Bayi Ini Menderita Sakit Kerana Diberi Makanan Seawal 3 Bulan
Terkejut dan terharu, itulah reaksi pertama apabila saya membaca satu posting yang viral di facebook baru-baru ini. Ini adalah berkaitan seorang bayi yang menderita sakit akibat kecuaian(kebodohan) ibu bapanya yang memberi makanan kepada bayi itu seawal 3 bulan.
Shahrinie Othman Berkongsi Cerita di Facebook
Seorang wanita bernama Shahrinie Othman membuat posting di facebook seperti berikut:
Dalam buku anak dah TERTERA 6 bulan ke bawah susu sahaja. Semoga kisah adik ni jadi pengajaran buat kita semua ibubapa. Jangan bagi sebarang makanan/minuman lain selain susu pada bayi bawah 6 bulan. Kes ni start bagi makan masa 3 bulan, sakit time 6 bulan. Effect dia jangka masa panjang ya bukan on the spot. Tolong beringat!
“Saya bagi cereal(nestum beras) … baby umur 3 bulan … campur sikit susu dengan nestum bagi anak kenyang dan lama tidur .. Kakak dan abang dia ok je .. Sebab tu saya bagi dia makan juga. Usus dia tak dapat terima sebab tu jadi macam ni” – IBU
Anak tidur bukan sebab kenyang ya, sebab usus dan buah pinggang die bekerja keras untuk proses hadam makanan tu. Sedangkan susu tepung pun ada yang tak sesuai apatah lagi makanan.
Sharing is caring. Saya dah mintak kebenaran mak adik ni untuk share to public dan TOLONG JANGAN KOMEN ANDA BUAT KAT ANAK ANDA SIHAT SAMPAI SEKARANG ya. Spread awareness.
BETTER BE SAFE THAN SORRY. ANAK BUKAN BAHAN UJIKAJI.
Tabahnya lagi:
Nur Fathia Maisarah…
Mummy semua kalau sayang anak jangan sesekali bagi anak makan bawah 6 bulan. Kalau tak nak perut baby macam baby saya.Tak sedih ke tengok baby normal lahir tiba-tiba macam tak normal luka sana sini. Saya nyesal dah tapi nyesal kemudian takde guna dah.Benda dah jadi. Nasib Allah masih panjangkan umur baby dan bagi peluang saya jaga dia.Sebab bagi makan bawah 6 bulan saya hampir kehilangan baby saya. Saya menyebabkn dia menderita. Ingat mummy-mummy, kita tak tahu bila dan dengan siapa Allah turunkan ujian.
Moga dapat jadi pengajaran untuk mummy-mummy semua. Moga dapat jadi ibu yang baik untuk anak-anak
Semoga ibu bapa diluar sana mengambil iktibar dari kejadian ini. Semoga kejadian sebegini tidak berlaku lagi di Malaysia. Dengan ini jelaslah menunjukkan kepada kita betapa pentingnya ilmu keibubapaan untuk mereka yang mempunyai anak. Jangan dengan kebodohan ibu bapa anak menjadi mangsa. Sila ambil perhatian!
ira
terima kasih, peringatan buat diri sendiri agar dihindari dari semua nih