mana perlawanan untuk tahun 2018.
ARTIKEL LAIN  (Video) Kemalangan F1 Kerana Lubang di Litar Sepang, SIC Kena Bayar Ganti Rugi RM1.2 Juta?
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Hidayah Muslimah 2
    Komen Baju Faiz Subri Lambang Salib, Fb …
    January 10, 2017 2
  • Faiz Subri
    Biodata Penuh Mohd Faiz Subri Pemenang The …
    January 11, 2017 1
  • gol safawi rasid
    Padu Nak Mampos! Video Gol Safawi Rasid …
    June 15, 2023 0
  • Amri Yahyah Tinggalkan JDT, Sarung Jersi MU
    Amri Yahya Tinggalkan JDT, Sarung Jersi MU
    December 10, 2016 1
  • Bibi-Ramjani-Ilias-Khan
    Bibi Nafi Ada Konspirasi Pemain dan “Datuk” …
    October 12, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)